Friday 30 September 2016

Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian

Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian

cat-farishh

Kisah yang berlaku kepada seorang selebriti ini wajar dijadikan teladan dan pengajaran kepada orang ramai terutama buat mereka yang terlalu mementingkan rakan, sehingga keluarga terabai.

Penyanyi Cat Farish baru-baru ini telah bercerai dengan isterinya dan dia mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.

Cat akui lebih mementingkan keperluan kawan-kawan sehingga mereka mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dirinya.

Tambahnya, dia kini merasa sunyi kerana tinggal seorang diri dan kesemua anaknya di bawah jagaan bekas isterinya.

Ini komen penyanyi ini:

“Banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan rumah dan keluarga malah saya lebih mementingkan masalah kawan-kawan daripada masalah diri sendiri.

“Mereka ada masalah saya akan tolong sedangkan saya sendiri mempunyai masalah yang mesti diselesaikan.

“Sebenarnya kawan-kawan juga yang menjatuhkan saya kerana dalam penceraian ini mereka pula buat cerita macam-macam untuk memburukkan lagi keadaan,”

“Saya merasa kehilangan dan sunyi kerana nikmat mempunyai keluarga semuanya telah hilang malah ia juga memberi tekanan kepada diri saya.

“Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri tapi saya boleh tengok bila-bila masa yang saya mahukan cuma tetapi itulah rasa sunyi tu lain bila tidak tinggal bersama mereka,”

Cat Farish telah berkahwin selama sembilan tahun lalu bersama Hartini Ramli dan pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. -PENMERAHDOTCOM

The post Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dM1ihq
via IFTTT

Pandangan Gadis Ini Tentang Usaha Lelaki Kumpul Duit Nak Kahwin Benar-Benar Menusuk Kalbu

Pandangan Gadis Ini Tentang Usaha Lelaki Kumpul Duit Nak Kahwin Benar-Benar Menusuk Kalbu

kahh

Seorang gadis menerusi IIUM Confession telah membuat pengakuan amat kagum dengan usaha rakan-rakan lelakinya yang mengumpul duit untuk berkahwin.

Bagi gadis ini, kebanyakan rakan lelakinya benar-benar berusaha bersungguh-sungguh mengumpul duit sehinggakan sanggup makan nasi putih kicap dengan isi ayam sahaja semata-mata untuk berjimat.

Jom baca:

Kerja Dengan Lelaki

Terima kasih IIUM sudi menyiarkan dan terima kasih para pembaca. Confession ini adalah untuk berkongsi pendapat aku melihat jejaka-jejaka yang berusaha menghalalkan hubungan. Sebelum meneruskan, aku bagi pengenalan dulu.

Aku bekerja dengan satu syarikat dimana rata-ratanya adalah lelaki. Ingat lagi masa hari pertama aku masuk kerja aku pernah bermonolog sendiri ‘Takkannya aku seorang je perempuan dalam nie?’.

Ada perempuan pun mereka buat kerja pejabat manakala aku lebih kepada makmal dan production yang membuatkan hidup aku dikelilingi oleh pak cik-pak cik, abang-abang dan jejaka seusia.

Berusaha Dirikan Masjid

Seronok sangat bekerja dengan majoriti lelaki pelbagai lapisan umur nie dan dalam masa yang sama, banyak pengalaman dan sudut pandangan mereka yang kau boleh belajar. Tapi yang lain biar dulu, aku nak fokus cerita dengan kisah rakan-rakan sekerja yang tengah berusaha mendirikan masjid nie.

Mereka nie kekadang makan nasi putih kicap jalen dan isi ayam je. Punyalah nak berjimat padahal kerja paling minimum pun setahun lebih, gaji untuk company nie pown rasanya tak ada bawah 2K. Bila ditanya, mereka berjimat untuk menyunting anak dara katanya.

Awek Nak Hantaran 10-15 Ribu

Ada seorang rakan sekerja aku nie pernah TERkongsi cerita dia, awek dia nak hantaran diantara 10-15K. Itu baru wang hantaran, belum barang hantaran, belum kenduri, belum beli/sewa rumah lagi. Nasib baik dia ada kereta dan motor, ringan sikit.

Dan aku nie pun agak busybody juga. Aku siap kira komitment dia, komitmen ptptn, keluarga, kereta, asb, rumah sewa dan macam-macam. Tiap kali keluar memang rakan aku nie yang belanja awek dia sebab awek dia masih student.

Tambah tolak semua memang ada lagi untuk dia menyimpan tapi 10K tambah kenduri yang tak tahu lagi harga tue sampai bila nak kumpul? Aku sangat memahami perasaan dia sebab aku anak harapan keluarga jadi isu duit agak berat bagi aku. Aku pernah nasihatkan dia untuk berbincang dengan awek dia kalau dia rasa terbeban tapi dia tak nak.

Lelaki memang sedaya upaya berusaha walaupun tertekan bab duit, dalam hati bahagia. Itulah tanda cinta dan sayang pada bakal isteri mereka.

Perempuan Kena Tengok Realiti

Banyak lagi cerita mereka. Aku rasa perempuan kena berkawan dengan lelaki yang berusaha nak mendirikan rumah tangga nie baru kau akan nampak realiti. Kalau nak tengok realiti melalui teman lelaki/Tunang kau memang idaklah.

Teman lelaki dan tunang kau sendiri sebolehnya nak merahsiakan payah mereka melalui senyuman dan kasih untuk buat kau bahagia. Kita je tak nampak sangat.

Jadi perempuan tanya diri sendiri, mampu tak kau memahami dan meringankan beban bakal suami kau? Jangan sebab kau ‘perempuan’ maka kau nak sangat bermanja dan ikut adat menyusahkan.

5K pun sendiri tercungap nak simpan apatah lagi orang lain (melainkan bakal kau gaji besar dan tak banyak komitmen). Nak menyenangkan, buatlah satu majlis sederhana.

Nanti bila dah kahwin suami kau senang kau pun senang. Tak payahlah nak turutkan sangat ‘itu tanggungjawab lelaki’ padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah adat elok camnie tak nak pula ikut.

Majlis Besar

Kang ada komen ‘keluarga nak buat besar pula’. Aduii perempuan, kalau nak buat besar tapi laki kau tak mampu then kongsi la duit. Takkpun pujuk keluarga kau buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk ada yang tak tapi pokok pangkalnya berusaha.

