Thursday, 13 October 2016

(VIRAL) Muka Berubah Lepas Kurus, Lelaki Ditahan Imigresen

(VIRAL) Muka Berubah Lepas Kurus, Lelaki Ditahan Imigresen

kurus

Seorang lelaki bernama Syahir Sepet berkongsi kisahnya ditahan di imigresen Hong Kong hanya kerana wajahnya di gambar pasport ‘tidak sama kurus’ dengan mukanya sekarang.

ini kerana Syahir telah menurunkan berat badannya dalam tempoh terdekat.

Menceritakan pengalamannya itu, Syahir berkata kejadian itu berlaku pada bulan 8 baru-baru ini.

Ini kisahnya:

Aku pun ada cerita jugak. Last bulan 8 aku pergi Hong Kong, tersangkut kat imigresen Hong Kong sebab apa?

Sebab aku punya rupa lain, dulu masa aku renew pasport tahun lepas Oktober memang gemuk, so bulan January dulu aku start diet and etc. So kurus lah.

Kena tahan dalam 30 minit jugaklah depan immigration kena jawab soalan ni;

Can I have your name please? What is your dob?
The purpose come here? It is you? (referring pasport aku)

Then muka ketat lepastu nak dekat selesai tu diorang siap tanya aku lagi,

You so thin now, exercise a lot? (Dia buat jogging punya sign)

Aku nak tergelak pun ada and cuak pun ada. Member dah lepas dah. Aku sorang je hahahaha.

Setelah hampir 30 minit disoal siasat, barulah pihak berkuasa negara percaya lalu melepaskannya.

tt

Ini Jawapan Pihak Imigresen

Mengulas perkara tersebut, jurucakap Jabatan Imigresen menasihati pemegang pasport Malaysia agar menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang dilawati jika berhadapan dengan masalah dokumen.

Jelas jurucakap itu pasport negara mengandungi ciri-ciri keselamatan tinggi termasuk biometrik yang boleh mengesahkan seseorang itu adalah pemilik dokumen rasmi tersebut.

Masalah yang dikongsi beliau menerusi laman Facebook dan mendapat perhatian netizen itu berlaku hanya kerana gambar pada pasport tidak sama dengan wajah sebenar yang telah kurus selepas mengikuti diet selama dua bulan.

Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, perubahan bentuk fizikal seseorang daripada gemuk kepada kurus atau sebaliknya tidak memerlukan individu terbabit menukar pasport baharu.

Ini komen pihak imigresen:

“Adalah menjadi satu kesukaran kepada pemegang pasport untuk menukar pasport setiap kali berlaku perubahan fizikal dari gemuk ke kurus atau sebaliknya.

“Jika dia berada di luar negara, kita nasihatkan mereka yang menghadapi masalah berkaitan pasport untuk menghubungi kedutaan bagi mendapatkan bantuan,”

Jadi jika ada apa apa masalh teruslah hubungi pihak kedutaan Malaysia. -PENMERAHDOTCOM

The post (VIRAL) Muka Berubah Lepas Kurus, Lelaki Ditahan Imigresen appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dRleRN
via IFTTT