Thursday 20 October 2016

Mia Ahmad Sahkan Bakal Kahwini Pemain Bola Sepak JDT

Mia Ahmad Sahkan Bakal Kahwini Pemain Bola Sepak JDT

mia

Pelakon jelita Mia Ahmad akhirnya akui mempunyai hubungan dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Namanya ialah Izham Tarmizi Roslan yang juga pernah mewakili Malaysia.

Mia Ahmad kini sememangnya dah bersedia menjadi isteri kepada Izham.

Ini komennya:

“Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah,”

“Saya tidak ada masalah (untuk berkahwin) tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini,”

“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,”

Bagaimanapun, Mia Ahmad masih belum menetapkan tarikh bahagia mereka kerana jadual Izham yang ketat sehingga hujung tahun ini.

Melalui perancangan awal, mereka bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun depan. -PENMERAHDOTCOM

The post Mia Ahmad Sahkan Bakal Kahwini Pemain Bola Sepak JDT appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2e46kEj
via IFTTT