Wednesday 19 October 2016

Serangan Histeria Melanda SMK Bandar Baru Bangi, Sebab Tebang Pokok?

Serangan Histeria Melanda SMK Bandar Baru Bangi, Sebab Tebang Pokok?

pokok
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah dilanda serangan histeria pada minggu ini.

Oleh itu, satu majlis solat hajat dan bacaan yasin akan diadakan di sekolah tersebut pada Jumaat ini.

Pihak sekolah meminta bantuan daripada Pusat Rawatan Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi bagi mengadakan majlis solat hajat.

Turut difahamkan, pihak SMK Bandar Baru Bangi telah datang ke Darussyifa’ pada Selasa lalu bagi meminta pusat rawatan tersebut mengadakan majlis berkenaan, antara lain sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang.

Terbaharu, difahamkan terdapat insiden serangan histeria berlaku lagi di sekolah berkenaan pada Rabu.

Menerusi satu ‘posting’ di Facebook, terdapat seorang individu mendakwa mendengar suara jeritan di sekolah itu.

Bagaimanapun tidak dipastikan berapa ramai pelajar yang diserang histeria.

Minggu lalu, lebih 50 pelajar SMK Bandar Baru Bangi diserang histeria dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi.

Selepas terkena histeria, beberapa ibu bapa dan anak yang terlibat telah datang ke pusat rawatan Darussyifa’ bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum ini ada satu posting di laman FB yang memberi gambaran kejadian ini.

Ini tulisnya:

“Kecoh!! Kelam kabut!! Berpuluh pelajar diserang histeria!! Jeritan nyaring macam pontianak bersahutan di sana sini. Bacaan ayat-ayat Al-Quran dan suara azan berkumandang di seluruh kawasan sekolah,”

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Nor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata, insiden itu pada mulanya menyerang pelajar tingkatan empat sebelum menular kepada pelajar tingkatan tiga dan lima.

Turut dilaporkan mengenai dakwaan kejadian berlaku selepas sebatang pokok besar berhampiran sekolah berkenaan ditebang.

Antara lain, ada memgatakan mungkin berpunca dari tekanan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

The post Serangan Histeria Melanda SMK Bandar Baru Bangi, Sebab Tebang Pokok? appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dpaTuQ
via IFTTT