Hey, mualaf pun lagi payah au. Nak masuk Islam tue kebanyakkannya ditentang keluarga tapi masih juga sebahagian besar mereka mampu menyejukkan hati keluarga. Mualaf tue lagi kesian, kehidupan dia berubah habis tapi kau yang takat kenduri nie sila jangan jadikan alasan susah nak pujuk ya. Hati ikhlas, berdoalah yang terbaik, Allah ada.

Apapun tahniah ducapkan kepada kaum lelaki yang ikhlas mencari duit untuk berkahwin. Dalam masa yang sama, bagi kaumperempuan,sama-samalah meringankan beban lelaki, janganlah mendesak keterlaluan sangat. -PENMERAHDOTCOM

The post Pandangan Gadis Ini Tentang Usaha Lelaki Kumpul Duit Nak Kahwin Benar-Benar Menusuk Kalbu appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dCt6p9
via IFTTT

Sering Pakai Pakaian ‘Keterlaluan’, Ini Respon Tiz Zaqyah

Sering Pakai Pakaian ‘Keterlaluan’, Ini Respon Tiz Zaqyah

tizz

Pelakon Tiz Zaqyah merupakan artis yang sering dikecam orang ramai terutama para ‘haters’ kerana sering berpakaian agak terdedah.

Dalam satu temuramah, Tiz memberitahu itu adalah dirinya dan tidak mahu bersikap hipokrit.

Bagi Tiz, gambar-gambar tersebut tidaklah terlalu keterlaluan atau terlalu terdedah.

Ini komen pelakon jelita ini:

“Sejak dulu lagi saya memang suka berkongsi apa saja gambar aktiviti harian serta karier di Instagram..”

“Ada di antara gambar itu mungkin nampak keterlaluan pada pandangan orang lain tetapi ia perkara biasa bagi saya.”

“Saya bukan melakukan aktiviti yang salah dan mereka yang berada dalam gambar-gambar itu adalah rakan-rakan saya. Ibu bapa saya juga mengenali mereka dan tahu aktiviti yang kami lakukan,”

Tiz Zaqyah sering memuat naik gambar aktiviti santainya bersama rakan-rakan di laman sosial Instagram miliknya yang kini memiliki 1.3 juta pengikut. -PENMERAHDOTCOM

The post Sering Pakai Pakaian ‘Keterlaluan’, Ini Respon Tiz Zaqyah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dCsP5H
via IFTTT

Inilah Teguran ‘PADU’ Pensyarah UiTM, Dr Ira Kepada Azizan Osman

Inilah Teguran ‘PADU’ Pensyarah UiTM, Dr Ira Kepada Azizan Osman

ao

Azizan Osman menjadi bualan hangat apabila terpalit dengan kontroversi kerana didapati menggunakan ijazah kedoktoran yang palsu apabila Universiti Malaya membuat penafian memberi gelaran ‘Doktor’ kepadanya.

Kes ini telah mendapat perhatian dari orang ramai setelah 3 universiti membuat pengumuman tentang hal ini.

Kini 3 Universiti iaitu UM, UKM dan UniKL tampil menafikan memberi gelaran Doktor kepada Azizan Osman.

Dengan tersebarnya kisah ini, beberapa pihak yang pernah menghadiri ceramahnya merasa kecewa dan tertipu dengan Azizan, menagapa perlu menggunakan gelaran palsu.

Ramai yang memberi pendapat masing-masing berhubung perkara ini, tetapi pandangan dari seorang pensyarah di UiTM Shah Alam iaitu Dr Ira Normardiana Yusof amat mencuri perhatian ramai.

Pensyarah ini memiliki ijazah kedoktoran daripada University Of Salford, Manchester, United Kingdom.

Buat Dr Ira, pakar motivasi ini telah membawa satu budaya yang kurang elok dengan memalsukan gelaran ‘doktor’ tersebut.

Berikut kenyataan beliau:

“Fake it till you make it” Virus

First, I want to congratulate a certain someone for changing many Bumiputras’ entrepreneurs’ fate,future or even fortune as what have been claimed in your renowned seminars and motivational talks.

I have never been to any of your session, hence I could not measure or research your methods, theories,strategies, your effectiveness nor any of your approaches.
Now the HARDEST PART.

U have dangerously advocated a virus called “Fake it till you make it”.

It is tremendously dangerous because all your supporters seemed to corner your ring and decided to defend you albeit it has appeared that you have committed a qualification fraud. A qualification fraud can take many forms, but usually it is when a person claims to have a qualification yet it was never awarded to them. In your case, it was your Ph.D.

Let me share with you on the fundamental Ph.D odyssey in order to gain the famous “Dr.” title. Does a Ph.D doctorate makes us feel smart?.Yes, indeed! Absolutely!

But before we or anybody else in the world could call us “Doctor”,
We have to learn, we have to learn research and fieldwork, we have to be excellent exemplars in all repertoire required in our Ph.D odyssey. We have to be bloody good at statistics and we even have to become expert at vital quantitative and qualitative softwares like the SPSS and Nvivo.

It normally takes us years to do massive literature review, comparative studies ,data collection and data analysis in our given field.We have to write and present our international papers at numerous international conferences and ought to do networking with as many renowned scholars and professors from all over the world.

All these are crucial processes to the finale of our viva voce(viva) where our 4-6 years of our Ph.D hard work can either bring us the ‘Dr.’ title or not.

I have many friends who have failed to gain their Ph.D/ Dr. title, but I have yet to find any of them who shamelessly use the title. Why?.
Because they know. IT WAS BLOODY HARD and u have to earn it.

But they took pride in the Ph.D journey even though they did not get the title ‘Dr.’

Bear in mind that these people who did not get their Ph.Ds and doctorate titles have “fought to the death” during the gruelling hours of their viva session.

And for you to advocate and implement this “Fake it till you make it” attitude and virus especially to the younger Gen Y in this country,
I would NOT say…
SHAME ON YOU like many others, but rather advise you to embark on the real Ph.D study at a real university.

Why?
Because “Fake it till you make it” virus as advocated and popularised by you is completely killing the our forte, profession and reputation by sending wrong message to the young Gen-Y in this country as well as my university students that I am currently teaching.

