Friday 31 July 2020

Should I Travel This Year?


By BY SARA ARIDI AND UMI SYAM from NYT Travel https://ift.tt/2Xc96Os

Kagoshima Travel Guide

view of Sakurajima from Sengan-en 仙巌園

Located at the southern tip of Kyushu, Kagoshima is known for its fabulous food and the neighboring active volcano Sakurajima. Explore the city with us as we learn its rich history and visit the beautiful Japanese garden Senganen. Kagoshima is famous for fabulous food and drinks (shochu), the active volcano Sakurajima, Sengan-en garden, and its rich ...

READ: Kagoshima Travel Guide

Wednesday 29 July 2020

Vegetable Gyoza (Vegan/Vegetarian) 野菜の餃子

A white oval plate containing Vegetable Gyoza and dipping sauce.

These Vegetable Gyoza are stuffed with a delicious mix of tofu, cabbage, carrots, and shiitake mushrooms. With golden crisp bottoms, fresh juicy filling, and homemade dipping sauce, it’s love at first bite! You don’t have to be vegetarian or vegan to enjoy these Japanese pan-fried dumplings. I’ve gotten many requests for a vegetarian gyoza recipe. ...

READ: Vegetable Gyoza (Vegan/Vegetarian) 野菜の餃子

The New College Drop-Off


By BY JULIE WEED from NYT Travel https://ift.tt/39Byt1g

Tuesday 28 July 2020

Najib Dipenjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.


"Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima," katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan hari ini.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Seterusnya pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Semua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2CL7X9T
via Merah Hati Cintaku

Dr Noor Hisham Kecewa Melihat Perhimpunan Di Mahkamah Hari Ini


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kekecewaannya melihat perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingat orang ramai supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari KKM ingatkan penjarakkan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun.


"Sedih bila melihat keadaan begini yang tiada kawalan kendiri," katanya.

Terdahulu, kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dibimbangi mewujudkan kluster baharu Covid-19.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gauTOi
via Merah Hati Cintaku

Cucu Mahathir Sifatkan Penyokong Najib Sebagai Badut, Bodoh


Kuala Lumpur – Cucu kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan para penyokong Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai bodoh.

Melia Serena Mukhriz berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap ribuan penyokong Najib yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bersolidariti kepada bekas perdana menteri itu.

“Semua orang yang menjerit “bosku!” di di Mahkamah Tinggi hari ini adalah kumpulan badut. Bagaimana anda boleh menyokong lelaki yang bertanggungjawab dalam kes kleptokrasi terbesar di dunia? Bodoh,” katanya sebentar tadi.


Mereka lengkap memakai baju biru dan merah tertulis “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku”.


Difahamkan, penyokong yang hadir terdiri daripada akar umbi Barisan Nasional (BN), Umno, MIC dan MCA yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi.

Antara pemimpin yang hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan itu dibacakan oleh hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyifatkan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.

“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan,” katanya.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber: https://suara.tv


from Sehinggit Media https://ift.tt/2DaRJGL
via Merah Hati Cintaku

Longer, Slower, Farther: Savoring the Prospects of Future Travels


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3f4JvNF

Monday 27 July 2020

Gyoza Wrappers 餃子の皮の作り方

Gyoza wrappers in the making.

Let's make gyoza wrappers from scratch! All you need is salt, water, and flour! Watch the video tutorial and enjoy this fun, rewarding process!

READ: Gyoza Wrappers 餃子の皮の作り方

Dua Lelaki Bangladesh Ditahan Cuba Rasuah Polis RM10,000


POLIS menahan dua lelaki warga Bangladesh malam tadi selepas cuba menyogok Ketua Balai Polis Danga Bay wang tunai berjumlah RM10,000 supaya melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin yang ditangkap semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kedua-dua lelaki berumur 35 dan 43 tahun itu ditahan pada 11 malam di Balai Polis Danga Bay.

"Terdahulu, sepasukan polis dari Balai Polis Sentral menahan lapan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang didapati memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen perjalanan menerusi serbuan Op Benteng pada 6.30 petang di sebuah kondominium di pusat bandar.

