Sunday 30 April 2017

(8 GAMBAR) Polis Johor Saman Basikal Yang Diubah Suai RM300: Terbaik PDRM!

Cara Mudah Cuci Kipas. Confirm Habuk Tak Melekat Selama 2, 3 Bulan


Baru je cuci kipas kat bilik tu tapi sekejap je dah berhabuk balik. Dah lah anda ni jenis yang alah pada habuk.

Ni kami ada cara mudah bagi memastikan habuk tidak melekat pada kipas dalam tempoh 2,3 bulan tanpa perlu berbelanja lebih.

1. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu. 

2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.

3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qnFJqw
via IFTTT

Subhanallah!! Inilah Sebab-sebabnya Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah. [SUAMI ISTERI WAJIB BACA!!]

Gambar Hiasan

Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah cinta Allah.

P/S: Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pNmKsf
via IFTTT

'Silibus Semua Subjek Tahun 1 Semakin Sukar, Padahal Anak-anak Masih Terkial-kial Nak Tulis Nama Sendiri'



Mak, berat hati saya nak tulis. Tetapi percayalah silibus semua subjek anak-anak Tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Mak sendiri pun ramai yang tak tahu nak jawab macam mana. 

Tak percaya? Saya mohon mak belek buku teks Tahun 1 yang baru. Bukan satu subjek, semua subjek. Ini contoh Matematik Tahun 1 (credit to cikgu Mohd Fadhli). Tahun 1 sudah kena bina ayat, padahal anak-anak masih terkial-kial nak menulis nama sendiri. 

Mak rasa? Berbaloi ke 2 murid maju di depan? Tetapi 30 lagi ketinggalan di belakang? 

Mak, nak mengajar itu senang, nak beri faham itu sukar, nak pupuk minat itu sulit. 

Cikgu sebagai pelaksana dasar paling bawah, mentimun, bukan musang king. Andai keputusan ujian anak kurang menyenangkan hati, usah dituduh cikgu makan gaji buta, usah dikata cikgu tak pandai mengajar, masa cikgu sudah habis 'dicuri'. 

Kemenjadian murid bermula di rumah. Aktifkan suara ibu bapa pada musang king kerana ibu bapa ibarat opet. Hanya opet yang suka makan musang king. Mentimun kalau bersuara, sila-silap kena lenyek. 

Anak saya di Pra Sekolah pun dah ada latihan begini. Saya cikgu, tapi saya juga ibu. Risau, sedih dan keliru.





Mak, bagi soalan matematik seperti contoh pada post saya ini, nama tajuknya number bond. Ini kaedah bagi memudahkan anak mengira berbanding kaedah biasa yang kena bawa ke depan itu. Dengan kaedah number bond ini, nombor itu dikecilkan.

Saya setuju kaedah ini sebenarnya lebih mudah. Bila anak dah menguasai pelengkap nombor 5 dan 10. Maksudnya, semasa usia 5-6 tahun, anak sudah tahu apa kombinasi nombor yang boleh menghasilkan jumlah 5 dan 10.

1+4=5
2+3=5
5+0=5
1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10
10+0=10

Ajar anak untuk mahir cerakinkan nombor puluh dan sa. 24 = 20 + 4. Jika anak tak mahir dengan kombinasi nombor ini, sukarlah jua bagi mereka menjawab soalan number bond. Naik darjah 1 terus dapat soalan begini, risau minat mereka terus terpadam. Jadi, saya seru mak-mak yang hebat semua mulakan di rumah. Ingat, kemenjadian murid bermula di rumah.

Ya, yang hantar di tadika hebat, saya yakin topik ini sudah ada dalam silibus mereka. Tetapi untuk yang kurang mampu, ini tipsnya. Biarlah sama-sama mendaki puncak, bukan berpisah dua di depan, 10 di belakang. Mak jangan stress, jangan jadi naga. Anak-anak perlukan sokongan kita

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pNthTT
via IFTTT

Ya Allah.. Sedih Sangat Tengok Ni, Budak 5 Tahun Hubungi Polis Supaya Tolong Cari Ibunya Di Syurga


Kehilangan ibu atau ayah pastinya merupakan satu pengalaman yang sangat sukar untuk diterima lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang masih kecil.

Bagi kanak-kanak yang kecil, mereka tidak faham apa yang dimaksudkan apabila ibu atau ayah yang tersayang telah mati. Mereka pasti bertanya dimanakah mereka berada sekarang.

Pada suatu hari, seorang ibu kepada kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Jerry telah dimasukkan ke dalam hospital dan telah meninggal dunia. Ayahnya mmeberitahu bahawa ibunya telah masuk ke syurga. Namun dia berasa pelik mengapa ibunya tidak balik untuk melawat dan menjaganya di rumah?

Akibat terlalu rindukan ibunya, Jerry menelefon polis.

Seorang anggota polis telah mengangkat telefon itu. Pada mulanya, polis tersebut menyangka bahawa itu merupakan satu ‘prank’. Namun, dia menyedari bahawa itu adalah seorang budak yang sedang berada dalam kesedihan dan merindui ibunya.

Dia mendengar aduan daripada budak tersebut dan menyedari bahawa ibunya telah meninggal dunia. Anggota polis itu berasa sedih dan tanpa disedarinya, dia mengalirkan air matanya.

Anggota polis tersebut telah melakukan satu perkara yang sangat bijak untuk membuatkan budak tersebut gembira!

Lihat video lakonan semula di bawah :



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pvX9kX
via IFTTT

Wajib Baca!!! Cara Jin Meniduri Manusia Tanpa Pengetahuan Kita, TOLONG BANTU SHARE..


Sudah harus menjadi kesadaran bagi kita untuk mewaspadai gangguan jin atas wanita-wanita muslimah. Oleh karenanya izinkan saya memaparkan beberapa hal yang sangat rentan bagi wanita atas kejahatan jin itu sendiri.

Perlu diketahui, wanita adalah mangsa empuk bagi jin maupun dukun untuk melampiaskan kejahatannya. Wanita lebih mudah kesurupan, di santet, dan disihir oleh dukun. Dan itu lebih rentan apabila dalam keadaan haidh, ditambah lagi kondisi lahir dan batin yang tidak bersih.

