Monday 30 November 2020

Kartunis Terkenal, Artortoise Meninggal Dunia, ‘"Arwah Banyak Lukisan Viral"

Jika anda aktif dilaman sosial Instagram dan Facebook, pasti anda pernah melihat lukisan-lukisan viral hasil nukilan pelukis terkenal, Artortoise.

Dukacita dimaklumkan, Artortoise atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan bin Kamarudin disahkan meninggal dunia jam 1.37 pagi tadi.

Memetik kenyataan rasmi dari laman Facebook Artortoise, saudara Ikhsan telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dan pihak keluarga Allahyarham memohon doa dari semua pengikut dan peminatnya agar perjalanan arwah bertemu dengan-Nya dipermudahkan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa, sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,”

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,”

Jenazah juga akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham disahkan menghidap kanser pangkal hidung tahap tiga dan menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang bagi rawatan komplikasi Hepatitis B sejak 22 Oktober lalu.

Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Artortoise via Era.je



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JAqt7C
via IFTTT

Beef and Green Pepper Stir Fry (Chinjao Rosu) チンジャオロース

A Japanese blue and white ceramic containing Beef and Green Pepper Stir Fry.

Beef and Green Pepper Stir Fry (Chinjao Rosu) is a one-pan stir-fry full of flavor that comes together in less than 30 minutes!

READ: Beef and Green Pepper Stir Fry (Chinjao Rosu) チンジャオロース

Pendakwah Selebriti Ditahan Lagi, Didakwa Cabul Pelajar Kolej

Petaling Jaya: Pendakwah selebriti yang ditahan polis kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam pada minggu lalu, ditahan sekali lagi oleh sepasukan polis daerah ini atas dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 3.51 petang semalam, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.

Katanya, Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, penuntut kolej swasta itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

"Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.

"Berikutan kejadian itu mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, pihaknya menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek masih ditahan reman bersabit laporan kes rogol yang diterima Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan akan berakhir esok.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3lnMJPB
via IFTTT

Roti Gardenia Naik Harga Bermula Esok, Ini Penjelasan Syarikat Gardenia

Sejak Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu, roti Gardenia menjadi antara ‘barang panas’ dan mendapat permintaan sanggat tinggi. Sehingga ada yang dilaporkan roti tak sempat turun lori lagi dah habis kena borong. Fuh dasyat!

Mana tidaknya, selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia yang sangat popular.

Namun, Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan mengumumkan akan menaikkan harga beberapa produk terpilih mereka bermula esok.

Menurut kenyataan tersebut, GBKL berkata, produk seperti Gardenia Squiggles, Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll, Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans naik lima sen dari RM1.05 ke RM1.10.

Manakala produk The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin, and Raspberry Milk & Cranberries bread, naik 20 sen kepada RM4.70.

“Harga untuk produk lain tidak berubah memandangkan GBKL terus menyerap kos yang meningkat.

“Kenaikan ini dibuat akibat kenaikan harga bahan-bahan seperti lemak sayur, serbuk koko, susu dan bungkusan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu juga syarikat tersebut mendakwa telah mengalami kenaikan kos bahan dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan selain dari menaikkan harga jualan.

“Fokus kami ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri kami.

“Keputusan untuk menaikkan harga produk kami adalah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi telah diambil,” katanya.

Sumber: Sinar Plus



from Sehinggit Media News https://ift.tt/33syKlt
via IFTTT

Tak Patuh SOP, Orang Ramai Serbu Kedai Emas Dikompaun & Premis Mungkin Diarah Tutup

KOTA BHARU: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kedai emas termasuk mengarahkan premis berkenaan ditutup sekiranya dikesan masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata sehingga kini terdapat pemilik premis masih gagal menyediakan alat pemeriksaan suhu dan cecair pembasmi kuman.

Beliau berkata, pemilik kedai emas hanya memikirkan jualan dan keuntungan semata-mata dengan mengabaikan SOP ditetapkan kerajaan.

"Sehingga semalam, sebanyak 23 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kedai emas dan pembeli dalam tempoh dua hari.

