Saturday, 22 October 2016

Perkahwinan Saya Tidak Ada Majlis Besar – Hazama

Perkahwinan Saya Tidak Ada Majlis Besar – Hazama

hazama

Penyanyi popular, Hazama memberitahu dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib sahaja jika berkahwin.

Hazama tidak berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh artis lain.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu penaja kerana dia mahu berehat daripada ‘bekerja’ di hari perkahwinannya itu.

Namun, kata Hazama, dia tetap akan mengundang media dan akan meminta bantuan pihak media untuk menghebahkan tentang perkahwinannya kelak.

Ini komennya:

“Seperti yang saya mahukan perkahwinan saya tidak ada majlis. Kita buat nikah sahaja, asalkan syariat dahulu, dan saksi semua cukup,”

“Tidak ada penaja, saya minta begitu kerana hari saya kahwin saya tak mahu bekerja. Kalau ada penaja maksudnya saya bekerja jugalah. Hari itu hari saya. Mungkin ada orang tak bersetuju, tapi saya rasa itu hak saya dan saya minta seperti itulah,”

“Jemput media ke majlis kahwin saya, Insya-Allah saya tak berani nak cakap apa-apa lagi. Kalau boleh saya nak bantuan media untuk gembar-gemburkan. Tujuan kita buat majlis ini untuk mengelakkan fitnah”,

Hazama turut menyatakan hasratnya untuk menghadiri kursus perkahwinan dan akan berkahwin secepat yang mungkin akan tetapi setelah selesai pembikinan albumnya yang kedua tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Hazama kini dalam hubungan serius dengan pemuzik hebat, Genervie Kam. -PENMERAHDOTCOM

The post Perkahwinan Saya Tidak Ada Majlis Besar – Hazama appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dZF08h
via IFTTT