Rasul bersabda, ketika wanita keluar rumah maka setan akan menghiasi mereka depan dan belakang. Depan di bagian wajah dan belakang di bagian pinggul. Oleh karenanya kenapa wanita disebut akan mendatangkan fitnah ketika keluar rumah, dianjurkan bagi mrka agar berpakaian menutup dan berdoa serta berzikir agar setan tidak menghiasi mereka serta tidak memudharatkan mereka.

Jin sangat senang melihat aurat, dan itu terlebih lagi bagi wanita. Ketika Rasul pulang kerumah dari gua Hira, Khatijah membuka baju beliau dan menanyakan apakah makhluk (jibril) masih ada? Jika tidak maka itu malaikat dan jika ada maka itu setan. Karena setan senang melihat aurat manusia. Sedang Rasul dalam keadaan ketakutan masa itu. Dan jibril telah pergi.

Begitu juga dgn wanita, pastikan membaca doa (minimal Bismillah ) ketika membuka aurat, niscaya Allah akan memberi hijab sehingga alam ghaib tidak dapat melihatnya.

Begitupun ketika masuk WC/Kamar Mandi/Toilet. Disebtkan dalam hadits bahwa tempatnya jin disana. Olehkarenanya, pastikan tidak lupa untuk membaca doa masuk wc agar Allah menghijabkannya jika anda tidak mau di plototin oleh jin selama anda didalam tempat itu.Jin hidup di tempat2 kotor. Termasuk juga bagian tubuh manusia. Jika tidak terurus dan dibiarkan kotor maka dipastikan jin berhinggap disana.

Ukuran jin itu berbagai macam. Ketika kita memaki ia akan tumbuh besar dan ketika kita berzikir ia akan mengecil. Pastika tubuh anda terjaga dari kotoran dan najis serta jadikan ia selalu wangi. Ketik menguap tutup mulut anda dan tahan agar tidak bersuara. Karena dengan menguap jin mudah memasuki dan bersarang didalam tubuh.

Jauhi perkara2 y menghibur setan seperti bersuara saat menguap dan bersiul. Pastikan ketika keluar rumah anda tidak sendirian dan tidak berdua2an dengan bukan mahram. Karena jin hadir diantara mereka.

Jika anda sudah berkeluarga, pastikan saat berjimak tidak lupa membaca doa (minimal bismillah). Supaya jin dan setan tidak ikut serta dalam hubungan anda. Karena jin bisa saja meniduri/menzinai anda/istri anda. Itu karena jin juga memiliki nafsu seperti manusia. Sama seperti nafsunya manusia melihat jin yang memikat hati karena wujud rupanya yang mengundang syahwat.

Jangan mandi dalam keadaan terbuka ( telanjang )- jangan mandi selepas petang- jangan tidur dlam keadaan terbuka (telanjang) / pakaian yg minim- jangan tidur telentang, sebaiknya tidur menyamping ( sprti sunnah rasulullah)- jangan tidur setelah ashar sampai habis mahrib- jangan tidur di ruang tamu

Saat anda (wanita) tidur, jangan lupa membaca doa. Itu agar anda selamat dari kejahatan (diperkosa) oleh kaum jin laki2. Jika anda merasa ditindih jin maka langsung bertaawudz dan memohon pertolongan krn bisa jadi anda sedang dicabuli setan.

Perlu anda ketahui, sebagaimana pengalaman dri kisah yang ada. Bahwa jin sangat suka dengan wanita cantik. Banyak kita jumpai peristiwa wanita kesurupan karena jin yang merasukinya itu cinta padanya. Jin itu akan mengikutinya kemanapun ia pergi. Pastikan anda selalu memproteksi diri dengan membaca ayat kursi ba'da maghrib, subuh dan sebelum tidur.
Kemudian membaca doa sebelum makan dan minum.

Jika anda anak kos, ketika masuk jangan lupa salam dan doa. Itu supaya rumah anda tidak dihuni jin laki-laki dan supaya tidak memudharatkan anda. Pastikan anda melaksanakan shalat dan tilawah quran didalamnya.

Jangan pernah kedukun dan memakai pelet. Sering-seringlah meruqyah diri sendiri atau Pergilah minimal 6 sekali ke praktisi ruqyah syariyah untuk memastikan dan juga agar jin yang memudharatkan anda itu pergi atau musnah.

Selanjutnya jangan lupa membaca basmalah pada tiap perkerjaan supaya anda terproteksi dari kejahatan...

Semoga Bermanfaat Barakallaahu Fiikum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oWBIr0
via IFTTT

Pukul 12 Tenghari Tak Bangun Lagi. Apa Yg Ditemui Kat Bilik Adik Perempuan Aku Buat Korang TERKEJUT !!!


Aku ada sedikit teguran yang agak kasar kepada segelintir gadis di luar sana dan aku harap gadis di luar sana boleh buka mata tentang perkara yang sering dianggap remeh ini. Aku tahu, tak semua gadis diluar seperti apa yang aku akan perkatakan, tetapi jika korang baca entri aku, korang rasa itu adalah diri korang, berubahlah. Jika korang adalah dari golongan “gadis normal” aku ucapkan tahniah dan syabas betey. Hahaaa..

Okeh pendekkan cerita. Aku sebagai lelaki, aku kesian tengok mak aku sendiri. Ada anak perempuan tapi liat (pemalas dan banyak alasan) tak di nafikan termasuk aku juga walaupun aku lelaki. Tapi aku sekarang dah sedar, dan aku nak korang sedar.. Aku takut korang tidur lama sangat tak sedar2 pasal isu remeh temeh ni.

Pernah sekali aku menegur adik aku, bangun tidur kul 11-12 tengah hari. Makk aih. Aku tak tahu la dia tidur ke dia tengah muhasabah diri dalam keadaan diam? Aku ketuk pintu tak nak bangun. Aku masuk bilik, dia punya lena bukan main. Aku pun pergi kat telinga dia sebut “maaa..robbukkaaa…”
Tahu tekejut! Hmm. Kau tu anak dara, bangunlah awal.. Adoi…

Tak habis lagi ya isu tu, ni isu lain pasal lipat baju di rumah. sebagai seorang perempuan normal, sentiasa mahukan ke”perfect”an tu betol tak? Tak kan lah nak buat kerja acuh tak acuh walaupun mak kau tak kisah. Lipat baju macam roti canai. Asbol je.. (Asal boleh).. Alasannya adalah “alah nanti dah kahwin aku berubahlah…”
Persoalan nya kenapa dah kahwin baru nak berubah? Kenapa? Adakah perasaan mak ayah kau tu tak penting sepanjang kau bernafas? Aku yang lelaki ni pon lipat baju siap shape2 kiri kanan tau. Tajam je penjuru baju aku! Bukan nak kata apa, tapi memang aku nak belagak kejap la ni. Heee.