"Kompaun berkenaan dikeluarkan kerana kebanyakan pemilik dan pembeli gagal mematuhi SOP ditetapkan. Kita akui semalam mulai tular ketidakpatuhan di kedai emas berikutan harga emas yang rendah.

"Hasil pemantauan yang dibuat di seluruh Kelantan, kita mendapati ada pembeli yang sanggup bertolak dan berebut untuk membeli emas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Derma Darah Peringkat Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di kedai emas bagi memastikan kesemua pemilik dan pembeli mematuhi SOP.

"Saya juga ingin menasihatkan pemilik kedai emas supaya menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), bagi memastikan kesemua pembeli mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan lain mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Shafien berkenaan memasuki hari ke 10 PKPB, tahap pematuhan rakyat Kelantan semakin baik iaitu 95 peratus.

"Kita berharap orang ramai terus patuh dan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19," katanya.

Media semalam melaporkan, kedai emas di Kota Bharu diserbu orang ramai berikutan harga emas yang rendah sejak minggu lalu, sehingga menyaksikan kebanyakan mereka gagal mematuhi SOP.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3qgfbX2
via IFTTT

Hidden in Plain Sight: The Ghosts of Segregation


By BY RICHARD FRISHMAN from NYT Travel https://ift.tt/37mjGXw

Sunday 29 November 2020

Baru Peluk Islam, Pemuda Letak Nota Atas Sejadah Untuk Belajar Solat

SESUNGGUHNYA Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada hambanya melalui pelbagai cara. Ia juga perlu dicari bukan hanya dinanti.

Oleh itu kita perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya memperbanyakkan kesyukuran kerana kita dipilih oleh Allah SWT daripada berbilion manusia di atas muka bumi ini, dilahirkan sebagai muslim.

Bukan sekadar itu, malah kita juga harus benar-benar memahami hakikat agama Islam daripada semua segi konsepnya, rukunnya, dan syariatnya.

Setelah memahami hakikat agama Islam, kita harus pula menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri.

Justeru sebagai manusia, kita perlu sentiasa menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Islam.

Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.

Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.

Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.

Mana tidaknya, melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.

“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.

Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.

Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.

Warganet juga berpendapat kita juga perlu contohi keikhlasan beliau dalam mendalami ilmu agama.

Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari selok-belok agama Islam dan juga dikelilingi rakan serta sahabat yang mampu berkongsi dan membawa beliau kepada jalan kebenaran.

Sumber: Twitter Abdel Rahman via Sinar Plus



from Sehinggit Media News https://ift.tt/36jnj0Z
via IFTTT

Sempat Menjerit Minta Tolong, Budak 8 Tahun ‘Diratah’ Bapa Sendiri Depan Ibu Lumpuh

Kota Kinabalu: Seorang bapa layak digelar 'setan' selepas tergamak merogol anak perempuan kandungnya yang berusia lapan tahun sejak Mac hingga Jun lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai merogol mangsa sekitar bulan Mac sehingga Jun di rumah sewa keluarga berkenaan di tingkat dua rumah kedai di Inanam, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian terbongkar selepas mangsa yang dihantar ke sebuah asrama pelajar mengadu kepada penjaga asrama berkenaan.

Menurutnya, mangsa dihantar oleh ibu bapanya ke asrama yang menawarkan tempat tinggal percuma untuk pelajar sejak Julai lalu berikutan keadaan ibu bapanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tiada tempat tinggal yang tetap.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mengadu dia diganggu secara seksual oleh suspek ketika tinggal bersama keluarganya di rumah sewa berkenaan.

"Malah ketika kejadian berlaku, mangsa dikatakan menjerit meminta tolong namun ibunya tidak dapat membantu kerana lumpuh dan menggunakan kerusi roda," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, siasatan turut mendapati ibu mangsa juga sering dipukul menyebabkan mereka sekeluarga menjadi takut dan trauma kepada suspek.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dalam aktiviti pengambilan dadah.

"Suspek kini ditahan reman manakala mangsa dirujuk ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut bagi proses pendakwaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/36hExvM
via IFTTT

Berang Tak Dapat Rogol Anak Tiri, Lelaki Warga Nigeria Campak Cucu Hingga Maut Di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga maut dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak di sini awal pagi Ahad.