"Semasa (proses) dokumentasi dibuat terhadap sembilan pendatang asing tersebut di Balai Polis Danga Bay, kedua-dua lelaki Bangladesh itu datang ke balai berkenaan dan menghulurkan wang RM10,000 sebagai imbuhan (untuk) melepaskan kesemua sembilan lelaki berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, mereka berdua ditahan serta merta kerana cuba memberi rasuah dan wang RM10,000 berkenaan dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya, kedua-dua lelaki itu bersama sembilan pendatang asing yang ditahan kini direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/30Sk256
via Merah Hati Cintaku

Kemungkinan Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat..


PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tsunami atau gelombang ketiga COVID-19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Malah katanya, kewujudan kluster baharu diibaratkan seperti bara api yang bila-bila masa sahaja mampu membangkitkan semula gelombang berkenaan kesan ketidakpatuhan orang ramai. 

Justeru katanya, pentingnya langkah pencegahan dilakukan setiap anggota masyarakat sebelum perkara itu  berlaku.  

"Kemungkinan tetap ada (gelombang ketiga) jika tak patuh SOP. Kalau nak cegah, maka  tindakan pencegahan itu penting iaitu sebelum kes naik. Sekarang ini ada kes tambahan dan kluster baharu. Kluster baharu ini bagaikan bahan api. Namun kita sebagai rakyat kalau tak patuh kepada SOP  maka kluster baharu ini ibarat bara yang sedang membakar. 

"Kalau kita tak patuh, maka bahan api ini akan jadi akan buat pembakaran besar. Kalau ada kes 2,000 ke 3,000 sehari, mungkin dalam seminggu hospital kita akan sesak dan mungkin kita tiada kemampuan rawat pesakit," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin. 


Ujarnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membolehkan rakyat menjalani kehidupan seharian namun perlu mematuhi SOP.

Bagaimanapun, kebimbangan KKM adalah apabila rakyat tidak mematuhi SOP dan tidak mustahil negara akan berdepan gelombang ketiga COVID-19.

"Kalau R naught itu meningkat lebih daripada 1.6, kemungkinan kita akan mendapat peningkatan kes mendadak dan menjadi gelombang ketiga.

"Yang kedua, ada banyak kluster di Sarawak, kita sudah laksanakan tindakan contohnya Kluster Hospital Sentosa, kita telah tutup kemasukan pesakit ke hospital itu dan kita laksanakan saringan di sana," ujarnya.

Justeru, KKM sedang meningkatkan keupayaan dan ketepatan makmal dan intervensi kesihatan awam.

"Setakat ini, semua pendekatan kesihatan awam. Kita belajar dari pengalaman lalu iaitu ketika SARS dan MERS-CoV, kita gunakan pendekatan kesihatan awam. Kita guna pengalaman lepas dalam pengawalan penyakit berjangkit," tambahnya.

Sumber: Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/330vHkW
via Merah Hati Cintaku

27 Rohingya Tidak Lemas, Sebaliknya Sudah Memasuki Malaysia Secara Haram


LANGKAWI, 27 Julai — Seramai 27 etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas di pulau ini kelmarin,  sebenarnya dalam keadaan selamat dan sudah memasuki negara ini secara haram.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata 13 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan dijumpai bersembunyi di Pulau Rebak Besar dekat sini, pada pukul 6.15 petang semalam.

Mereka ditemukan semasa Operasi Mencari dan Menyelamat yang dilaksanakan susulan  pihak berkuasa mendapat laporan awal daripada seorang etnik Rohingya yang ‘terselamat’ kononnya 24 orang penumpang lain dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun dari sebuah bot di pulau ini pada Sabtu, pukul 8 malam.

Helah itu dipercayai merupakan  modus operandi terbaharu etnik berkenaan cuba memasuki negara ini secara tidak sah kerana sebelum ini terdapat kes mereka sengaja membocorkan sebuah bot serta merosakkan enjinnya berhampiran pulau ini sebelum mendarat di Malaysia.

“(Awalnya) pasukan operasi mencari dan menyelamat itu gagal menemukan sebarang petunjuk atau mangsa. Pasukan operasi kemudian mendapat aduan dari seorang nelayan tempatan yang menemukan seorang lelaki etnik Rohingya di Pulau Rebak Besar, seterusnya bot Kilat Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi  berkenaan.

“Migran tersebut telah dibawa pulang ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan. Dia kemudian memaklumkan ada 26 lagi migran masih bersembunyi di pulau itu.