Selain isu didalam rumah, isu luar rumah contohnya tak tutup aurat.. Pun bila di tegur alasannya, dah kahwin nanti aku pakailah tudung.. Kau ingat lawooo sangat ke apa kau dedah2 aset kau yang mcm tempurung tu? Yang mengerutu berkurap apa semua kau tunjuk2 pada orang. Sebab tu Allah mewajibkan menutup aurat bagi perempuan supaya aibnya dijaga. Sayangnya Allah tu pada kaum Hawa, tapi kaum Hawa je tak sayang Allah..

Ya Allah.. Kalau mak ayah kau dengar kata-kata tu, luluh hati mereka. Bayangkan kalau suatu hari nanti, anak kau cakap macamtu.. “Nanti dah kahwin berubahlah”…
hari-hari anak kau sumbangkan “dosa” pada kau yang dah melahirkan dia dan berazam akan berubah bila dah jadi bini orang nanti .. Apa kau rasa? Kenapa ya wahai anak gadis? Tak sayangkah korang semua pada mak dan ayah?

Tolong masak pun satu hal. Belajarlah siang-siang ikan ayam tu. Takyah layan sangat geli kau. Organ ikan ayam dengan organ badan kau lebih kurang je,ada hati,ada isi perut, ada lemak cuma organ kau, kau tak pernah tengokkan. Kalau tengok agaknya kau berjalan dengan tulang jela sebab gelikan?Huhahahah.. Jangan jadikan alasan tak pandai untuk elak membantu kerja di rumah. Kau ingat mak kau kejam sangat apa bagi kau kuali dengan sudip , dan dia cakap “nah masak kau sorang2..”

Tak.. Takkan macam tu. Mak kita akan rasa seronok ada yang teman dia masak. Atleast kalau kau tak pandai sekali pun, tolong potong2 bawang ke tumbuk belacan atau ikan bilis ke apa ke mak kau dah gembiralah. Benda yang tak pandai boleh belajar. Nak dengan tidak je. Mak kita lega, bila lahirkan kita dulu, kau tu anak perempuan. Mungkin sahaja dia berfikir, dah besar nanti, boleh tolong dia dari segala segi. Tapi bila dah besar,anak gadis sekarang lagi teruk dari anak lelaki. Maaf aku terpaksa cakap macam ni sebab jadi depan mata aku. Nak ditegur, cakap aku menyibuk. Ye aku menyibuk sebab aku nak korang faham, tangungjawab kita sebagai anak. Usah terlalu taksub fikir dah kahwin nanti baru berubah. Itu kalau kau sempat kahwin. Kalau kejap lagi kau mati kejung macam mana..? Nauzubillahhhh.. Hmm.

Fikirkan lah wahai anak gadis sekalian. Perkara yang selalu mak kita buat tu, bukan boleh belajar dalam masa satu hari. Bertahun2 pun belum tentu boleh biasakan diri. Kalau nak fikir lepas kahwin baru berubah, buatnya kau dapat mak mertua yang macam singa lapar? Tak ke kau kena hamun free dalam hati mak mertua? Dan yang paling pedih, mak mertua fikir macam mana mak kau jaga kau satu kerja pun kau tak tahu buat? Fikir tak pasal tu? Emosi pulak aku sebab ada nya segelintir perempuan macam ni..

Pesanan aku yang masih belajar juga, berubah dari sekarang. Untuk buat perkara baik, janganlah suka menagguh. Nantilah, sekejaplah.. Esoklah.. Fikir satu je, sempat atau tak nak tunggu nanti,sekejap dan esok tu? Sementara kau masih hidup, belajarlah untuk buat mak kau rasa “sejuk perut dia masa mengandungkan kau..” Aku yang lelaki ni pun, belajar tau. Mudahan senang hati bakal bini aku nanti tengok aku pandai buat kerja perempuan. Ha kalau da pandai buat barulah fikir pasal kahwin! Hahaa…

Berbaktilah, belajarlah.. Takut nanti bila kau ada anak, anak akan buat perkara yang sama macam kau buat sekarang. Kau masak, anak kau main wicet.. Ha makan wicet tu sampai kenyang dan berhentilah jadi orang.

Maafkan aku jika kasar cara aku menegur, namun aku harap kita semua sedar tangungjawab kita sebagai seorang anak, lelaki ataupun perempuan. Sekian terima kasih. Heeehe. – Afiff Ariff | IIUMC


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pyEBT8
via IFTTT

Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka


Bagi ibu yang memiliki anak perempuan, ada baiknya kita dekati puteri kesayangan dan berbicara tentang haid dengan mereka.

Perlu kita faham anak-anak sekarang cukup berbeza pemikiran mereka berbanding zaman kita waktu remaja. Banyak perkara sudah mereka ketahui oleh itu anda boleh berbicara secara terbuka dengan mereka.

1. Beritahu mereka sudah dewasa
Apabila anak perempuan mengalami haid katakan kepada bahawa mereka sudah pun baligh dan memasuki fasa menjadi seorang wanita. Mereka akan melalui perubahan dari segi tubuh badan yang mana ia adalah sesuatu yang normal. Ingatkan juga anak bahawa apabila sudah baligh bermakna mereka wajib melakukan tuntutan agama dan jika tidak melakukanya maka dosa akan ditanggung sendiri.

2. Apa yang tidak diboleh dilakukan
Terangkan kepada mereka apa yang tidak boleh dilakukan ketika had seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya. Ingatkan juga anak perempuan agar menjaga batas pergaulan dengan lelaki termasuklah dengan saudara mara yang rapat mereka mereka.

3. Ajarkan cara
Kemudian ajarkan cara pemakaian pad yang betul. Sebaiknya terangkan tentang pemilihan pad atau tuala wanita sama ada jenis slim, maxi atau overnight. Begitu juga terangkan jenis mana yang sesuai untuk digunakan pada waktu malam, semasa melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.