Tindakannya berbuat demikian adalah kerana berang gagal merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sebelum bertindak sedemikian, berlaku pergaduhan antara suspek yang berusia 42 tahun dengan isterinya warga tempatan berusia 48 tahun.

Pergaduhan itu, kata Nik Ros Azhan, dipercayai berpunca daripada perbuataan suspek yang cuba merogol salah seorang anak tirinya berusia 24 tahun yang juga ibu kepada kanak kanak yang maut.

Suspek juga, kata beliau, dipercayai cuba melemaskan anak kandungnya yang berusia lapan tahun dalam baldi, namun kanak kanak itu dapat melepaskan diri.

Siasatan awal polis mendapati, pasangan suami isteri itu mendiami pangsapuri berkenaan bersama lima orang anak dan seorang cucu.

"Pagi tadi berlaku pertengkaran suami isteri di mana suspek cuba merogol salah satu anak tirinya dan kemudian telah cuba melemaskan seorang anaknya yang berusia lapan tahun kemudian anak yang berusia empat tahun dipercayai telah dibunuh daripada atas dan dicampak ke bawah," kata Nik Ros Azhan.

Menurut Nik Ros Azhan, lelaki itu kemudian cuba melarikan diri namun mengalami kecederaan selepas terjun dari pangsapuri berkenaan melalui tingkap.

Kata beliau polis masih menjalankan siasatan dengan menemubual jiran-jiran suspek.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Suspek juga dibawa ke HKL dan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Siasatan mendapati warga Nigeria itu berkahwin dengan wanita tempatan berkenaan sejak 10 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Isterinya pula mempunyai empat orang anak berusia 19 hingga 29 tahun serta seorang cucu berusia empat tahun daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VgOQdb
via IFTTT

Harga Turun Mendadak, Kedai Emas Di Kota Bharu Diserbu Orang Ramai

Kota Bharu: Harga emas turun secara mendadak sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di Kelantan diserbu orang ramai.

Kebanyakan penduduk mengambil peluang untuk membeli emas memandangkan harga terkini antara RM223 hingga RM234 per gram.

Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabaikan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes Covid-19 semakin meningkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

"Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

"Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai," katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan kompaun dua kali termasuk semalam.

"Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mangsa.

"Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP," katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan kompaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

"Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan fizikal.

"Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes di Kelantan semakin meningkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HRFtxI
via IFTTT

Saturday 28 November 2020

Pesara MARDI Maut Ditetak Perompak Yang Pecah Masuk Rumah

KUALA LUMPUR - Bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut, manakala isterinya cedera diserang perompak bersenjatakan parang di kediaman mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat mengalami kecederaan pada muka dan leher.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama isterinya di kediaman banglo dua tingkat yang mempunyai tujuh bilik itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada anak mangsa memaklumkan rumah ibu bapanya dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang pada jam 4.01 pagi.

"Sepasukan anggota polis yang tiba mendapati mangsa telah meninggal dunia, manakala isterinya pesara guru cedera di bahu kanan.

“Menurut keterangan isteri mangsa, dia memberitahu suspek memecah masuk kira-kira jam 3.30 pagi sebelum suaminya turun selepas terdengar bunyi bising di bahagian dapur.

“Kemudian, datang dua lelaki tidak bertopeng yang bersenjatakan parang bertindak meminta duit dan mangsa cuba melawan sebelum dia ditetak, malah isteri mangsa turut cedera akibat ditetak di bahu kanan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, suspek yang berjaya mendapatkan barang berharga kemudian melarikan diri mengikut tingkap di bahagian dapur.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk memburu suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Jt0v5W
via IFTTT

Masuk Campur Isu Da’i Syed, Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga PU Abu

Gara-gara tindakannya menasihati netizen supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum serta mengadili ujian menimpa Da’i Syed, kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufya diungkit oleh netizen.

Menerusi Insta Story, PU Abu memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen yang mengecam tindakannya itu serta mengatakan pendakwah itu tidak layak bersuara kerana pernah menceraikan bekas isteri ketika sarat hamil.

