Monday 24 October 2016

Orang Ramai Buat Aduan, Burger “P.Ramly” Tapi Guna Daging Babi

Orang Ramai Buat Aduan, Burger “P.Ramly” Tapi Guna Daging Babi

pramly

Sebuah restoran makanan segera yang tidak halal menggunakan menu burger mereka dengan nama ‘P Ramly’ dan diperkenalkan sejak 31 Ogos yang lalu.

Set burger “P.Ramly” itu dijual dengan harga RM9.90 per set.

Berdasarkan laporan BH, pekerja kedai makan itu telah menjelaskan nama burger tersebut.

PENJELASAN NAMA P.RAMLY

Huruf ‘P’ itu adalah merujuk kepada pork (daging babi).

Nama ‘Ramly’ pula digunakan kerana mendakwa nama tersebut adalah nama biasa bagi rakyat Malaysia.

Tindakan restoran tersebut mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai kerana nama ‘P Ramly’ kebiasaannya merujuk kepada Seniman Negara, Tan Sri Dr P. Ramlee.

Sementara itu, nama ‘Ramly’ juga popular sebagai syarikat pembekal makanan sejuk buku bumiputera yang terkenal dan halal.

ADUAN RAMAI

Orang ramai mengadu bahawa tindakan restoran itu adalah sesuatu yang tidak patut kerana menimbulkan banyak kekeliruan.

Ada menyatakan, nama itu seakan menyatakan restoran itu ada kena mengena dengan seniman P. Ramlee.

Seorang pengunjung bernama NurHafeezah berkata dia nyaris terbeli set burger tersebut kerana iklan burger itu diletakkan berhampiran laluan awam dan seolah-olah mahu menarik perhatian ramai orang.

KETUA PPIM & JAKIM

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan juga setuju perbuatan restoran itu amat mengelirukan ramai orang.

Dia juga berkata, ianaya tidak mematuhi Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera tentang hal ini.

Syarikat Bumiputera yang mempunyai nama mirip nama burger tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa cuma tiada tindakan belum diambil setakat ini.

Pihak JAKIM sedang mengkaji berkenaan isu ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Untuk pengetahuan, rangkaian restoran makanan segera itu turut mempunyai cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan, selain cawangan yang beroperasi di Lembah Klang.

Restoran tersebut turut beroperasi dengan menggunakan food truck dan mempromosikan restoran mereka di laman sosial Facebook. -PENMERAHDOTCOM

The post Orang Ramai Buat Aduan, Burger “P.Ramly” Tapi Guna Daging Babi appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eMmkZH
via IFTTT