But most importantly, this “Fake it till you make it” virus is also denying all our 4-6 years of ‘Real’ Ph.D hard work. Last but not least, there’s nothing wrong using the title Mr. in any of your seminars or talks because if you are good, you’re good!!. It is better than using a fake title.

Best wishes,

Dr Ira Normardiana
Ph.D (UNIVERSITY OF SALFORD, MANCHESTER, UNITED KINGDOM)
MASTER (UNIVERSITY OF BEDFORDSHIRE, UNITED KINGDOM)

The post Inilah Teguran ‘PADU’ Pensyarah UiTM, Dr Ira Kepada Azizan Osman appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dicBLF
via IFTTT

Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Tengah Malam Ini (1 Oktober)

Harga Minyak Naik Tengah Malam Ini (1 Oktober)

Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 naik 10 sen seliter, manakala diesel naik 5 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia.

Berikut adalah harga terbaru bermula tengah malam ini.

RON95 – RM1.80 seliter
RON97 – RM2.15 seliter
Diesel – RM1.75 seliter

Sumber : Bernama

minyak

The post Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Tengah Malam Ini (1 Oktober) appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dwCUBL
via IFTTT

15 ARTIS TERNAMA BERENTAP DI MOOD REPUBLIK MELAKA, ( AYER KEROH) l ESOK & LUSA..!!

175

ESOK ESOK ESOK ! ORANG MELAKA & BERDEKATAN. Inilah peluang anda bersama menyerikan event terkemuka di Malaysia, Mood Republik yang membawakan kepada anda 15 Artis ternama secara live sambil bershopping sakan.

Mood Republik kali ini datang lagi ke Melaka tapi tapi kali ini lebih ramai lagi artis dan juga vendor vendor yang pastinya akan menjual barangan pada harga yang murah. Kenapa anda semua perlu datang ke Mood Republik esok?? Ini antara sebabnya..

MOOD REPUBLIK NAK KASI 10 000 GOODIE BAGS EKSLUSIF KEPADA 10 000 PENGUNJUNG PALING AWAL DATANG .
176.
.
.” Q ” BERMULA SELEPAS SUBUH SABTU & AHAD ! SIAPA CEPAT DIA DAPAT ! SIAPA LAMBAT DIA MELEPAS ! BYE BYE KIAH ! 😬 .
.

.
MASUK PERCUMA !
.

.
GOODIE BAGS PERCUMA !
.

.
MASUK PERCUMA !
.
.

.
GOODIE BAGS PERCUMA !
.

.
OH MAK KAU HIJAU ! .
.
BERGETAR TULANG TRAKEA MAK ! RAPUH TULANG RUSUK ! BENGKOK TULANG KAKI ! .
.
WA WA WA WA WAJIBUL DATANG 💃💃💃
.
TEMUI 👇
.
✨AIDIJUMA .
✨NEELOFA LIVE for NAELOFAR HIJAB .
✨JUBAH SOUQ .
✨DNARS SKIN CARE .
✨MIRA FILZAH LIVE FOR MORA & MF SHAWLS
✨BELLA AMMARA
✨ROZITA CHE WAN LIVE for RCW
✨SUGARSCARF
✨DATO SERI VIDA LIVE FOR SORGA TUDUNG .
✨HANIS ZALIKHA LIVE for CAKENIS .
✨IZZUE ISLAM LIVE for LOOKALIKELENS
✨MODVIER FASHION HOUSE .
✨NORA DANISH LIVE FOR OWL .
✨DIDIE ALIAS LIVE for DHANIA .
✨BY BAINY .
✨MANJA KASEH .
✨MRP DIET BY ZAWARA .
✨SHARA ISLAMIC FASHION WORLD .
✨EMMA MAEMBONG & KAMAL ADLI LIVE FOR BUBBLE SOAP
✨THE MORATA SHOES
✨FURBY & SUGAR
✨AISHAWONG ACCESSORIES .
✨ANZALNA NASIR LIVE for ANZEL HAIR ✨TUDUNG RUFFLE .
✨EBAWAL EXCLUSIVE
✨HAIRUL AZREEN LIVE for MA LEAD
✨YANA SAMSUDIN LIVE for AYANA .
✨ZAIN SAIDIN LIVE FOR ZAPATOS .
✨JELITA SARA .
✨TELEKUNG SITI KHATIJAH .
✨WADI ADRA .
✨WAWAZAINAL LIVE for WAWASOFTLENS .
✨DEWI SOFIEA
✨ERID AMARO & AINAN TASNEEM LIVE for AIRID OFFICIAL
✨HOUSE OF I.T GADGET .
✨RAYYAN HAYA .
✨DEXANDRA PERFUME
✨RUMAH LELAKI ( CASUAL MEN’s WEAR )
✨PROTON EDAR .
✨WARDAH KOSMETIK .
✨ALFIO RALDO .
.
DAN BANYAK LAGI !
.
MAKANYA ? .
SAVE THE DATE !
SAVE YOUR MONEY ! .
.
10000 GOODIE BAGS EKSLUSIF BUAT PENGUNJUNG TERAWAL MENJADI TARUHAN 🎁.
.
1000 MINIT MOMEN SHOPPING MENJADI SAKSI ⏰
.
100 JENAMA PALING POPULAR DI KEHENDAKI BERAKSI 👗👔👠
.
INI KALI LAH 🎌
.
INGAT SHOPPING , INGAT MOOD REPUBLIK ! LUPAKAN YANG LAIN ! MUWAH 👏🏻
.
INI LAH FESTIVAL FESYEN NOMBOR SATU MALAYSIA !

Kalau anda peminat Mira Filzah, Neelofar, peminat setia artis artis single mingle yang dah lama nak tengok secara live.. Anda Wajib datang MOOD REPUBLIK. Mana tahu dari single boleh jadi double? Jangan lupa esok dan lusa. Paling penting, boleh shopping sehabis habisan jadi jangan lupa bawak kawan kawan dan juga keluarga.