“Tak layak nak ingatkan orang. Cerai bini pun masa dia mengandung. Ada hati nak nasihat. Baik aku terima nasihat daripada pelacur je daripada penunggang agama macam hang,” tulis individu itu.

Bagaimanapun, Abu beranggapan individu tersebut sebenarnya tidak memahami mesej yang cuba disampaikan sebelum ini. Jelasnya, dia hanya menegur berhenti bercakap pasal orang tidak kira siapa pelaku kesalahan itu.

“Bila tak memahami apa yang kita tengah cakap tapi nak juga ulas apa kita cakap. Inilah jadi. Aku hanya cakap soal berhenti bicara fasal orang tak kira siapa pelaku kesalahan itu.

“Bukan memilih siapa pelakunya. Contoh bila kita dengar orang yang ada sejarah tidak baik diuji kita sebut ia sebagai bala, balasan tapi bila seorang yang baik diuji kita sebut sebagai ujian.

“Bukankah itu dikira double standard. Agama tak pernah ajar penganutnya jadi seperti itu. Lebih baik diam daripada nak komen atau ulas isu orang,” katanya.

Membalas komen seorang netizen yang menuduh dirinya tidak mahu mengakui kesilapannya ceraikan isterinya ketika hamil, Abu berkata dia menyesali perbuatannya itu dan cuba sedaya upaya menebus segala kesilapan.

“Demi Allah, aku tidak pernah pertahankan apa yang telah aku buat setahun lalu. Malah, aku anggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran,” katanya.

Semalam, PU Abu menyuarakan pendapat mengenai kontroversi terpalit Da’i Syed didakwa merogol seorang gadis. Abu menegur sikap netien yang terlalu mudah menjatuhkan hukum meskipun tidak tahu perkara sebenar.

Sumber: Mstar Online via Rotikaya.com



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3fJk3zl
via IFTTT

Cedera Dipukul Lelaki Warga Bangladesh Dengan Batang Besi

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera di kepala, lengan dan kaki akibat dipukul lelaki warga Bangladesh menggunakan sebatang besi dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Tebrau di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pergaduhan tersebut pada jam 11.35 malam.

"Menurut maklumat daripada saksi, suspek bertindak memukul mangsa yang merupakan warga tempatan dengan menggunakan objek senjata dipercayai sebatang besi.

"Mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini setelah mengalami cedera di bahagian kepala, lengan dan kaki.

"Usaha mengesan suspek dipercayai seorang lelaki Bangladesh sedang dijalankan pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengah malam tadi tular beberapa video pendek dalam Facebook memaparkan suspek yang memegang sebatang besi memukul mangsa berkali-kali tanpa henti dan dapat didengar mangsa meronta kesakitan.

Mohd Padzli berkata, setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan pada masa sama sedang menyiasat motif dan punca kejadian itu.

"Pihak polis mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi terus ke talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3fIGlRH
via IFTTT

Friday 27 November 2020

It’s the Winter of Backcountry. Here’s How to Start Safely.


By BY DAVID GOODMAN AND KAREN SCHWARTZ from NYT Travel https://ift.tt/39lYhk2

Polis Tahan Pendakwah Selebriti Yg Didakwa Merogol Gadis 23 Tahun

Shah Alam: Seorang pendakwah selebriti ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan jam 7.18 malam tadi.

"Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

"Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

"Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa didakwa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan, di samping tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.

"Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

"Mangsa mendakwa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu," katanya.

Baharudin berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Katanya, pihak hospital juga memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian dan masih menerima rawatan susulan.

"Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3691pNV
via IFTTT

Thursday 26 November 2020

What You Need to Know Now About Travel Insurance


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/37cJ4Po

‘Ketukan Misteri’ Ganggu Penduduk Kuala Selangor Pula, 'Jiran Dakwa Nampak Kelibat Putih..'

Baru-baru ini, kecoh dilaman sosial mengenai gangguan misteri yang mengetuk pintu rumah pada waktu malam tanpa memberi salam dibeberapa kawasan Sabak Bernam.

