Sunday 30 October 2016

Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil?

Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil?

adi

Kisah rumah tangga Adi Putra dengan isteri-isterinya cukup menggemparkan industri hiburan sebelum ini.

Adi Putra kini dah mengesahkan berkahwin dua, isterinya ialah Aida Yusof (isteri pertama) dan Nor Shahida (isteri kedua).

Berita terkini tentang Adi Putra ialah tentang kehamilan isteri keduanya.

Ini laporan dari Miss J (Utusan)

Miss J dapat tahu baru-baru ini yang Adi bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu.

Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang zuriat sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya.

Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum.

Apa pun, Miss J hormati pendirian Adi untuk mengasingkan antara soal peribadi dan kerjaya.

Itulah laporan dari wartawan Utusan. Tahniah buat Adi sekiranya berita ini benar. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil? appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2f45nLG
via IFTTT