Tiada Layanan Istimewa Dari Suami Walaupun Mengandung
Penyanyi popular Adira kini sedang mengandung lima bulan.
Adira memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menjadikan alasan hamil sebagai satu kelebihan untuk dirinya mendapat layanan istimewa sebagai isteri kedua daripada suami berbanding madunya.
Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red juga bersikap adil serta memberikan layanan sama rata, tanpa ada lebih atau kurang diantara mereka berdua.
Ini komen Adira:
“Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain. Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu.
“Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil. Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising
“Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.
“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala
Berkongsi pengalamannya, Adira memberitahu pada awal kehamilannya, beliau lebih gemar untuk bersendirian.
Dia juga tidak suka memikirkan tentang kerja dan berada di tempat yang bising.
Ketika ini alahan yang dialaminya juga agak teruk serta mengalami selera makan yang bertambah. -PENMERAHDOTCOM
The post Tiada Layanan Istimewa Dari Suami Walaupun Mengandung – Adira appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2ea4mTt
via IFTTT