Gangguan yang menimbulkan ketakutan penduduk itu dikatakan sudah mula melarat ke Kuala Selangor.

Menerusi video tular di YouTube, ketukan pintu pertama di Kuala Selangor itu berlaku pada jam 2.45 pagi di beberapa buah rumah di Kg. Kuantan.

Menurut video, seorang penduduk mendakwa ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan kampung sebelum menghubungi jiran sebelah.

”Jiran pertama nampak kelibat putih berdiri di jalan dan hubungi rakan jiran sebelah.

”Jiran sebelah yang keluar, kemudiannya nampak kelibat yang sama dan terus masuk ke dalam rumah.

”Apabila (jiran sebelah) masuk semula ke dalam rumah pintu (rumah) kena ketuk pula,” katanya.

Insiden ketukan pintu ini menjadi perbualan ramai dilaman Twitter selepas banyak rumah diganggu di Sabak Bernam, sejak minggu lalu.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi pihak polis sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

Sumber: https://era.je



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3fz1A8w
via IFTTT

What You Need to Know Now About Travel Insurance


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/2V6z58C

Wednesday 25 November 2020

Tuesday 24 November 2020

Asteroid Setinggi Burj Khalifa Bakal Hampiri Bumi Ahad Ini

ASTEROID setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer (km) bakal melintasi Bumi hujung bulan ini dengan jarak paling hampir dijangka pada 29 Nov ini.

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 WO107 itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam.

Bagaimanapun, asteroid gergasi yang diklasifikasikan sebagai Asteroid Menghampiri Bumi (NEA) itu tidak mungkin melanggar Bumi atau menyebabkan malapetaka.

Kehadiran asteroid itu memberi peluang kepada saintis untuk mengkajinya dengan lebih terperinci.

Pada 29 Nov 2000, asteroid sama telah dikenal pasti saintis New Mexico buat kali pertama.

Asteroid adalah objek atau batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3l2WpyE
via IFTTT

8 Rules for Skiing This Season


By BY ELISABETH VINCENTELLI from NYT Travel https://ift.tt/3pWjkzl

How to Pretend You’re in Hawaii Tonight


By BY STEPHANIE ROSENBLOOM from NYT Travel https://ift.tt/3nTWU02

How to Game Black Friday Travel Deals During a Pandemic


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/372Dwae

Tembak Anjing Guna Senapang, Netizen Bengang Dengan Pakcik Ini

Isu haiwan jalanan liar masih lagi belum berakhir sehingga membuatkan ada segelintir penduduk terpaksa bertindak sendiri untuk mengurangkan populasi haiwan berkenaan.

Seperti satu video pendek yang dimut naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @SanjeevanSS atau nama sebenarnya Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan iaitu Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, menunjukkan seorang lelaki sedang menembak seekor anjing di kawasan rumahnya.

Apabila tembakan itu dilepaskan, kedengaran suara kecil anjing tersebut yang bagaikan sudah cedera akibat terkena peluru tembakan.

Video berkenaan telah mengundang kemarahan ramai netizen sehingga ada yang meminta supaya identiti lelaki berkenaan didedahkan.

Ada segelintir yang menganggap walaupun anjing berkenaan telah menceroboh kawasan kediaman, mungkin boleh gunakan cara lain selain menembak sehingga mati.

Namun, ada juga yang turut bersetuju dengan perbuatan lelaki itu kerana berkemungkinan besar anjing tersebut telah merosakkan tanaman miliknya atau mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu.

Dalam masa yang sama, Harian Metro turut melaporkan bahawa pihak Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan makluman berkenaan identiti lelaki berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan, perbuatan menembak anjing dengan senapang merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Harapnya kalau ada sesiapa mengalami masalah anjing liar di kawasan rumah, jangan la terus membunuh.

Cukup sekadar halau atau laporkan pada pihak berkuasa sahaja.

Sumber: Harian Metro via https://ift.tt/2Htfdt8



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3m1Ec5R
via IFTTT

Monday 23 November 2020

Easy Orange Ginger Cranberry Sauce

Cranberry sauce served in a white ceramic bowl.

