Penggunaan Polisterin di Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan Akan Diharamkan Bermula Tahun Depan
Kedai Makan dan kafe bakal dilarang menggunakan polisterin untuk ‘tapau’ makanan tahun depan.
Antara kawasan yang diarahkan ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Larangan itu bakal dikuatkuasa kerana ianya salah satu usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar.
Ini kerana polisterin merupakan bahan yang sukar diurai atau dikitar semula.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tambahnya lagi, larangan itu akan diperluaskan secara menyeluruh ke semua premis makanan di tiga kawasan termasuk bangunan swasta dan ia merupakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau.
Ini komen Menteri:
“Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.
“Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan,”
Sumber: BH Online
The post Penggunaan Polisterin di Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan Akan Diharamkan Bermula Tahun Depan appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2e0jiS8
via IFTTT