Wednesday, 12 October 2016

Elly Mazlein Berjaya Tuntut Nafkah RM1500 Sebulan Dari Bekas Suami

Elly Mazlein Berjaya Tuntut Nafkah RM1500 Sebulan Dari Bekas Suami

ely-nafkah

Azmi Hatta yang merupakan bekas suami Elly Mazlein diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Nafkah adalah untuk anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isterinya.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas mendengar kes berkenaan pada pagi Rabu.

Hakim juga meluluskan permohonannya agar Azmi menyerahkan wang tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum ia diserahkan kepadanya.

Ini kerana Elly tidak mahu perintah yang dikeluarkan itu gagal dipatuhi oleh bekas suaminya selain ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.

Ini komennya:

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

“Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela,”

“Tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya.

“Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung.

“Saya tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi,”

“Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini…”

Elly juga berkata dia enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.

Pasangan ini berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.

Elly Mazlein selamat melahirkan Putri Sara Sefhia seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

-PENMERAHDOTCOM

The post Elly Mazlein Berjaya Tuntut Nafkah RM1500 Sebulan Dari Bekas Suami appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2e0RgWD
via IFTTT