The post 15 ARTIS TERNAMA BERENTAP DI MOOD REPUBLIK MELAKA, ( AYER KEROH) l ESOK & LUSA..!! appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cGqiBX
via IFTTT

Ibu Dedah Apa Terjadi Kepada Anaknya Kerana Terlalu Banyak Makan Makanan Proses

Ibu Dedah Apa Terjadi Kepada Anaknya Akibat Terlalu Banyak Mengambil Makanan Proses

z

Makanan segera atau makanan proses memamg diketahui tidak elok dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan manusia.

Namun makanan segera masih lagi diamalkan di Malaysia dan juga serata dunia kerana selalunya ianya sedap, murah dan mudah didapati.

Walaupun pelbagai kempen dilakukan, makanan proses tetap menjadi pilihan masyarakat.

Satu kisah pengajaran telah dikongsikan oleh seorang ibu tentang apa yang belaku kepada anaknya akibat terlalu banyak mengambil makanan proses.

Ini perkongsian dari Faridatul

……………………………………………

Akibat Terlalu Nanyak Processed Food

Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu-ibu baca dan ambil tahu.

Gejala Dan Tanda

Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.

Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.

Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.

Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.

Baru-baru ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau empat, lima minit. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.

Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli M*** dalam kotak dan kek coklat kecil brand *********a. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.

Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.

Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.

Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.

Getting ready for the scope procedure

Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn’s Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.

Apakah Penyakitnya?

Semasa scope ini yang kita jumpa.

img_2619

Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.

Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena.

Aduh sakitnya, saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.

Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.

Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.

Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.

Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.

Tindakan Lanjut

Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.

Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.

So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit. Bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum.

Dia terus minum dan esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.

Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.

Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.

Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.

3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.

Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.

Keputusan Ujian

Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim.

Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.

Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti-roti dan sponge cake ******** yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks.

Dia ni suka sangat minum air I** ***** **a dalam botol, M*** dan sebagainya.

Dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.

Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.

Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.

Kesimpulannya

Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.

Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.

So, I’m making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.

Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.
Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.

Love,
Farida

Nota:

Saya nak betulkan sedikit persepsi beberapa pembaca yang mengatakan saya tidak memberikan antbiotik kepada Zaim. Doctor beri 3 jenis antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 15 hari.

Bila balik rumah, malam tu cuba beri dia makan nasi lembik dengan sup supaya dia boleh makan ubat. Habis je suap nasi, dia makan ketiga-tiga ubat tersebut dan lari pergi toilet lagi. duduk dalam tu 1/2 jam, keluar 5 min, dan lari balik sampai tengah malam. Dia dah lembik dah masa tu. And continue macam tu sampai esok dan lusa, walaupun kekerapan kurang, tapi lama duduk dalam toilet tu.

Saya ni ibu. Bila pandang anak macam tu kita rasa apa? Saya tahu kesan antibiotik ke atas perut kosong. Pangkal perut dia ada luka juga, so perut dia akan bertambah pedih kalau saya paksa dia makan antibiotik.

Saya rujuk pada rakan saya Dr Safiza, seorang Pakar Pemakanan yang mempunyai PHD dalam bidang dia ni. Katanya saya perlu turunkan radang dahulu.

Bila saya cari, saya jumpa kunyit as anti-radang yang paling senang didapati. Kat rumah saya berlambak kunyit. And after 3 hari dia beransur pulih.

Sebab itu saya tak berikan antibiotik lagi, sebab bengkak dia bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Antibiotik adalah untuk jangkitan virus kan? Bukan bengkak.

Janganlah suka2 pass komen kata saya itu ini. Tak kena pada korang, memang korang tak tau sakit dia.

The post Ibu Dedah Apa Terjadi Kepada Anaknya Kerana Terlalu Banyak Makan Makanan Proses appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dg5S4L
via IFTTT

Pelakon Nadiya Nisaa Kini Berhijab

Pelakon Nadiya Nisaa Kini Berhijab

nad

Nadiya Nisaa kini telahpun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya.

Akuinya lagi, hasrat itu terbantut kerana terpaksa akur dengan kontrak kerjanya sebelum ini. Namun, Allah lebih mengetahui, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

Penhhijrahan Nadiya disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang suka melihatnya bertudung, nampak cantik kata suaminya.

Ini komen Nadiya:

“Jadi pada Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba untuk mengenakan tudung.

“Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah

“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya (suami) memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,”

Pada awal Ogos yang lalu, orang ramai dikejutkan dengan berita sedih menimpa Nadiya sekeluarga apabila kandungan keduanya disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.

Akui terlalu sedih dengan kejadian tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk berehat seketika untuk menenangkan fikiran.

Apapun tahniah buat Nadiya Nisaa, suami dan keluarga. -PENMERAHDOTCOM

The post Pelakon Nadiya Nisaa Kini Berhijab appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dc4vrM
via IFTTT

Thursday 29 September 2016

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

madu

Ini merupakan satu kisah benar yang berlaku di Malaysia dan amat ‘rare’. Seorang isteri telah memujuk suaminya bernikah dengan sahabat baiknya sendiri.

Ahli perniagaan bernama Ida Nirwana memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan rakannya, Norinie sebagai madunya.

Ida yang berumur 26 tahun menyatakan rakannya itu Norinie Rahmad, 35 tahun yang juga seorang yatim piatu, sebagai calon dan pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya sebagi madu.

Namun Ida akui terpaksa memujuk suaminya, Hakim Kusaini yang berumur 32 tahun untuk menerima Norinie dan bernikah dengannya.

Ini komen Ida:

Suami Keberatan Pada Mulanya

“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

“Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir.

“Ketika suami meminta untuk berfikir, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak fitnah,”

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

“Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling.

“Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama ‘didi’.

“Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini,”

Detik Perkenalan

Dia mula mengenali Norinir pada awal Mei 2015 ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

“Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

“Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,”

Madu Tiada Tempat Mengadu

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

“Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya.

“Tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

“Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,”

Tahniah buat mereka sekeluarga. Semoga hidup berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dazH7x
via IFTTT

Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal

Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal

emi

Video viral SM Faisal Nasimuddin yang berebut anak dengan bekas isterinya, Emilia Hanafi di mahkamah hangat diperkatakan orang ramai.

Sebelum ini, SM Faisal telah tampil mempertahankan dirinya dengan memberi penjelasan perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, dia diberi kebenaran mengambil ketiga-tiga anak untuk 1 hari sahaja namun hanya dapat membawa seorang anak sahaja kerana apa yang berlaku di mahkamah.