4.Tekankan aspek kebersihan
Bab ini sangat penting. Beritahu berapa kali dia harus menukar pad dan seluar dalam dalam sehari. Kemudian jelaskan apa harus dibuat dengan pad yang telah dipakai dan cara untuk membersih dan membuangnya. Terangkan dengan mudah agar anak-anak faham bagaimana menguruskannya.

5. Bawa pad di dalam beg
Pesan pada anak, perlu sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu keping tuala wanita ke sekolah dan letakkan di dalam beg. Jelaskan kepadanya, setiap bulan keadaan yang sama akan dilalui dan masanya tidak menentu. Jadi perlu berjaga-jaga selalu.

6. Jelaskan simptom
Ceritakan kepada anak mengikut pengalaman anda sendiri tentang simptom-simptom sebelum haid seperti tumbuh jerawat, sakit perut, sensitif, kerap makan dan sebagainya. 

7. Amali cara mandi wajib
Ramai ibu terlepas pandang dalam bab mengajarkan anak-anak tentang mandi wajib. Sebaiknya lakukan amali agar anak perempuan remaja anda faham dan jelas apa yang harus dilakukan selepas berhentinya darah tersebut.

Sumber: Malajah Pa&Ma


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2plzANf
via IFTTT

“Saya Hanya Tak Mampu Berjalan, Bukannya Tak Mampu Hidup,” – Biarpun Cacat, Lelaki ini Bertugas Sebagai Pegawai Trafik Dengan Gaji RM9 Sehari


Dilahirkan dengan kecacatan tidak menjadi halangan kepada Magadlino Borces, 58, untuk bekerja dengan gaji RM9 sehari.

Lelaki di Filipina itu dilahirkan dengan kecacatan yang dikenali sebagai Amelia – satu kondisi kecacatan yang teruk pada anggota badan.

Biarpun tidak berkaki sempurna dan mempunyai tangan dengan hanya dua jari – itu tidak menghalang Magadlino bekerja seperti orang lain.

Magdalino keluar dari rumah pada awal pagi dan mengharungi terik matahari untuk mengawal lalu lintas sibuk di sebatang jalan yang mana kebanyakan dari pengguna suka memandu secara laju.

Magadlino berdiri di bahu jalan untuk memberi signal kepada para pemandu supaya memperlahankan kenderaan menggunakan tangannya disamping bantuan wisel.

Biarpun diupah hanya dengan RM9 sehari, Magadlino masih mampu menampung kehidupan sehariannya dan melakukan kerjanya bersungguh-sungguh.

Aksi Migadlino dirakam oleh seorang jurufoto, Ian Maclean.

“Saya hanya tidak mampu berjalan, bukannya tidak mampu hidup,” kata Magdalino.

“Kita semua mampu melakukan sesuatu yang hebat kerana cabaran hanya akan membuat kita lebih kuat.” katanya lagi.



Sumber: Caters TV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2plD0zj
via IFTTT

Gadis Ini Ditipu Dan Dibunuh Kekasih Facebook, Impian Kahwin Dibawa Mati


Laman media sosial facebook merupakan cermin dan keperibadian setiap orang yang sesuai dengan keinginan masing-masing.

Terdapat ramai orang yang menggunakannya sebagai tempat berniaga mencari rezeki serta mencari kawan namun kemudahan tersebut juga digunakan untuk mencari jodoh dan bercinta, ada cinta yang bermula di facebook membawa ke jinjang pelamin bagi yang bernasib baik, ada pula yang berakhir dengan kesedihan hingga mengakibatkan hilang nyawa.

Perkara inilah yang di alami oleh seorang gadis yang di dakwa baru balik dari Taiwan tapi telah di bunuh oleh kekasih sendiri yang dikenalinya melalui laman media sosial facebook.

Katanya pasangan ini telah pun berjanji untuk berkahwin, sebab itu mangsa balik kekampung dengan harapan bahawa kekasih yang tinggal di Dumai akan menunaikan janji-janji manisnya.

Akan tetapi impian itu musnah setelah mengetahui bahawa kekasihnya itu sebenarnya sudah memiliki isteri dan anak.

Dimaklumkan sebelumnya mangsa kerap kali mengirim duit untuk kekasihnya itu sebagai modal perniagaan mereka selepas berkahwin nanti.

Mangsa yang kecewa, ditambah lagi dengan penipuan dengan sejumlah duit mengugut akan mengadukan perkara itu kepada pihak polis jika kekasihnya itu tidak mahu mengembalikan duitnya semula.

Tertuduh yang takut akan ugutan mangsa memujuk mangsa untuk bertemu dengan alasan untuk membincangkan semula masalah mereka, oleh kerana telah terlanjur bercinta mangsa pun menurut sahaja sehingga akhirnya mangsa telah ditemui dibunuh dengan menggunakan penyapu sampah bermata besi.

Siasatan awal mendapati terdapat luka di bahagian belakang kepala mangsa (tengkuk) dengan kulit kepala terkoyak, dan luka di bahagian leher serta pipi dipercayai akibat di pukulan menggunakan benda tajam.

Mangsa di temui dengan keadaan separuh bogel dan kemaluannya terdapat cecair yang menyerupai air mani lelaki.

Nota: Kes Masih dalam siasatan pihak polis dan dimaklumkan bahawa Suspek utama seorang lelaki telah di tahan. - Eberita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qtTymt
via IFTTT

Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA.. Memang Wow…


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.

Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.

Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.

Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.

Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.

Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh a.s. terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh a.s. juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.

Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh a.s. ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh a.s. membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa a.s. mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.

Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa a.s.? Berapakah jangkamasa Adam a.s. manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s.. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.









from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oNDpMl
via IFTTT

Perempuan Yang Ada 5 Ciri Ini Bolehlah Perasan Cantik


Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walau pun tanpa mekap. Ini yang dikatakan cantik semula jadi.

Biasanya wanita yang punya kecantikkan ini punya lima ciri berikut. Jadi kalau anda ada kebanyakan dari ciri ini pada wajah, bolehlah nak perasan cantik.