Ekoran itu, Bot Kilat dan Kapal Maritim (KM) Gagah bersama aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pencarian sebelum menemukan 26 lagi migran berusia antara lima hingga 45 tahun,” kata Mohd Zawawi.

Mohd Zawawi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua migran seramai 28 orang itu termasuk pengadu telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan menjalani saringan awal COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, migran terbabit  telah terjun dari sebuah bot nelayan sebelum berenang ke pulau berkenaan.

“Kita masih menyiasat sejak bila mereka berada di pulau tersebut dan bagaimana berjaya lolos masuk ke perairan negara. Selain itu, siasatan mendapati migran ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua tekong darat atau ‘dallal’ yang ditangkap dalam operasi melibatkan lima agensi, 21 Julai lalu.

Berkenaan modus operandi pergerakan migran ini, kita tidak menolak kemungkinan sebuah bot nelayan perlu datang untuk mengambil mereka tetapi kerana dua tekong darat itu telah ditahan menyebabkan mereka kehilangan arah menyebabkan seorang berenang menuju kawasan ‘breakwater’ (pemecah ombak) di Kuala Chenang,” katanya.

Mohd Zawawi turut melahirkan rasa kesal dengan sikap nelayan tempatan yang disyaki menjadi ‘pengangkut’  membawa masuk migran ke negara ini.

“Siasatan mendapati modus operandi sindiket menggunakan taktik menyeludup migran daripada bot induk yang berada berhampiran sempadan perairan negara ke bot nelayan tempatan bagi mengaburi pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) turut percaya kemasukan kumpulan pendatang tersebut mendapat bantuan penduduk tempatan disyaki menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan migran.

Komander NTF Laksamana Madya, Datuk Aris Adi Tan Abdullah mendakwa ia berikutan ada penduduk setempat di pulau itu yang dikesan memberi kemudahan bot-bot nelayan bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Ini berikutan taktik digunakan mereka setelah memasuki perairan negara dengan cara menaiki bot-bot nelayan tempatan.

Mereka (migran) kemudiannya akan menyamar sebagai nelayan sebelum mendarat di pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aris Adi menyifatkan penglibatan penduduk tempatan yang didapati membantu kemasukan migran melalui perairan atau daratan persempadanan negara merupakan pengkhianat negara.

Beliau berkata NTF akan sentiasa membuat pemantauan berterusan serta tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terpelihara,” katanya.

“Tangkapan demi tangkapan akan dilakukan bagi mengesan saki-baki sindiket terlibat dalam penyeludupan migran.

Masyarakat digesa bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan migran, penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan melalui talian penting Pusat Operasi NTF (011-6251 1223),” katanya.

Sumber: BERNAMA via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/30RTMaN
via Merah Hati Cintaku

Presiden PKR, Anwar Ibrahim Yakin PH Akan Menang PRU15


Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.

Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.

Anwar berkata: "Ini hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara.

"Jangan lupa bahawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mahu melaksanakan Akta 355. Tetapi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan (PN), menteri-menteri PAS mirip seperti rakan sejawatan mereka dari Umno dan MCA yang mengatakan mereka mesti mengkaji sama ada pindaan itu adalah sah mengikut perlembagaan atau sebaliknya.


"Macam mana PAS mahu menerangkan ini kepada para penyokongnya, sedangkan parti itu memperjuangkannya selama 40 tahun tetapi hari ini mereka berlembut? Bagaimana PAS boleh membenarkan hal ini terjadi?"

Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan "celaru" dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur.

Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, berkata, PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini adalah untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan politik.

"Tidak ada pakatan, baik PH atau PH Plus bersama Muhyiddin dan Hamzah. Saya berjumpa Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri manakala saya pula sebagai ketua pembangkang.

“Kami membincangkan mengenai Covid-19 dan saya memintanya untuk membenarkan Dewan Rakyat berdebat rancangan yang kerajaan mahu laksanakan kerana wabak tersebut.

"Ya, kami memang membincangkan kestabilan negara. Tetapi tidak ada perbincangan mengenai pembentukan pakatan baru. Mengapa? Ini kerana saya merasakan bahawa PH masih adalah pilihan yang lebih baik," kata Anwar dalam wawancara itu.

Pemimpin PKR itu berkata, bahawa beliua telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum dan selepas pertemuan itu berlangsung.

