Maya Matahari Luah Rasa Kecewa, Terkilan Dengan Penganjur Gegar Vaganza
Penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Maya telah tampil meluahkan rasa terkilannya dengan layanan penganjur Gegar Vaganza (GV) yang menolak penyertaannya dalam musim ketiga program realiti itu.
Maya yang kini menggunakan nama Mya Matahari, telah dua kali mencuba nasib menyertai uji bakat rancangan itu, namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila gagal menyertai Gegar Vaganza.
Mya berkata dia bukannya mahu mempersoalkan kenapa dia tidak layak, tetapi kecewa dengan layanan yang diterima daripada penganjur program terbabit.
Ini Komen Mya:
Kenapa Ditolak, Apa Faktor?
“Pada musim kedua GV, penyertaan saya ditolak mungkin kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan ketika uji bakat diadakan. Ketika itu, suara saya tidak keluar dan tak mampu menyanyi dengan baik.
“Musim ketiga ini, saya tidak pasti kenapa ditolak? Ada kala saya jadi kabur dengan syarat pertandingan.
“Adakah GV mahu mencari penyanyi sedia ada dari era 1980-an dan 1990-an yang pernah menyerlah suatu ketika dulu atau penyanyi yang hanya meledak dengan sebuah lagu?”
Tak Boleh Jadi Duta Produk Lain?
Mya juga meminta penjelasan apakah artis yang dibenarkan menyertai GV tidak boleh terikat dengan mana-mana produk atau bergelar duta.
Sebenarnya, Mya hanya menjadi rujukan atau testimoni sesebuah produk selain menjadi pengguna tegar tetapi tidak dianggap sebagai duta.
“Saya faham jika pertandingan itu mempunyai pihak penaja dan tidak mahu peserta terikat dengan produk lain.
“Hakikatnya, saya tidak diikat sebagai duta oleh mana-mana produk,”
“Saya percaya, sebagai selebriti kita kena bijak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mencari makan dalam dunia hiburan. Saya tiada perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan harian,”
Dah Tolak Tawaran Lain
Menurut Mya, dia langsung tidak diberitahu keputusan sama ada dirinya lulus atau tidak hasil uji bakat musim kedua dan ketiga Gegar Vaganza.
Malah, pada satu tahap, Mya terpaksa menghubungi pihak terbabit bagi bertanyakan perkembangan terkini.
Ini komen Mya lagi:
“Tidak saya nafikan, pertandingan ini banyak membantu penyanyi lama yang dilupakan dan kurang menyerlah untuk kembali diingati. Begitupun, kalau sudah bukan namanya rezeki, kita tidak boleh berbuat apa-apa.
“Saya sendiri bekerja secara profesional. Bayangkan, sementara menunggu keputusan GV3, saya terpaksa menolak banyak tawaran lain.
“Dua antaranya tawaran berlakon drama sebanyak 16 episod dan 80 episod selain undangan menjadi hos program bual bicara.
“Terus-terang, saya komited dalam hal kerja kali ini termasuk tawaran menantikan keputusan GV3.
Tetapi, pihak produksi juga kenalah peka dan bertolak-ansur dalam hal ini. Saya mencari makan dengan cara menyertai dunia seni,”
Mya mendakwa hanya mendapat tahu keputusan dirinya tidak diterima menyertai GV3 daripada kawan. Bagi Mya, sepatutnya pihak produksi yang memaklumkan perkara ini.
Kata penyanyi ini lagi, sama ini berulang seperti ketika GV2 apabila Mya tidak diberitahu dan pihak produksi terus senyap begitu saja tanpa khabar berita. -PENEMRAHDOTCOM
The post Penyertaan Ditolak, Maya Matahari Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Penganjur Gegar Vaganza appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2d2hOID
via IFTTT