Kini bekas isterinya, Emilia pula tampil menjelaskan perkara yang berlaku dari pihaknya.

Menurut Emilia, anak keduanya Faiz trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengikut bapanya meskipun mahkamah membenarkan anak-anak mereka untuk bermalam dengan Faisal selama satu malam.

Emilia jug amenafikan keluarganya melemparkan kata-kata nista kepada SM Faisal.

Ini penjelasan Emilia:

ee

ee1

The post Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2de7JbU
via IFTTT

Pekerja Air Selangor Disyaki KHIANAT Masukkan Racun Dalam Kolam Takungan Air.



Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terbabit dalam perbuatan khianat menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata, pekerja itu digantung pada 6 September lalu, manakala laporan polis berhubung kejadian dibuat pada 9 September.

Katanya laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutama Sime UEP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekalan air kembali pulih pada 2 September lalu.

Suhaimi berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang terbabit dalam perbuatan khianat.

Menurutnya, Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mengelak gangguan bekalan air akibat kecuaian pekerja.

http://www.hmetro.com.my/node/170330

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

zs2

Bekas isteri kepada Along Cham, Zila Seeron akhirnya mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya bernama Khairul Azizi.

Zila Seeron dan Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.

Pasangan ini yang bukan suami isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah Khairul Azizi.

Satu serbuan dibuat di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Zila Seeron yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ini komen Zila: “Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,” 

Khairul juga tidak diwakili peguam dan memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan telah menyesal.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda. -PENMERAHDOTCOM

The post Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2do6rYO
via IFTTT

Wednesday 28 September 2016

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

ao

Hari ini satu pengumuman mengejutkan dibuat oleh Universiti Malaya apabila menafikan telah memberi gelaran Doktor melalui Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman.

Menerusi laman web Richworks iaitu syarikat milik Azizan, ia jelas memberitahu Azizan memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

Ini kenyataan media oleh UM:

um

“Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.”

Azizan Osman merupakan pakar motivasi dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Setakat ini Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dc1wfc
via IFTTT

Customer ‘Racist’ Berperangai Buruk Dan Biadap, Dikecam Orang Ramai

Customer Racist Perangai Buruk Dikecam Orang Ramai

mangsa

Seorang pelanggan yang bersikap biadap dan amat racist telah menerima kecaman dari orang ramai.

Ini kisah benar yang baru sahaja berlaku ke atas seorang peniaga wanita yang menjual secara online apabila customernya tidak jadi membeli barang setelah mengetahui dia berkahwin dengan orang berkulit hitam.

Customer tersebut bersikap biadap dan terus menghina warga kulit hitam dan tidak mahu meneruskan pembelian dari peniaga terbabit.

Yang peliknya dia mahu menviralkan kisah tersebut walhal dia yang bersikap biadap dan racist.

Jom baca kisah ini yang dikongsi oleh Emma :

m

mm

mmm

mmmmm

The post Customer ‘Racist’ Berperangai Buruk Dan Biadap, Dikecam Orang Ramai appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dbRkn1
via IFTTT

Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau…

Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau…

kisah

Ibu bapa akan sentiasa menjaga anaknya tidak kiralah walaupun anak itu dah berkahwin atau bekerjaya.

Satu kisah benar telah dikongsikan oleh saudara Muhaimin di laman sosial FB tentang kisah benar yang berlaku sendiri di depan matanya.

Ianya tentang kasih seorang ibu kepada anaknya yang emminta wang walaupun wang sendiri tidak cukup.

Jom baca perkongsian ini:

Kisah Auntie Di Maybank

RASA SEDIH!

Tadi sy pergi MAYBANK. Beratur belakang sorg Auntie nie. Dari belakang intai dia keluarkn duit. Tengok Ada baki RM13. Dia nk keluarkn RM10 tak boleh sbb “insufficient balance”.

Ada org call dia mcm minta duit kasi bankin cepat-cepat mcm Ada kecemasan. Sy perhati dr belakang!

Muka ny dah Risau Dan dia beratur dekat “deposit Machine”. Sy duk belakang dia Dan tanya “Auntie.. Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?”

Auntie jwb “tidak.. Mau kasi sama anak kerja dekat pineng tak cukup wang mau makan!”.

Sedih bila renung…auntie yg umo 60an lebih masih mau pikir lg kasi anak makan. Dunia macam sudah terbalik, seorang mak kasi makan dia punya anak lagi wlw anak sudah besar oo…

Sy Tanya ” auntie sudah makan? Takpa auntie Simpan ini wang sy belanja auntie makan”. Dia menangis Bila sy ckp itu macam. Sy pun sedih rupanya ramai lg org susah dri saya.. Sy tak sanggup tengok org susah sb sy pernah susah!

Borak2 dgn auntie then kasi dia sy punye bisnes card. Takpa auntie apa2 blh col sy.. Ada business utk dikongsikan. Sy pun tak mau senang sorang2.

“Ok thanks ya adik”. Ok sama2 autie!

Pesanan kepada Anak-Anak

ps: “Ingat wahai anak-anak!

– Ingat, bila anak minta duit dgn mak/ayah, wlwpn mereka takda duit mereka tetap kata ada! Mungkin diorang pinjam dgn jiran sebelah gara2 nk bagi duit kat anak!

– Ingat, Kalau kita tak boleh bagi mereka duit, jangan minta darinya. Cukuplah mereka dah besarkan kita dgn ilmu blh Cari duit sdiri.

– Ingat, mak/Ayah tidak perlukan duit korang sebenarnya. Dia perlukan perhatian balik jenguk dia kat kampung sudah memadai. Kalau busy call pun ok. Sejuk hati diorang dgr khabar. Jgn nk duit Baru sibuk call.

– Ingat, busy memanjang site meeting sana sini, appoinment bisnes siang malam akhirnya duit pun tak pernah cukup. TIBA masa utk korang balik rumah pandang muka mereka.

– Ingat, pandang Muka mereka, rezeki mudah masuk! In sha Allah.
.
Ya.. Boleh SHARE cerita ini, biar semua org baca cerita sebenar… Kasi anak2 faham keadaan mak/ayah mereka. Jgn susah kn mereka lagi… Mereka dah tua.