"Saya juga bertemu dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya rasa kita harus mempunyai budaya politik baru dengan tidak menganggap semua individu sebagai musuh," katanya.

Anwar juga berkata bahawa beliau akan menunaikan janji-janji reformasi jika menjadi perdana menteri berikutnya.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/330bsns
via Merah Hati Cintaku

SOP Raya Haji, Hanya 20 Orang Tetamu Dibenarkan Di Rumah Dalam Satu-satu Masa


Putrajaya, 27 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan had bagi jumlah tetamu boleh ada di rumah ketika perayaan Aidil Adha ini.

Katanya, jamuan hari raya boleh diadakan di rumah, namun perlu terhad kepada 20 orang pada satu masa.

“Untuk jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 tetamu pada satu-satu masa.


“Bagi individu yang menjalani kuarantin di rumah, dilarang sama sekali keluar rumah, apatah lagi balik kampung, tunaikan solat sunat Aidil Adha dan tidak boleh menerima tetamu di rumah mereka.

“Jika individu memakai gelang kuarantin melanggar peraturan, orang ramai boleh melaporkan kepada pihak polis serta merta,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis akan memantau aktiviti perayaan melibatkan kenduri kendara dan tempat-tempat sembelihan sepanjang perayaan.

Sumber: RTM via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2CU2AFb
via Merah Hati Cintaku

On the Lookout for Moose on Michigan’s Isle Royale


By BY TONY CENICOLA from NYT Travel https://ift.tt/2CK4sAy

Tiada Larangan Rentas Negeri, Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh SOP


Putrajaya, 27 Julai – Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung.

“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan. Sebab itu saya kata, masih boleh balik kampung, cuma perlu patuhi SOP lah. 

Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, kita perlu jaga kita,” katanya ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini.


“Saya tidak tahu kenapa ada khemah polis dan sebagainya (merujuk kepada soalan wartawan), tapi keputusan kita tiada sekatan negeri dan daerah. Mereka boleh balik,” katanya.


Terdahulu, media melaporkan keputusan kerajaan untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) susulan peningkatan kes baru COVID-19 di Malaysia.


Sumber: MKN via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hCyeG3
via Merah Hati Cintaku

Sunday 26 July 2020

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula


Minggu lalu tular sebuah video berkenaan seorang gadis yang sanggup curang terhadap teman lelakinya kerana RM20,000. Ia menjadi bualan ramai netizen sehinggakan ada yang beranggapan video berkenaan seperti dibuat-buat.

Bros Gang TV akhirnya mengeluarkan satu video baharu untuk menerangkan kisah sebenar di sebalik video ke-4 mereka yang dikatakan telah mencapai status fenomena.

Dalam video terbaru itu, mereka akhirnya mengaku video berkenaan adalah lakonan semula berdasarkan ‘kisah benar’ yang didengari oleh pihak mereka.


Salah satu petikan dalam video ini telah dikongsikan di ruangan Twitter dan ramai berpendapat sekiranya video ke-4 ini hanyalah rekaan lakonan semula, bermakna konten mereka sebelum ini diragui kesahihannya.


Bros Gang TV bermula dengan konten video bermodalkan isu gold digging (kaki kikis) dan walaupun mereka cuma mempunyai hanya 5 video, mereka telah mengumpul 337,000 pengikut di YouTube.


Dalam kenyataan mereka, mereka buat video berkenaan hanya sekadar entertainment based on true story. Mereka turut mendakwa netizen telah membuat andaian yang salah terhadap video tersebut sehinggakan ada yang sanggup membuat kenyataan fake mewakili pihak si gadis.



Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang telah ‘tertipu’ dengan video ini yang mereka claim benar-benar terjadi di awalnya. Harap selepas ini netizen akan lebih berhati-hati dalam mempercayai konten yang viral di media sosial.

Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media https://ift.tt/300g5fe
via Merah Hati Cintaku

Rakyat Malaysia, Lupakah Kita Dengan Derita Semasa PKP?


KUALA LUMPUR, 27 Julai — Penurunan kes COVID-19 kepada 13 kes pada Ahad berbanding 23 kes pada hari sebelumnya, mungkin memberi sedikit kelegaan.