1. Lesung pipit


Percaya atau tidak kebanyakan wanita yang memiliki lesung pipit di pipi adalah seorang cantik. Bukan itu saja dia juga kelihatan manis apatah lagi bila tersenyum. Tengok saja Wawa Zainal.

2. Bulu kening tebal

Sama seperti bulu mata lentik, ramai yang mahukan alis tebal hingga menggunakan celak agar tampak lebih gelap. Tak caya tengok Elfira Loy, dia cantikkan.

3. Dagu terbelah


Ini adalah satu kecacatan yang membuatkan seseorang itu nampak cantik. Sewaktu tersenyum pemilik dagu terbelah ini akan dilihat makin manis dan hensem bagi lelaki. Datuk Siti Nurhaliza salah seorang yang memiliki dagu sebegini.

4. Gigi tak tersusun

Tak sempurna tapi pemiliknya akan kelihatan cukup manis bila tersenyum. Malah mereka juga kelihatan lebih muda. Ingat tak penyanyi Mazuin Hamzah.

5. Bulu mata lentik


Sebab itulah ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu dan juga terciptanya maskara. Ia akan membuatkan wanita nampak cantik.

Sumber: Vanilla Kismis


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oNd8xP
via IFTTT

Allahuakbar..Bantu Sebarkan! Jika Terlalu Banyak Cicak, Itulah Petanda Rumah Anda Dlm Bahaya Dan Sudah Mula..


Dengar suara cicak pun sebenarnya menjengkelkan..jgn seronok bila tgk cicak penuh dlm atau luar rumah..ada fakta seram dan menakutkan yg anda WAJIB tahu dan hadam secara halus dan terperinci..

Sudah tidak asing lagi hewan yang satu ini dan demikian sering kita semua temukan kadal disetiap rumah, ntah itu rumah tetangga, rumah saudara atau bahkan juga rumah anda sendiri.

Namun tahukah Anda apabila ada bahaya tandanya yang bisa kita kenali bila ada cicak Cicak memang satu diantara hewan yang sering dijumpai di rumah. Seringkali banyak kotoran cicak berceceran terlebih di ruang yg tak kerap dipakai atau di kamar mandi dan toilet.

Suara yang ditimbulkannya juga menjengkelkan terutama di waktu malam. Itu keterangan tentang bahaya cicak, mari simak dan berikanlah!

Ruqyah dan Hadits Dalam dunia ruqyah, cicak termasuk makhluk pembawa sihir dan harus dibasmi.

Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami ‘at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata: 

Rasulullah saw bersabda, ” Barangsiapa membunuh cicak jadi pada awal pukulannya baginya ini serta itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya pada pukulan ke2 jadi baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeda dengan yang pertama. Bila dia membunuhnya pada pukulan ketiga jadi baginya ini serta itu kebaikan yang berbeda dengan yang ke2.

Didalam shahih Muslim diterangkan: 

Barangsiapa yang membunuh cecak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Bila pada pukulan ke2 jadi baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke­2).

Di dalam ” al Mu’jamal Ausath ” punyai Thabrani dari hadits Aisyah berkata, ” Saya mendengarsaat Rasulullah saw bersabda, ” Barangsiapa yang membunuh cecak jadi Allah akan menghapus tujuh kebingungan atasnya. ” Ibnu Majah meriwayatkan di dalam ” Sunan ” nya dari saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh saat dianya menjumpai Aisyah dan saksikan di tempat tinggalnya ada satu tombak yang tergeletak.

Dia juga kemukakan pertanyaan pada Aisyah, ” Wahai Ibu grup mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini? ” Aisyah menjawab, ” Kami barusan membunuh cecakcecak.

Sesungguhnya Nabi saw pernah memberitahu kami saat saat Ibrahim as dilemparkan kedalam api tidak satu juga binatang di bumi saat itu kecuali dia bakal memadamkannya terkecuali cecak yang meniupniupkan apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya. ” Kitab ” az Zawaid ” menyampaikan apabila hadits Aisyah ini shahih serta orangorangnya bisa diakui.

Walau demikian tidaklah bermakna setiap waktu kita peroleh cecak mesti dibunuh karena perintah didalam hadits itu tidaklah satu kewajiban walau itu disunnahkan membunuh masing-masing cecak yang membahayakan.

Penyakit Terkecuali media sihir, cicak juga yaitu pembawa kuman yang memiliki peluang. Tubuh cicak mempunyai kandungan bakteri mempunyai kemungkinan yakni bakteri Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang dapat mengakibatkan sakit perut dan dapat membahayakan kesehatan tubuh.

Saat kadal diserang makanan, diharap untuk buang makanan itu karena dikhawatirkan
sudah tercemar.

Najis Cicak Dalam satu penelitian, najis cicak bisa pula dibuktikan dapat menembus plastik. Penelitian tunjukkan jika kotoran cicak diserang ponsel, kotoran itu bisa mengakibatkan rusaknya monitor handphone.

Sahabat tolong berbagi oleh karena itu, bila ada cicak di rumah berhati­hatilah. Semoga informasi diatas bisa bermanfaat.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pMJetN
via IFTTT

Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur Untuk Hilangkan Segala Toksin Dan Racun


Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan juga mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, serta meredakan selsema.

Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur Untuk Hilangkan Segala Toksin Dan Racun

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon , dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari serta8 minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Sumber: Sinar FM


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2purRee
via IFTTT

Pelik Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupa²nya Ini RAHSIANYA !!!


Assalammuailaikum admin dan pembaca. Kisah mak aku vs mak long aku. Mak aku ni ciri-ciri dia agak gangster sikit. Mak long aku pulak lembut seakan elly mazlin. Sekarang aku nak ceritakan bagaimana aku membesar dan apa aku rasa dan teringat saat aku dah besar.

Aku dengan sepupu aku dua-dua anak jantan pertama. Tapi aku selalu cemburu pada dia. Mana kan tidak. Kaki dia terluka jatuh masa berlari main polis-polis laju mak dia bawa pergi klinik. Aku pula, mak dari dapur je bercakap. Pandang nya tidak. “along…Pergi mandi Letak ubat luka atas meja tu. Padan muka, sedap, esok jangan lupa lari lagi sampai jatuh.”