KITA HIDUP TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN BERUPA HARTA, HANYA DOAKAN SY MURAH REZEKI DAN DIBERI KESIHATAN YG BAIK.

Anak-anak zaman sekarang memang kebanyakannya sering melupakan orang tua di kampung setelah bekerja dan berkeluarga.

Nak melawat pun susah, ada sahaja alasan apatah lagi memberi duit poket kepada ibu bapa.

Mari kita share artikel ini agar sama-sama dapat dijadikan teladan.

The post Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau… appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cXpfyf
via IFTTT

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak

ely

Elly Mazlein telah membuka cerita tentang bekas suaminya iaitu Azmi Hatta yang dikatakan langusng tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Elly berkata dia tidak kecewa dengan tindakan suaminya itu kerana dia sudah biasa hidup sendiri sejak diceraikan ketika Putri Sara masih dalam kandungan pada Oktober tahun lalu.

Ini komennya:

“Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.

“Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.

“Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,”

“Sejak diceraikan ketika hamil tiga bulan, saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak. Malah selepas bersalin, saya mencuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu juga dengan bapa saya yang terlalu menyayangi cucunya.

“Semua perkara berkaitan anak saya lakukan sendiri. Pendek kata saya memang berdikari. Disebabkan itu saya sudah terbiasa hidup sendirian,”

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil tiga bulan. Penyanyi ini selamat bersalin pada 9 Mac lalu diberi hak penjagaan anak. -PENMERAHDOTCOM

The post Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d6dwiU
via IFTTT

WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya

WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya

sm

Hari ini telah kecoh tentang satu video yang menjadi viral menunjukkan seorang anak dipisahkan dari ibunya di mahkamah.

Ternyata ramai yang sayu menonton video tersebut (LIHAT DI SINI)

Orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib kanak-kanak terbabit yang pastinya trauma dengan kejadian tersebut.

Namun, ayah kanak-kanak berkenaan sebenarnya merupakan individu yang dikenali ramai iaitu tokoh korporat Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang juga bos kepada kumpulan NAZA.

Akhirnya SM Faisal telah tampil menjelaskan hal yang sebenanrnya yang berlaku.

Jom baca:

Terpanggil Untuk Jelaskan Perkara Sebenar

Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Hadir  ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.

Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.

Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Mahkamah Beri Kebenaran, Hanya Sehari Sahaja

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga.

Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui…

Tiba-Tiba Bekas Isteri Rebah

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.

Dapat Bawa Anak Bongsu

Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.

Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Ada Pihak Sengaja Besarkan Cerita

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.

Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya

The post WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2drAgbF
via IFTTT

“Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa

“Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa

degree

Setiap orang yang melalui alam perkahwinan ada perjalanan hidup masing-masing. Setiap pasangan suami isteri selalunya akan berbincang untuk menentukan haluan kehidupan mereka bersama.

Zaman kini memang sudah biasa suami isteri bekerja mencari nafkah. Tetapi sudah tentu ada juga yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa walapun mempunyai pelajaran yang baik.

Jom baca kisah seorang isteri yang mempunyai ‘degree’ namun memilih untuk menjadi houswife.

Ini kisahnya:

ADA DEGREE

Assalamualaikum.

sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life.
Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM, grad tahun 2012. Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary.

BERHENTI LEPAS KAHWIN

So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku waktu tu jadi weekend husband macam dia. Tapi aku bertekad berhenti jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila. One day still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja Kuantan pulak.

IBU BAPA RISAU

So kami kahwin. And aku officially jadi HOUSEWIFE. Mulanya mak bapak mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?” “Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset. Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).

Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.

PANDANGAN ORANG SEKELILING

Tp masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk kampung, baik belah aku dan suami sama jesemua. sibukkk sangat dok condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk brenti kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje? Came on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia.

Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt UM lg aku dh pandai menjahit.

ADA RASA IRI HATI

Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa iri hati. Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku, pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki bagai.

Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia konfidennya jawab aku housewife. Aku ada tanya dia tak menyesal ke kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam dulu. Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak.

SEMUA CUKUP

And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup. Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.

Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak buat teman.

Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact. Aku jd anti-sosial. Yes tu adalah kesan jd housewife ye.

Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari segalanya. Tu syurga aku lepas Allah.

MORAL OF THE STORY

So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive. Kami cuma bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas gaji sedap.

Verangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab. So Org luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp housewife please sokong cakap benda baik2.

Terima kasih kerana membaca.

*suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia. Sekian. – Puan Jelita (Sumber: IIUM Confession)

The post “Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d3bLTO
via IFTTT

Tuesday 27 September 2016

Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan

Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan

ooggyy

Di Akademi Fantasia musim ini, Ogy Ahmad Daud telah dipanggil sebagai juri jemputan dan seperti biasa memebri komen yang amat pedas.

Ada satu bahagia yang mana Ogy telah memarahi pelajar AF dan tiba-tiba pengetuanya iaitu Datuk Shake dlihat keluar dewan.

Ternyata Ogy tidak faham dengan kejadian tersebut.

Ini komen Ogy tentang insiden itu:

TEGUR PERKARA BETUL

Bagi kak Ogy, dia telah menjalankan tugasnya sebagai juri dan pengkritik untuk menegur perkara yang sepatutnya.

“Saya tegur perkara yang betul dan tahu tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,”

“Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.

“Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.

“Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.

“Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri,”

SIKAP PESERTA SAMBIL LEWA

Ogy dilihat berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.

“Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.

“Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni”

Sebelum ini, Akademi Fantasia menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai apabila tenaga pengajar, Mas Idayu memeluk seorang pelajar lelaki. -PENMERAHDOTCOM

The post Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dqIKA6
via IFTTT

(Video) Sedih Lihat Anak Kecil Ini Dipisahkan Dari Ibunya Selepas Hak Jagaan Jatuh Pada Ayah

(Video) Sedih Lihat Anak Kecil Ini Dipisahkan Dari Ibunya Selepas Hak Jagaan Jatuh Pada Ayah

rebutt

Satu video telah menjadi viral hari ini apabila seorang anak telah dipisahkan dari ibunya setelah hak jagaan jatuh kepada ayahnya.

Sayu melihat anak terbabit yang memeluk ibunya erat seperti enggan melepaskannya setelah mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada ayah.

