Saturday 29 October 2016

Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Di Simbah Asid

142

Seorang gadis cantik, Intan Novita,  yang menjadi mangsa simbah asid kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22,  berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu. Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.

“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News. Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.

“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lari,” Menurut rakan Intan yang dikenali sebagai Ryan, dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.

 143

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin.

The post Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Di Simbah Asid appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eFBsez
via IFTTT