Thursday, 20 October 2016

Harta Anak Yatim Disalahguna, Ini Komen LANTANG Ustaz Zaharuddin

Harta Anak Yatim Disalahguna, Ini Komen LANTANG Ustaz Zaharuddin

zaha

Isu kes wang derma mangsa kemalangan DUKE masih hangat diperkatakan. Adik mangsa didakwa oleh kakaknya telah pecah amanah dan hanya memberikan RM12 ribu dari sejumlah RM320,000.

Terkesan dengan berita ini, Ustaz Zaharuddin telah tampil memberi komen dan nasihat.

Jom baca:

WANG DERMA ANAK YATIM DISALAHGUNA?

BERINGATLAH agar tidak menyalahgunakannya, semua wang derma kepada anak yatim terbabit walau masuk ke akaun sesiapa pun, ia adalah milik anak yatim bukan milik pemegang akaun.

Dalam kejadian menyayat hati kemalangan di Lebuh Raya DUKE, pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu.

Semalam terdapat kenyataan media oleh pihak terlibat yang mendakwa pemilik akaun yang digunakan untuk menerima wang sumbangan ramai untuk anak-anak si mati, TELAH disalahguna dan pemilik akaun enggan MENYERAHKAN WANG TERBABIT kepada kegunaan langsung kedua-dua anak yatim piatu tersebut. Namun terdapat jawaban balas oleh pihak yang dituduh serta menafikan.

Saya TIDAK PASTI pihak siapa yang benar, namun sekadar ingin memberi NASIHAT bahawa SEMUA yang terbabit sama ada dalam kes ini atau kes-kes serupa dengannya, bahawa WANG DERMA ITU adalah KHAS untuk kegunaan kedua anak yatim tersebut, ia adalah milik ANAK YATIM. Mereka punyai Ahliah al-Wujub yang SAH yang boleh memiliki harta walau belum baligh.

DOSA BESAR

Justeru, sebarang salah guna dan dimakan wang tersebut oleh selain kedua anak yatim tadi membawa kepada DOSA BESAR MAKAN HARTA ANAK YATIM.
Kewajiban penjaga yatim untuk mengurusnya dan mengurus hartanya dengan sebaik-baiknya. Ketika anak yatim itu telah dewasa dan mampu mengurusi hartanya sendiri, hendaklah dia menyerahkan harta si yatim kepadanya.

Allâh berfirman:
وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ
Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. [Al-An’âm: 152 dan Al-Isra’/17: 34]
Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di rh berkata, “Dan JANGANLAH kamu dekati harta anak yatim, dengan MEMAKAN, atau MENUKARNYA dalam bentuk yang MENGUNTUNGKAN kamu, atau mengambil dengan tanpa sebab. KECUALI dengan cara yang menyebabkan harta mereka menjadi baik, dan mereka akan mendapatkan manfaatnya.” (Tafsir al-Sa’di)

Ini menunjukkan tidak boleh mendekati dan mengurusi harta anak yatim dengan cara yang akan merugikan anak-anak yatim, atau bentuk yang tidak membahayakan tetapi juga tidak membawa kebaikan.

ANCAMAN

Allâh Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [An-Nisa:10]

Rasulullah bersaba :
“Sesungguhnya saya sangat memberatkan dosa (kesalahan) orang yang menyia-nyiakan haknya dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan orang perempuan.”

Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan isnad yang baik.

Maksudnya adalah memakan tanpa hak (bahwasanya mereka menelan api sepenuh perut mereka) karena harta itu akan berubah di akhirat nanti menjadi api (dan mereka akan masuk dalam api yang bernyala-nyala) iaitu menjadi api neraka yang menyebabkan mereka terbakar hangus.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MUSRHID

Diharap artikel dari ustaz ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Janganlah sesekali makan duit anak yatim. -PEMNERAHDOTCOM

The post Harta Anak Yatim Disalahguna, Ini Komen LANTANG Ustaz Zaharuddin appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2em9FBU
via IFTTT