Sejak kecik la macam tu peelnya. Lagi aku cemburu, kalau kawan sekolah datang rumah. Mak long layan kawan anak dia baik je. Siap jamu apa yang ada. Tak halau pun. Mak aku, dia ada la jamu kawan aku tapi dah dekat kol 7. Dengan laju je dia berkata.” tak reti lagi nak balik ke?” aku rasa segan dah nak bawa kawan ke rumah lepas tu. Baik aku lepak dengan kawan kat rumah mak long. Sebelah je pun rumah kami.

Sampai lah besar. Aku dengan sepupu aku dapat masuk sama kolej. Tapi masa sampai je, kami buat perjanjian. Tak ikut campur hal peribadi. Aku ok je. Stail aku biasa je. Pakai apa yang ada. Tapi aku peramah. Beza dengan dia tampan, kemas dan pemalu. Masuk je aku dah ramai kawan. Dia aku tak pasti. Dah berjanji kan. Orentasi masa tu aku penat tapi happy. Kenangan masuk kolej kononnya. Beza dengan dia. Dia tekanan. Sampai mak long datang kolej sebab sepupu aku tekanan. Katanya kene buli. Dia pindah kolej manakala aku tetap enjoy dengan kehidupan pelajar kolej.

Dah masing-masing ada kerjaya. Aku kerja kerajaan, sebab mak aku nak aku under kerajaan. Selamat katanya. Sepupu pulak swasta. Dia kata gaji lagi besar dari kerajaan. Tapi bila aku balik cuti, mak cerita sepupu aku paling tahan kerja dua tiga tahun mesti berhenti. Aku tak komen apa. Aku kawin dlu baru dia. Mak layan menantu tak macam layan aku dengan adik beradik dulu. Katanya menantu special. Datang dah besar, lahirkan zuriat kena hargai.

Berbeza dengan sepupu aku pula. Kerana sayangkan anak, dia macam kawal menantu. Itu tak boleh sana tak boleh. Tapi lembut la dia tegur. Sepupu aku pula jenis anak mak. Ikut je la. Sampai tahap isteri dia lari tuntut fasakh. Lama aku berfikir. Seburuk perangai gengster mak dulu rupanya bersebab. Dia nak anak dia tabah harungi kehidupan. Kental hati bila berhadapan dengan cabaran.

Sekarang aku sebagai seorang suami. Aku pula follow bapak aku punya perangai. Bini aku membebel marah anak, aku tengok tv. Jangan masuk campur. Itu cara dia asuh anak selagi tak mendera. Mak aku pula suka sakat anak aku bila kene marah. Dia up ibu jari kat cucu dia lepas kene rotan punggung dengan isteri aku. Kadang aku follow gak up ibu jari kat anak aku. Dia meraung menangis kami tengok je. Mak cakap jangan pujuk nanti dia tak tahu salah dia. Para ibubapa sekalian..mendidik anak ni kadang ikut petua ibubapa kita. Kita jadi manusia berguna sebab mereka.

Sumber: KRT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pL4gc8
via IFTTT

Pernah Tak Anda Terfikir Kenapa Pintu Tandas Awam Dibuat Di Atas Paras Lutut??


Adakah anda pernah memasuki tandas tandas awam? Kebanyakan tandas awam memang dibuat dengan pintu hanya di atas paras lutut sahaja.

Namun adakah anda tahu kenapa pintu tandas hanya dibuat di atas paras lutut? Ternyata reka bentuk pintu tandas awam bukan dibuat tanpa sebab. Rupanya ada alasan kenapa pintu tandas awam dibuat di atas paras lutut sahaja.

Ingin tahu apa sebabnya? Ikuti ulasan di bawah ini.

1. Mudah Dibersihkan

Tandas awam biasa direka dengan bentuk yang tidak terlalu besar, selalunya hanya cukup untuk ruang mangkuk tandas dan paip. Akhirnya bagi mengatasi masalah pembersihan yang sukar, pintu di mana ukuran di atas paras lutut dibuat untuk memudahkan kerja pembersihan.

2. Mengetahui Ada Orang Atau Tidak

Keadaan tandas awam bukanlah sentiasa dalam keadaan yang baik. Boleh jadi pintu tandas tidak mempunyai kunci atau ada kerosakan lain. Jadi, dengan adanya pintu tandas di atas paras lutut ini akan membolehkan kita menjangka keberadaan orang lain di dalam tandas sebelum masuk, orang yang ada di dalam akan jelas terlihat walaupun hanya kakinya saja.

3. Mengetahui perkara yang mencurigakan

Sebab lain pintu tandas dibuat di atas paras lutut ialah bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini seperti maksiat atau transaksi dadah ataupun aktiviti yang melanggar undang-undang berlaku. Maka pintu seperti ini akan dapat memudahkan orang lain mengetahui hal-hal tersebut. Jadi dengan ini kita sudah boleh fikir logik atau tidak jika satu tandas dimasuki lebih dari seorang orang dewasa?


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oXjDKs
via IFTTT

Baru 3 Jam Berkahwin, Terus 'diceraikan' Gara-gara Sikap Tamak Pengantin Lelaki


INDIA - Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu tamak dan telah berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama, lapor Daily Mail.

Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India. 

Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal. 

Bapa pengantin perempuan, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang memiliki sebuah hotel bagaimanapun telah membelikannya sebuah motosikal, tetapi Muntaz tidak berpuas hati dan meminta dibelikan motosikal jenama yang lebih bagus. 


"Orang ramai meminta pengantin lelaki bertenang dan memujuknya menerima motosikal yang diberikan itu. Tetapi dia terus mengugut mahu keluar rumah tanpa isterinya. 

"Pengantin lelaki dan bapa Rubana bertengkar dan keadaan menjadi tidak terkawal dan memalukan," kata saksi. 

Pengantin perempuan, Rubana kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi Tok Kadi, dan dengan sokongan kesemua ahli keluarganya, Rubana membatalkan perkahwinan itu dan sekaligus 'menceraikan' suaminya. 

Bashir-ud-din berkata, beliau akan memastikan keluarga Muntaz mengembalikan kesemua hadiah dan mas kahwin yang telah dibayar. 

Malu dengan kejadian itu, keluarga Muntaz menulis surat dan memohon maaf serta berjanji akan memulangkan kesemua barangan yang dipinta. 