Dari video, jelas sekali menunjukkan kanak-kanak lelaki benar-benar tertekan dan banyak kali menolak apabila bapanya cuba memujuk dan mengambilnya secara paksa.

Melihat anak yang tertekan dan tidak mahu ayahnya, si ibu bangun dan mendapatkan anaknya. Perebutan berlaku dan si anak dan ibu berpelukkan di atas lantai yang jelas menunjukkan anak terbabit mahukan ibunya.

Sekali lagi bekas suami cuba mengambil anaknya, namun kanak-kanak itu menolak tangan bapanya berkali-kali dan berkata “I don’t want.”

Ini videonya:

Ini merupakan pengalaman trauma yang akan menghantui memori kanak-kanak terbabit selama-lamanya. Setiap penceraian, jka anak gagal mengawal emosi mereka akan menjadi mangsa keadaan.

Oleh itu, sayangi dan hargailah hubungan anda bersama pasangan dan juga anak-anak. Jangan digadaikan hubungan yang tidak ternilai harganya. Janganlah bercerai, sayangilah keluarga anda!! -PENMERAHDOTCOM

The post (Video) Sedih Lihat Anak Kecil Ini Dipisahkan Dari Ibunya Selepas Hak Jagaan Jatuh Pada Ayah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d8hGIa
via IFTTT

‘Dah Langgar, Kau Biar Kakak Aku Dalam Longkang’

‘Dah Langgar, Kau Biar Kakak Aku Dalam Longkang’

langgar

Seorang lelaki berang apabila mengetahui kakaknya menjadi mangsa kes langgar lari.

Lelaki terbabit yang bernama Kamarul Ariffin berkongsi gambar kakaknya yang menjadi mangsa kemalangan itu di laman sosial Facebook.

Jika dilihat, kakaknya itu merupakan seorang jururawat dan masih memakai uniform jururawat ketika kemalangan.

Wanita tersebut dilihat terbaring di dalam longkang dan tidak sedarkan diri.

Kamarul juga menghentam orang yang langgar lari tersebut. Ini tulisnya:

“Di dunia mungkin kau lepas, tapi kat akhirat kau jawablah nanti”

“Kepada yang langgar kakak aku pagi tadi… Aku harap tuhan sahaja yang membalasnya.”

“Sudah kau langgar lepas tu kau biarkan dia dalam longkang… lepas tu ko lari..”

“Sampai sekarang kak aku tak sedarkan diri,”

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku di Kuala Krai, Kelantan. -PENMERAHDOTCOM

eksiden-1

eksiden-2

eksiden-3

The post ‘Dah Langgar, Kau Biar Kakak Aku Dalam Longkang’ appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dBAvEB
via IFTTT

Manfaat Sepenuhnya Waktu Dhuha, Ini Pengalaman Seorang Gadis

Manfaat Sepenuhnya Waktu Dhuha, Ini Pengalaman Seorang Gadis

duha

Solat Dhuha memang banyak kebaikannya. Seorang pelajar telah mengamalkan solat dhuha ini dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya.

Memang gadis ini terkejut tetapi itulah hakikatnya.

Jom baca pendedahan gadis ini yang berkongsi pengalamannya di IIUM Confession.

Baru Form 5

Assalamualaikum encik puan adik semua, sini aku nak berterima kasih dekat admin yg siarkan confesa ni dan kepada semua para pembaca. Harap kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Okey tajuk aku kali ni is Manfaatkan waktu duha. Waktu duha yg always kau miss dengan waktu tidur kau Haha. That’s true right? Before aku nak start bagi ceramah ni aku nak kenalkan diri aku dulu.

Aku ni Baru form 5. Spm tak lama lagi huhuh. Semangat! Aku dah lepas trial aku dengan semua gred A. Lagi Better than exam pertengahan tahun aku yg takda A langsung huhu. Okey aku lelaki. Lelaki yg sejati gituh, okey sesi perkenalan dah habis. Maka bermulalah…..

Okey gais, bagi seorang penuntut ilmu yg inginkan kejayaan ni memerlukan usaha dan ikhtiar yg kuat. Pelbagai cara yg kita telah lakukan untuk mencapai kecemerlangan. Tapi, kadang kita pelik, timbul banyak persoalan kat diri kita yg rasa dah berusaha sebaik mungkin tetapi still tak dapat gred bagus, tak lulus, dan seumpamanya.

Mula Give-up

Kita pun giveup, kalah dengan kegagalan. Kecuali org yg tidak berputus asa akan berusaha mencari jalan yg benar untuk mencapai sesuatu yg lebih baik bukan? Aku pernah semasa aku hadap exam pertengahan tahun aku yg gagal teruk sangat. 4 gagal 3 C haha. Padahal aku berjage sampai lewat mlm untuk ulangkaji dn hafal pelajaran aku. Tapi, sikit pun tiada perubahan maksimum untuk usaha aku ni. Adakah ade waktu yg lebih berkat untuk aku lakukan sume ni?

Manfaat Dhuha

Syukur Allah bagi aku petunjuk untuk bangun pagi dengan mengulang kaji pelajaran dan mengerjakan solat tahajjud dan solat Duha. So lepas belajar dari kegagalan aku try manfaatkan sepenuhnya waktu duha ni. Jangan kita biasakan bangun pagi hanya waktu sekolah dll atau kerja je, namun pastikan sentiasa bangun awal biarlah cuti pun. Memang sedih manusia sekarang ni melakukan sesuatu sebab menuruti perintah manusia semata mata bukan sebab tuhan. Allahu rabbi.

Apabila diri berasa buntu, islam menunjukkan jalan keluar dengan mengerjakan solat duha. Roh solat duha ni dapat jernihkan fikiran kita dari segala kekusutan dan stres. So inilah jalan keluar terbaik. Tak letih pun dua rakaat je, bukan solat terawih! Solat ni rahsia besar daripada Allah untuk dapat rezeki. Rezeki bukan dari makanan dan duit je, tapi diberikan rezeki berupaya dipermudahkan memahami pelajaran, peroleh idea yg bernas untuk menulis dan menyiapkan tugasan, ketajaman fikiran untuk menghafal pada waktu pagi, dan dapat mencapai kecemerlangan.

