Friday, 21 October 2016

TERKINI: Mahkamah Kekal Perintah Beku Akaun Faizznur, Bapa Saudara Mangsa DUKE

TERKINI: Mahkamah Kekal Perintah Beku Akaun Faizznur, Bapa Saudara Mangsa DUKE

kekal-beku

Mahkamah Tinggi Syariah telah mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak yatim.

Anak yatim ini merupakan mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lalu.

Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.

Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.

kemudian, pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.

Kes ayam yatim ini pernah menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tahun lalu, melibatkan kemalangan dengan MyVi di DUKE. Kini wang derma anak yatim ini dikatakan disalahguna oleh bapa saudara anak malang tersebut.

The post TERKINI: Mahkamah Kekal Perintah Beku Akaun Faizznur, Bapa Saudara Mangsa DUKE appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ezpG22
via IFTTT