Namun, kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagai memberi amaran jika pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus tidak dipeduli, kes boleh meningkat ke tiga digit dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Kerajaan, katanya tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Lupakah kita pada derita sepanjang PKP?. Kita dilarang merentas negeri, anak-anak rantau tidak boleh pulang ke kampung bertemu orang tua, suami isteri berduka lara hidup berjuahan dan hilang kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Pahala solat berjemaah di masjid dan surau juga tidak dapat diperoleh, malah upacara keagamaan kaum lain juga tersekat dek kawalan PKP. Ramai juga yang terkesan dan hilang punca pendapatan.


Petugas barisan hadapan pula bertungkus-lumus siang dan malam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Selain tindakan rakyat yang mesti meneruskan kawalan kendiri, usaha kerajaan menguatkuasakan semula kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan, diharap dapat mengawal semula penularan kes yang sebahagian besarnya berpunca daripada kes import individu yang pulang dari luar negara.

Justeru, sebagaimana seruan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengembara yang telah pulang ke Malaysia sebelum 24 Julai lalu, yang kini menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, diminta mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan.

Bertindas lebih tegas, Ismail Sabri pula memberi amaran kepada individu yang belum menjalani ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah, akan ditahan dan didakwa mulai hari ini.

Malah, kerajaan juga akan mula mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di dalam pengangkutan awam serta tempat sesak mulai 1 Ogos ini. Langkah ini diharap akan terus mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pada Ahad (26 Julai) 13 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan dengan jumlah kematian seramai 124 kes berbanding 23 kes baharu pada Sabtu, iaitu angka tertinggi sejak 16 Jun lepas.

Malaysia pernah mencapai sifar penularan tempatan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 8 dan 9 Julai lalu, manakala jumlah kes positif terendah pernah dicatatkan, iaitu dua kes pada 10 Jun.

Sumber: BERNAMA via siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/32UOsGs
via Merah Hati Cintaku

Ribuan Orang Tunaikan Solat Subuh Di Masjid Hagia Sophia


ISTANBUL: Ribuan orang menunaikan solat Subuh di Hagia Sofia di Istanbul pada pagi Ahad selepas bangunan bersejarah itu ditukar semula menjadi masjid pada Jumaat.  

Anadolu Agency melaporkan kebanyakan orang yang menunaikan solat di masjid itu bermalam di sekitar Hagia Sofia bagi memastikan mereka tidak terlepas untuk menunaikan solat Subuh di sana.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya merupakan salah seorang daripada mereka.

Menepis kritikan antarabangsa, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan memutuskan untuk memulihkan bangunan ikonik itu sebagai masjid awal bulan ini.

Keputusan itu dibuat tidak lama selepas mahkamah tinggi Turki memutuskan bahawa Hagia Sophia dengan secara tidak sah dijadikan sebagai muzium lebih dari lapan dekad yang lalu.


Struktur itu, yang disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, telah dinamakan semula sebagai "Masjid Besar Hagia Sophia."

Turki telah berjanji untuk melindungi artifak Hagia Sophia dan mengatakan bahawa ia akan tetap terbuka untuk lawatan oleh orang Islam dan bukan Islam di luar waktu solat.

Puluhan ribu umat Islam membanjiri Hagia Sophia di Istanbul bagi mengambil bahagian dalam solat Jumaat pertama di masjid tersebut selepas 86 tahun.

Malah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menyertai para jemaah menunaikan ibadah itu.

Peluang keemasan itu tidak dilepaskan umat Islam di Turki apabila ada yang sanggup menunggu di luar bangunan malam Khamis.

Walaupun ramai yang menghadiri momen bersejarah itu, langkah pencegahan COVID-19 masih dilakukan termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.








Sumber: Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2EnJF6b
via Merah Hati Cintaku

Where to Buy Japanese & Asian Ingredients Online

6 Must-Have Condiments to Make Your Favorite Japanese Food

Want to cook Japanese or Asian dishes but don't have a store nearby? Here are the shops where you can get Asian ingredients online.

READ: Where to Buy Japanese & Asian Ingredients Online

Angkara Sikap Tak Peduli Rakyat, PKP Mungkin Kembali


MALAYSIA mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab 'saya tidak peduli'.

Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.


Beliau berkata, perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandatori di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara.

Secara statistik, kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes.

Dua hari lalu, beliau berkata, Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.

Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini kadar R0 naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lalu.