Penduduk kampung yang berang dengan perangai Muntaz kemudian menghukumnya dengan menggantungkan kasut dan kertas tertulis, "Saya tamakkan mas kahwin". Malah, rambutnya turut dicukur, termasuk abangnya yang turut dikenakan hukuman sama. 



Tidak beberapa lama kemudian, Bashir-ud-din, bapa kepada empat orang anak itu, mengatur perkahwinan untuk anak perempuannya dengan lelaki lain. 

Beliau menghubungi keluarga Mohammed Elias, 25, dan merancangan perkahwinan mereka pada petang pada hari yang sama. Pada sebelah malam, perkahwinan mereka berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang dalam masa yang singkat itu. 


"Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya gembira anak perempuan saya tidak perlu menghabiskan masa bersama lelaki tamak itu. 

"Dia bersyukur yang dia akhirnya telah berkahwin dan saya merestui hubungan mereka berdua," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qhwAm9
via IFTTT

(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan


THAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong.

Kelibat Uncle Fatty boleh dilihat berkeliaran di sebuah pasar di Bangkok dan akibat dari tabiaat itu, perutnya membuncit secara melampau.

Tinjauan oleh pihak hidupan liar negara itu baru-baru ini mendapati Uncle Fatty dilihat memakan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi oleh pengunjung di pasar terbabit.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan.

"Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.





Sumber: Siakap keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oLlTIH
via IFTTT

Ramai Yang Tak Tahu.. TAPI Inilah Cerita Sebenar Sebelum Kematian Arwah Adik Thaqif


Berita kematian seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 26 April lalu ditangisi oleh setiap umat Islam. Kemuliaan di dunia diperoleh pelajar tahfiz berusia 11 tahun ini bukan sedikit kerana semua pihak bercakap mengenainya termasuklah salam takziah dari istana, pemimpin negara, mufti dan banyak pihak yang bersimpati selepas kesnya menjadi tular bila mana kakinya bertukar kehitaman selepas dikatakan dirotan oleh pembantu warden madrasah tempatnya menuntut ilmu.

Menurut bapa arwah, Mohd Gadaffi, 43 tahun, mereka sekeluarga masih merasai kesedihan namun masa yang sama redha dengan ketentuan Allah. “Allah sebaik-baik perancang. Sebagai orang Islam kami semua redha dengan pemergiannya. Alhamdulillah, segalanya baik,” katanya yang dihubungi tiga hari selepas pemergian anak ketiganya itu.

Dia berkongsi kisah yang mungkin ramai tidak mengetahuinya lagi dan berkali-kali menegaskan tiada sebarang tindakan akan diambil kepada pihak madrasah tersebut namun dia menyerahkan perbicaraan kes kepada pihak berkuasa.

“Yang salah tetap salah dan biarlah undang-undang menentukannya,” katanya berulang kali.

CERITA SEBELUM KEMATIAN

Di sebalik kejadian yang berlaku, Mohd Gadaffi berkongsi satu kisah yang mungkin ramai tidak tahu, malam sebelum arwah Thaqif atau mesra disapa Akim, bapa mentuanya, Ahmad Motai, 60-an ada bermimpi mengenai anak ketiganya itu.

“Malam sehari sebelum Akim dijadualkan memotong sebelah tangannya, mentua saya bermimpi Akim datang dan memberitahu dia tidak mahu tangannya itu dipotong. Biarlah seperti keadaan asal kelahirannya. Bahkan kata Akim, dia tidak mahu lagi menyusahkan ibu bapanya dengan keadaan dialami itu.

“Jam 8 pagi, 26 hb April itu, sepatutnya Akim dijadualkan dipotong sebelah tangannya yang telah dijangkiti kuman. Doktor pakar ada menemui keluarga kami tetapi beliau memaklumkan kondisi Akim tidak berapa stabil ketika itu. Pagi itu, saya dan adik ada membaca Yasin di sebelahnya. Tapi nampaknya Akim memang menunggu datuknya kerana selepas Zuhur datuknya tiba. Separuh bacaan Yasin, datuknya meraup ke arah muka Akim dan kala itulah Akim menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.05 petang,” katanya memaklumkan anaknya itu selamat dikebumkan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping, Kota Tinggi.

Jelas Mohd Gadaffi lagi, hubungan arwah Akim dan bapa mentuanya agak rapat malah semasa mengikut emaknya balik berpantang anak kelima di kampung, Akim sempat membacakan surah Mulk di hadapan datuknya. Kata Akim, dia ingin menjadi huffaz satu hari nanti,” katanya yang masih sebak.


Terima kasih Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah atas keprihatinan dan kebersamaan ini.

Kali Terakhir Bawa Akim Naik Motor

Sudah menjadi niat di hati mereka sekeluarga, setiap anak lelaki akan dijadikan hafiz, kata Mohd Gadaffi, anaknya itu secara sukarela meminta untuk bersekolah di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ketika usianya 11 tahun.

“Sejak kecil, saya sudah menyekolahkan Akim di sekolah agama. Bila dia besar sedikit, Akim minta masuk ke madrasah tahfiz. Mengikut peraturan yang dinyatakan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) setiap pelajar tidak boleh berhubung dengan ahli keluarga selama 40 hari berturut-turut.

“Akim baru dua bulan bersekolah di sini. Alhamdulillah dia memang ada kemahuan untuk bergelar huffaz. Saya sangat berbangga kerana arwah sudah mampu menghafal surah al-Mulk dan Surah Yasin. Bukan mudah pada usianya untuk menghafal dalam jarak masa yang agak pendek tetapi Akim berjaya melakukannya. Saya sangat bersyukur kerana kecerdasan akalnya di mana dia begitu bersungguh-sungguh untuk berjaya,” katanya yang mempunyai lima orang anak, dua perempuan dan tiga lelaki. Anak sulungnya belajar di Universiti Tun Hussein Onn, kedua tingkatan empat diikuti arwah Thaqif, adiknya, 6 tahun dan baby berusia 3 bulan.

Dalam pada itu, kala bercerita kali terakhir dia bertemu anaknya itu, kata Mohd Gadaffi, dia sempat menghantar anaknya itu kembali ke madrasah tahfiznya pada hari Jumaat dalam perjalanan dia mahu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Akim ada balik seketika. Dia sempat bacakan surah al Mulk di hadapan kami. Disebabkan dia suka menaiki motor besar milik saya, saya sempat menghantarnya balik ke madrasah. Itulah kali terakhir saya bertemunya sebelum dia berhenti dua minggu sebelum kematiannya.

