“Saya Keturunan Raja Siam”– Awie
Penyanyi rock dari kumpulan Wings, Awie telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya Sharifah Ladyana.
Awie memberitahu sebab utama pernikahan ketiganya berlangsung negara Thailand adalah kerana dia mahu berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyangnya sendiri.
Menurut Awie selama empat tahun mengkaji salasiah keluarga, dia mendapati dirinya adalah berasal daripada keturunan Raja Sulaiman, salah seorang raja di Thailand yang bertanggungjawab membuka wilayah Songkla suatu ketika dahulu.
Ini komen Awie tentang hal ini:
“Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sendiri, saya dapati saya sebenarnya adalah keturunan Raja Sulaiman yang berasal dari lokasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini saya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri,”
“Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand memandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
“Adalah hak saya untuk berkahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat,”
Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand.
Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga termasuk anak-anaknya dan rakan-rakan terdekat.
Menurut Awie, dia akan mendaftar perkahwinan di Malaysia dalam waktu terdekat, dan bersedia membayar sebarang denda yang bakal dikenakan terhadap dirinya oleh pihak mahkamah nanti kerana bernikah di luar negara. -PENMERAHDOTCOM
The post “Saya Keturunan Raja Siam”– Awie appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2e4TGYS
via IFTTT