Katanya, jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2X0ap3b
via Merah Hati Cintaku

24 PATI Rohingya Terjun Laut, Dikhuatiri Lemas Di Langkawi


LANGKAWI: Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya, yang disyaki cuba menceroboh negara ini, dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di perairan barat Pulau Langkawi malam tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata laporan diterima berdasarkan maklumat polis selepas seorang pengadu yang juga migran mendakwa terjun dari sebuah bot bersama 24 mangsa lagi.

"Pengadu yang dikenali sebagai Nor Hossain, 27, mendakwa hanya dia yang terselamat selepas berenang ke daratan. Dia kini dalam tahanan polis untuk membantu siasatan lanjut.

"Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengatur gerak sebuah aset laut bot Pelindung 2 ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut pada 10.30 malam tadi.


"Operasi hari ini membabitkan kapal KM GAGAH dan bot Pelindung 2 serta sebuah helikopter Agusta Westland AW139 membabitkan kawasan pencarian seluas 109 batu nautika persegi di barat perairan Langkawi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis turut menyalurkan maklumat kejadian kepada agensi penyelamat lain termasuk komuniti nelayan setempat dan pihak berkuasa Thailand melalui Maritime Rescue Coordinator Center (MRCC) Putrajaya bagi membantu pencarian mangsa.

"Komuniti maritim boleh melaporkan tentang sebarang petunjuk atau penemuan mangsa di laut atau di pesisir pantai kepada pasukan penyelamat menerusi talian 999 ataupun menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 atau 04-966 5307," katanya.



from Sehinggit Media https://ift.tt/30Uw6Tw
via Merah Hati Cintaku

Suhakam Dakwa Usir Md Rayhan Sebagai Tindakan Yang Terburu-buru


SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mendakwa tindakan mengusir keluar dan menyenarai hitam lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya sebagai tindakan terburu-buru.

Pesuruhjayanya, Jerald Joseph berkata, tindakan sebegitu mungkin dilihat wajar dari segi perundangan negara serta bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia tetapi ia bukanlah penyelesaian kepada isu yang berlaku.

"Saya melihat pada ketika ini, sebaiknya biarkan polis menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk membuktikan kesahihan pendedahan Md Rayhan menerusi dokumentari yang disiarkan Al Jazeera iaitu tentang diskriminasi layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap warga asing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras Covid-19 di negara ini.


"Setelah polis selesai dengan siasatan mereka, barulah ditentukan bentuk tindakan untuk Md Rayhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jerald berkata, sekiranya tindakan pengusiran dan senarai hitam itu diteruskan, Suhakam melihat ia akan memberi impak kepada imej Malaysia dan akan menakut-nakutkan warga asing lain yang tinggal dan bekerja secara sah di negara ini.

"Mereka akan beranggapan jika selepas ini berlaku perkara tidak betul yang mungkin dilakukan pihak berkuasa Malaysia ke atas mereka, mereka tidak boleh bercakap benar atau diberi ruang untuk membela diri.

"Jadi dalam situasi sekarang, saya menyarankan agar semua pihak berkuasa di negara ini untuk melihat sebarang kritikan yang dibuat terhadap mereka atau negara bukan sekadar kritikan tetapi sebagai maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan. Ambil secara positif," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3f39Rzs
via Merah Hati Cintaku

Suami Didiklah Isteri Beli Emas Bila Ada Duit Lebih


Pesanan buat para suami yang tercari-cari apakah hadiah sesuai nak bagi pada isteri boleh pertimbangkan untuk beli barang kemas. Malah jika berkemampuan boleh hadiahkan isteri emas setiap bulan, di samping didik isteri jika ada duit untuk beli emas.

Ramai sedia maklum, beli dan simpan emas pelaburan aset yang menguntungkan. Emas takkan susut nilai, malah nilainya semakin meningkat kelak. Dalam keadaan memerlukan duit, emas boleh digadai untuk mendapatkan tunai segera.

Untuk fahamkan lebih lanjut baca perkongsian Encik Hayat Muhamad ini.

“Pokyat, aku duduk terfikir nak belikan isteri aku hadiah. Apa hadiah yang sesuai untuk isteri?”


Jawapan:

Beli bunga tak salah. Belanja tempat makan sedap-sedap tak salah. Semua ada kenangan. Tapi bunga akan layu. Makanan yang sedap akhirnya jadi najis. Jawapan Pokyat ialah beli emas kat isteri. Cuba untuk tiap- tiap bulan beli emas kat isteri. Kenapa pulak Pokyat? Habislah duit macam tu!


