Tuesday, 18 October 2016

Ular Sawa Dilempar Ketika Kem Bina Jati Diri, Jurulatih Digantung Tugas

Ular Sawa Dilempar Ketika Kem Bina Jati Diri, Jurulatih Digantung Tugas

ular

Satu video menunjukkan pelajar ditakutkan dengan ular ketika mejalani latihan kem bina jati diri menjadi viral baru-baru ini.

Susulan video itu, 4 orang jurulatih dan 6 pembantu dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Kangsar digantung tugas serta merta dari menjadi tenaga pengajar program tersebut.

Langkah itu diambil oleh pengurusan tertinggi APM selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak kelmarin.

Video itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai kerana jelas kelihatan budak-budak itu ketakutan.

Menurut pengarah APM Perak, pihaknya mendapati wujud pelanggaran operasi standard (SOP) yang dilakukan ketika menjalankan program berkenaan.

Tindakan menggunakan ular sememangnya tidak dibernarkan.

Ini komennya: (HarianMetro)

“Pengurusan APM Pusat dan negeri sangat kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP yang sedia ada.

“Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalankan siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM,” 

Untuk pengetahuan, program itu adalah siri ke-32 yang bermula pada 2012 dan sudah empat tahun dilaksanakan.

Namun kejadian menggunakan ular adalah pertama kali berlaku. -PENMERAHDOTCOM

The post Ular Sawa Dilempar Ketika Kem Bina Jati Diri, Jurulatih Digantung Tugas appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ek69UN
via IFTTT