Made with just 5 ingredients, this Easy Orange Ginger Cranberry Sauce is ready after 15 minutes on the stove. Infused with fresh orange juice, brown sugar, ginger, and cinnamon, this homemade sauce bursts with bites of sweet, tangy cranberries!

READ: Easy Orange Ginger Cranberry Sauce

Snapshots of Daily Life in a Remote Region of Portugal


By BY ANDRÉ VIEIRA from NYT Travel https://ift.tt/335GRUz

Sunday 22 November 2020

Khabib Mahu Jadi Petani, Tak Minat Bertarung Di Gelanggang Lagi

Khabib Nurmagomedov tidak berminat untuk kembali ke UFC dan mengakui sudah merancang menjadi petani serta belajar.

Ia sekali gus menafikan dakwaan Presiden UFC, Dana White yang menganggap juara lightweight itu bakal kembali untuk satu pertarungan terakhir dan berusaha melebarkan rekod 30-0.

"Anda boleh bertarung hingga usia 40 tahun, tapi ia perlukan matlamat. Saya mempunyai matlamat untuk berada di puncak dan saya sampai di sana," kata Khabib.

"Saya tidak lagi berminat untuk bersaing. Tahun depan saya akan tamatkan pengajian. Saya ingin (membuat) tesis, melanjutkan kursus master, menumpukan lebih banyak masa untuk belajar.

"Saya membela biri-biri, saya cenderung membangunkan ladang. Saya ingin terus mengembangkan bidang ini. Saya juga mempunyai lembu.

"Saya ingin mengambil bahagian di tempat yang boleh membawa faedah. Tidak semestinya dalam politik.

"Ketika ini saya dapat memberi faedah tanpa menjadi ahli politik, dan ia sudah cukup bagi saya."

Khabib membuat kejutan apabila mengumumkan untuk menggantung sarung tangan selepas menewaskan Justin Gaethje, 31, di UFC 254.

Ia pertarungan pertama sejak kehilangan ayahnya, Abdulmanap, yang meninggal dunia pada usia 57 tahun pada Julai lalu selepas dijangkiti COVID-19. - AGENSI



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3pRqg0Q
via IFTTT

Friday 20 November 2020

Honey Soy Glazed Spatchcock Chicken (Video)

A white platter containing Honey Soy Glazed Spatchcock Chicken decorated with sage, pomegranate, and cranberries.

This Honey-Soy Glazed Spatchcock Chicken is juicy, savory, crispy, and utterly delicious. Learn the foolproof way of making the perfect whole chicken at home.

READ: Honey Soy Glazed Spatchcock Chicken (Video)

Thursday 19 November 2020

Wednesday 18 November 2020

Monday 16 November 2020

Nozomi Project Christmas Ornaments Giveaway 2020

beautiful christmas ornaments and keychains from Nozomi Project

Worldwide holiday giveaway on Just One Cookbook! Enter to win beautiful Christmas ornaments and keychains handmade with love from Nozomi Project.

READ: Nozomi Project Christmas Ornaments Giveaway 2020

The Distinctive Black Beehives of Turkey’s ‘Honey Forest’


By BY SARAH PANNELL AND DANIEL MILROY MAHER from NYT Travel https://ift.tt/3nuqr00

Sunday 15 November 2020

2020 Ultimate Holiday Gift Guide For The Whole Family

Just One Cookbook annual gift guide 2020 featuring laptop stand, sous vide cooker, silk eye mask, thermoworks chef alarm, Amy Chaplin Cookbook & more

2020 Holiday Gift Guide from the Just One Cookbook team. From parents, kids, bosses to friends, we’ve rounded up the best of the best gifts for everyone on your list.

READ: 2020 Ultimate Holiday Gift Guide For The Whole Family

Friday 13 November 2020

How to Cook Rice in a Donabe 土鍋ご飯の炊き方

A kamadosan donabe containing perfectly cooked Japanese rice.

A simple, step-by-step tutorial on How to Cook Rice in a Donabe, a Japanese earthenware pot, on the stove. Perfect rice every time!

READ: How to Cook Rice in a Donabe 土鍋ご飯の炊き方

Wednesday 11 November 2020