Emas Tidak Akan Susut Nilai

Emas tidak akan susut nilai. Didik isteri kalau dia ada duit, beli lah emas. Kalau tak ada duit banyak, cukuplah beli cincin kosong RM 300 ringgit. Cuma pastikan emas 916. at least. Aku nak cakap, orang kita kurang kesedaran menyimpan emas. Bagi Pokyat, emas kalis inflasi. Emas sepanjang masa, sepanjang zaman, kat manapun kat dunia, ia masih ada nilai. InsyaAllah kalau ikutkan harga emas, ia akan berterusan meningkat. Jadi sesiapa yang menyimpan emas, dia akan beruntung. Gelang Emas RM10k zaman mak- mak kita sekarang mungkin dah menjangkau RM17k pada zaman kita.

Beli Emas 916

Kedua, Tadi Pokyat cakap kenapa emas mestilah at least 916? ( Ada emas yang lagi tinggi dan padu iaitu 99.9.) Cara nak cairkan emas mudah sahaja iaitu jual pada Tukang Emas. Kalau emas bermutu rendah, anda juga akan dapat harga yang rendah. Kalau 916, anda akan dapati harga dia maintain ok. Walaupun emas anda buruk, ia tetap ada harga.

Didik isteri supaya jangan membazir membeli perkara yang tidak berfaedah. Beli emas sebanyak mungkin.Kalau cincin berharga RM300, pastu beli sebentuk setiap bulan, dalam setahun dah ada RM3600. Ada bonus beli rantai tangan pulak.


Emas Boleh Digadai

Perkara paling penting ialah, emas boleh digadai apabila susah atau terdesak. Kalau harga RM300, nak dapat RM200 segera memang kacang. Itulah manfaat yang orang tak nampak. Kalau ada 10 bentuk cincin, nak dapat RM2000 memang mudah. Cari yang kos simpan rendah. Lepastu kesemua cincin- cincin tu boleh trade in pastu tambah sikit duit, untuk dapat gelang emas yang lebih besar.

Nampak macam Pokyat mengarut kan, tapi kalau betul- betul fokus dengan “satu cincin setiap bulan”, nanti tengok lah 10-20 tahun, aset ini akan bertambah. Setahun RM3600, kalau 10 tahun = RM36,000. Pastu harga naik pulak. Orang perempuan dan orang kedai emas mesti suka dengan plan dan cadangan Pokyat ni.Percayalah, kalau kita susah masa tinggal batu je, isteri boleh bantu kita dengan hadiah- hadiah yang kita pernah bagi ni lah.

Jadi pesanan buat para suami, kalau tiada idea nak bagi hadiah apa dekat isteri, boleh belikan emas. Didik isteri untuk beli barang kemas juga bila ada duit. Memang untung dan banyak kelebihannya. Bukan sahaja isteri boleh bergaya melaram, malah boleh simpan sebagai aset dan bila-bila ‘sesak’ boleh dijual semula.

Sumber: Hayat Muhamad via https://ift.tt/2q1CbOY


from Sehinggit Media https://ift.tt/39vP46Q
via Merah Hati Cintaku

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kembali Jika Kes Cecah 3 Angka


KOTA BHARU: Kerajaan akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif COVID-19 mencecah tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

"Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

"Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat," katanya.


"Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok," katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.

"Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP.

"Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan," katanya yang turut memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hGL7ib
via Merah Hati Cintaku

Saturday 25 July 2020

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hulur Dana RM1.2 Juta Bina Masjid


Terkesan selepas mendengar ceramah pendakwah dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad, membuatkan pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tergerak hati untuk mendirIkan sebuah masjid.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan itu juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi membina majid di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi saya sudah berbincang dengan ketua kampung dan bersetuju untuk menghulurkan dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.


“Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan. Doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aeril berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ataupun bersikap riak tetapi dana itu juga adalah saham akhirat bersama pelanggan yang membeli produknya.

“Memang bukan berniat nak riak atau menunjuk tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami. Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini, bukan hanya nama saya atau Wawa.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid. Apa yang harapkan sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/300pYtu
via Merah Hati Cintaku

Bukan Pemalas, Perempuan Sebenarnya Perlu Lebih Tidur Berbanding Lelaki


Siapa yang perlu lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? Jawapannya ialah wanita. Tapi sebab apa?

Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.

Namun, keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur.


Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Tambahnya lagi, wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

So, untuk para suami, kalau si isteri tu tidur tak ingat dunia janganlah marah. Kena la faham situasi mereka juga.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2CQmDnU
via Merah Hati Cintaku

SOP PKPP Diketatkan Semula..


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

"Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.

"Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (Jumaat) melaporkan sebanyak 21 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara membabitkan 16 kes penularan tempatan dan lima kes import.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.

Selain itu, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit turut diteliti.

“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.

Mengenai keperluan melaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) di Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu, jelas beliau, kerajaan negeri akan membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, Insya-Allah akan umum Isnin nanti,” ujarnya.

Sumber: Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2OXD2tb
via Merah Hati Cintaku

Travel the World Through These Dance Tutorials


By BY CATERINA HRYSOMALLIS from NYT Travel https://ift.tt/3fZdvMn

Friday 24 July 2020

Mana Nak Lari, Akhirnya Md Rayhan Kabir Berjaya Ditahan


LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan pihaknya petang tadi.


Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32SDilI
via IFTTT

21 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Termasuk 16 Kes Jangkitan Tempatan


PUTRAJAYA, 24 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 21 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 kini meningkat ke 8,861 kes.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 161 kes.


Selain itu, hanya tiga (3) kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka sembuh keseluruhan berjumlah 8,577 kes.

Tiada kematian terkini dilaporkan, angka kekal 123 kes.


Sumber: KKM


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3hC7vtj
via IFTTT

Road Trips are Great. Except for the Driving.


By BY AMY TARA KOCH from NYT Travel https://ift.tt/3hzRjJ8

Perdana Menteri Catat Pendapatan Bulanan Tertinggi


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi pendedahan dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Berdasarkan portal berkenaan, Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Sementara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tangga kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.

Di tangga keempat pula ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara 5 hingga 8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan.

Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Dua lagi ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim. Kesemua mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.46.


Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan di portal berkenaan pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.

Selain itu, tiada maklumat pendapatan bulanan diperoleh bagi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman web mydeclaration.sprm.gov.my mulai hari ini.

Sehingga kini, SPRM telah menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.

SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3eUio7V
via IFTTT

Thursday 23 July 2020

Hari Ini Hagia Sophia Bakal ‘Sambut’ Jemaah Solat Jumaat Pertama Dalam Sejarah Selepas 86 Tahun


Seperti mana yang kita tahu, Hagia Sophia telah dibuka semula bermula pada hari ini untuk umat Isalam menunaikan ibadah buat kali pertamanya selepas 86 tahun.

Bermula dengan penganjuran solat Jumaat buat kali pertama, orang ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang merasai detik bersejarah tersebut.

Para pekerja turut bertungkus-lumus memberikan tenaga mereka untuk menyiapkan persiapan awal sebelum menjelang solat Jumaat pada hari ini.

Bagaimanapun, para jemaah diingatkan untuk mematuhi syarat yang dikemukakan oleh pihak Hagia Sophia iaitu membawa pelitup muka dan bacaan suhu diambil sebelum masuk menunaikan solat Jumaat. Bahkan, ada meyediakan ruang solat yang berbeza bagi mengelakkan orang berkumpul sebagai langkah pencegahan Covid-19.


Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga mengawal ketat laluan keretapi perlu ditutup di beberapa stesen sebelum dan ketika solat Jumaat berlangsung.


Untuk pengetahuan anda, Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, yang hari ini dikenali sebagai Istanbul. Selepas pemerintahan Turki Uthmaniah menakluk kota tersebut, bangunan ini digunakan untuk umat Islam beribadah.

Namun, pada 1934 bangunan Hagia Sofia ini dijadikan muzium sebagai salah satu tapak bersejarah UNESCO.



Sumber: Awani, AA.com via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WOcRK4
via IFTTT

7 Easy Japanese Cucumber Recipes to Make Right Now

From simple salads, quick pickles, and weeknight stir-fry, here are 7 easy Japanese cucumber recipes to keep on hand for the summer months and beyond.  Cool, crunchy and refreshing, cucumbers are the summer star that is extremely good on their own. But sometimes you may find them overtaking the garden or the fridge space. Luckily ...

READ: 7 Easy Japanese Cucumber Recipes to Make Right Now