So sebelum trial tu, aku biasakan diri bangun pukul 4:30 pagi. Aku solat tahajjud dalam 10 minit, tapi sebelum tu aku minum air masak sebab org cakap bagus taktaulah apa function dia. Tapi aku ikut jugak. Lepas solat, aku belajar, hafal pelajaran ni sampai subuh aku stop. Aku solat subuh pastu pergi Mandi. Nak mandi sebelum solat tahajjud pun takpa. And then aku makan minum. Baki selebihnya aku study lagi baru bertolak ke sekolah. Sebelum perhimpunan pula, aku habiskan masa dengan remind balik apa aku hafal pagi tadi.

Dhuha Di Sekolah

Okey next, selepas masuk kelas, bila tibanya waktu duha, aku ke surau solat duha. Ajak member sekali. Kalau kau sayang member hihi. Lepastu aku masuk kelas belajar. Cikgu tak marah punya, solat duha kan? Untuk kebaikan kita juga. Sampailah hari² aku buat till trial bermula. Memang berkesan beb, kau akan rasa kelainan dalam pembelajaran kau.

Selama ni kau rasa malas, jemu bosan, tak suka cikgu ni ajar la apa lah, tak selesa, merungut banyak kerja. Tapi kau akan hilang masalah tu serta merta. Kau akan rasa bersemangat, kau rasa ingat tujuan sebenar kau, kau nak jugak dapat ! Orang sekeliling pun semakin sayang. Rezeki semakin dapat meringankan kau.

Percayalah tak rugi kau cuba, tengok aku, trial straight A. Member aku pun tak caya, lagi lagi mak ayah aku haha sebab selama ni aku nakal malas gile haha. So sekarang aku nak fight untuk spm ni pulak. SPM start 7/11. Harap kita dapat banggakan ibubapa, guru, keluarga. Sama²lah kita berjuang. Akak² universiti/kolej tu doakan adik mu ini ye. Nak macam akak jugak boleh masuk unversiti. Cikgu cakap nak cari jodoh cari kat U je haha. Semakin bersemangat ni.

Okey finally, aku takkan ubah rutin aku ni. aku percaya jika korang ikut rutin aku, result korang lebih baik dari sebelum ni. Mana tahu Allah bagi kita straight A. Allah yang tentukan, kita hanya merancang. Doa itu penting, doa harus seiring dengan usaha ingat tu! Okey gudluck geng batch 99 do the best ! Assalamualaikum– Cik Pdot

Semoga adik-adik ini berjaya, semoga perkongsian ini dapat mengubah sedikit persepsi korang tentang solat Dhuha, cubalah jangan tak cuba.-PENMERAHDOTCOM

The post Manfaat Sepenuhnya Waktu Dhuha, Ini Pengalaman Seorang Gadis appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cJLdqO
via IFTTT

3 Kali Anak Saya Kena HFMD Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Selfish !!

3 Kali Anak Saya Kena HFMD Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Selfish !!

hfm

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sememangnya satu penyakit berjangkit yang boleh dihidapi kanak-kanak kecil dan amat menyeksakan.

Pastinya tangisan mereka yang dijangkiti HFMD boleh buat ibu bapa tidak tidur malam teringatkan kesshatan anak kesayangsn mereka.

Namun masih ada ibu bapa yang ambil sambil lewa tentang penyakit ini dan pentingkan diri sendiri. Mereka langsung tidak kuarantin anak jika terkena HFMD.

Ini seterusnya boleh membahayakan kesihatan anak orang lain.

Seorang ibu meluahkan perasaan kecewanya tentang sikap ibu bapa ini apabila anaknya kerapkali dijangkiti penyakit yang sama.

Jom baca: (luahan Hani)

Some parents are just so selfish and ignorant! dah tahu anak sakit kena HFMD, bawak pergi taman mainan, bawak pergi main indoor playground,pergi jugak hantar anak tu ke pengasuh/taska, pergi bawak lagi main kat shopping complex! Ignorant selfish!

Setiap budak reaksi terhadap virus penyebab HFMD mungkin x sama. Tapi tolong lah! Tu belum tengok lagi ulser dia dalam mulut. Mcm nightmare hokay! Ibu Aqil ni jarang nak post rant cm mak meroyan dalam FB ni tp agak2 lah.

Ni kali ke 3 dalam tempoh setahun and the worse one ever! Nak makan je menangis. Boleh pulak den ni amik cuti seminggu quarantine mak ngan anak kat rumah ni ha. Ada some parent selamba je bawak anak keluar hantar anak ke taska semua sampai berjangkit kat budak lain.

Penyakit ni berJANGKIT tau x berjangkit. Ok ibu is stress right now.

Setiap kali dia jerit sakit mulut sampai gigit tangan sendiri setiap kali tu ibu heartbroken.

Pesanan penaja: Tolong jangan jadi parent yang selfish, kalau anak kena HFMD, quarantine, stay inside ur home until fully recover

Kesian anak kecil jika terkena penyakiy ini. Harap semua pihak memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ibu bapa harus mengambil pendekatan serius dengan sama-sama kuarantin diri dengan anak jika terkena penyakit ini. -PENMERAHDOTCOM😳

The post 3 Kali Anak Saya Kena HFMD Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Selfish !! appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d3sKbI
via IFTTT

Gambar: Inilah Wajah Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam

Gambar: Inilah Wajah Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam

zam

Zamani merupakan penyanyi yang popular melalui kumpulan Slam satu masa dulu.

Suara Zamani sememangnya amat merdu dan sedap didengari, memang rare dan sukar ditemui bakat sepertinya.

Walaupun pelbagai masalah dan kontroversi yang melanda dirinya, kini perjalanan seni Zamani semakin baik dan mula mendapat perhatian.

Seiring dengan ‘comeback’ yang Zamani lakukan, terdapat sedikit gosip yang mengatakan Zamani bakal mengakhiri zaman bujangnya.

Wanita terbabit dikatakan antara peminat setianya dan juga membantu menguruskan kelab peminat Zamani.

Kini melalui satu temubual mStar, wartawan ada menunjukkan gambar wanita terbabit dan Zamani akui itulah wanitanya yang kini raoat dengan dirinya.

Jom lihat gambar dan juga temubual Zamani:

Ini gambarnya:

cats

The post Gambar: Inilah Wajah Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dyOBGu
via IFTTT