“Akim nampak seronok menaiki motor besar itu. Mungkin sudah lama tidak menaikinya sejak masuk ke madrasah. Satu lagi dia memang suka pomen-pomenkan basikal miliknya. Ada saja yang ingin dibaikinya. Dia juga bukanlah seorang anak lelaki yang agresif, agak lembik sebenarnya. Kalau orang buat-buat kecoh di sekelilingnya, dia akan menjauhkan diri. Bukan itu saja, kalau sebut tentang bola, Akim memang menyukainya. Satu lagi Akim seorang anak yang happy dan sentiasa gembira dengan apa dilakukannya,” katanya yang tidak mahu tragedi menimpa anaknya itu melemahkan daya pemikiran umat Islam kerana ada pelbagai versi ditularkan dengan pelbagai komen negatif dan positif.
Akim Sudah Dibawa Lebih Awal

Pada hari kematiannya, 26 hb April itu, ternyata ia menyamai tanda-tanda 100 hari kematian setiap yang bernyawa.

“Perancangan Allah jauh lebih baik untuk saya dan semua ahli keluarga. Pada hari kami membawanya daftar di madrasah itu, perancangan Allah itu adalah benar. Allah membawanya ‘pergi awal’ dari pandangan kami. Menghantarnya ke sekolah, memberinya peluang menghafal kalam Allah. Sehinggalah kami memberhentikannya beberapa minggu sebelum kematiannya terjadi.

Mungkin kalau Akim sentiasa ada di depan mata saya dan isteri, kami mungkin sukar menerima berita kematian ini kerana kejadian berlaku sekelip mata. Allah mendidik hati kami untuk redha dengan sebuah kehilangan,” katanya dalam keadaan tenang.

Masa yang sama, Mohd Gadaffi berkata, dia meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan segala keputusan di tangan pihak yang berkuasa.

Kata bapa yang juga bekas pemain bola sepak suatu ketika dahulu, dia begitu bersyukur kerana kematian anaknya begitu dimuliakan oleh seluruh dunia.

“Memang ramai yang melahirkan rasa terkejut. Semua pihak mendoakan anak syurga saya ini. Masa yang sama, saya meminta agar tidak ada pihak memberikan komen-komen negatif dan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal ini.

“Saya tidak mahu umat Islam dipandang rendah. Kita semua adalah hamba Allah. Saya menghantar anak saya ke madrasah tahfiz kerana menurut permintaannya. Ada yang memberi pandangan kenapa kecil-kecil menghantar anak ke sini sedangkan mereka masih kecil. Logik ke saya sebagai ibu bapa seperti menghantar sebuah kematian kepada orang lain?

Sebagai orang beriman, kita kena percaya qada dan qadarnya. Jangan ditambah atau dimarakkan dengan sebuah pandangan kosong. Kami mungkin sudah bertenang tetapi komen-komen di facebook dan sebagainya mungkin boleh membuat hati kami kembali bersedih.

“Tidak ada salahnya dengan pengajian di sekolah tahfiz. Tak ada juga salahnya pada ustaz dan ustazah yang mengajar anak-anak kita. Kejadian ini mungkin satu kejadian yang membuka mata banyak pihak supaya adanya pengemaskinian peraturan-peraturan di sekolah-sekolah tahfiz sedia ada. Sebab itulah saya katakan, kami tidak pernah bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap madrasah tahfiz tempat anak saya belajar.

“Seperti kes Akim dirotan di tapak kakinya. Saya bukan tahu sehinggalah doktor bertanyakan soalan kepada dirinya bagaimana peristiwa ini berlaku. Kata Akim, dia dirotan di tapak kaki oleh pembantu warden. Termasuk juga rakan-rakannya yang lain. Namun hati saya cukup sebak membaca catatan ditulisnya. Meminta dia dibawa keluar kerana masalah berlaku.

Perancangan Allah itu adalah sebaiknya. Allah yang mengatur setiap perincian kehidupannya. Kita pun dipinjamkan sementara dan perpisahan pasti berlaku jua. Saya redha dengan segala yang terjadi. Insya-Allah kejadian ini juga menguatkan ukhuwah kita sebagai umat Islam untuk bersatu dalam apa juga ujian dan dugaan yang berlaku,” katanya mengakhiri perbualan.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oXbTrL
via IFTTT

Saturday 29 April 2017

Ustazah Muda 'Diperangkap' Remaja 16 Tahun Sebelum Dirogol Di Sebuah Tadika


Tak sangka remaja berusia 16 tahun boleh bertindak sebegini. Memang betul-betul bermasalah. Paling mengejutkan mangsanya adalah seorang guru yang jauh lebih berusia daripadanya.

Jenis ni memang tak boleh dibiarkan lepas. Kalau dalam usia ni dia berani merogol, bagaimana pula dimasa akan datang. Jangan sampai jadi perogol bersiri sudah.

Memetik laporan myMetro, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol seorang guru agama di Taman Impian pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pihak polis sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut. Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

"Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

"Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian.

Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, pihak polis kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

Pihak polis kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ptHe6x
via IFTTT

Juliana Evans Selamat Bernikah Dengan Seorang Kerabat Diraja Selangor, Tengku S..


Tahniah Miss K ucapkan kepada aktres cantik berdarah kacukan, Juliana Evans kerana telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, seorang kerabat diraja Selangor yang bernama Tengku S.

Miss K menerima beberapa keping foto majlis pernikahan yang berlangsung padi tadi.




Menguatkan lagi berita, Miss K juga menerima beberapa keping paparan skrin Instagram Stories rakan baik Juliana, Kaka Azraff sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan, yang dipercayai majlis perkahwinan Juliana.




Pelakon otai, Datuk Seri Shah Rezza turut berkongsi foto perkahwinan Juliana dan suami di laman Instagram miliknya.


Sebelum ini, Miss K pernah melaporkan yang Juliana bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini tetapi perkara tersebut dinafikan oleh Jualiana.

Selamat pengantin baru Juliana dan suami, semoga perkahwinan yang dibina kekal abadi sehingga ke syurga!

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2piNqzR
via IFTTT