Sunday, 16 October 2016

Wahai Isteri, Maafkan Kami Suami Tak Romantik, Sweet

suamii

Seorang lelaki yang juga usahawan berjaya, Zukermi ada berkongsi tentang kisah suami yang tak romantik selepas berkahwin.

Dia memberi sebab mengapa kebanyakkan suami kurang romantik dan swet selepas berkahwin.

Perkongsian yang ditulisnya ini menjadi viral apabila lebih seribu orang share di laman sosial FB.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tak setuju. Kebanyakkan sang wanita tak setuju kerana mahu suami kekal romantik selepas berkahwin. Hehe..

Jom baca:

LEPAS KAHWIN TAK ROMANTIK

Wahai para isteri

Kami suami, bukan kami taknak jadi romantik seperti drama abam bomba, mahupun abam pilot.

Adakala terfikir panjang juga bila isteri tanya,
“abang lepas kahwin, tak romantik macam sebelum kahwin kan. boring”

MASA TU TIADA TANGGUNGJAWAB

Kalau sebelum kahwin, kami tak rasa lagi beban tanggungjawab sebagai suami tu.
Masa tu, siang malam boleh fikir nak buat pickup line.
Sebab tu kalau tengok orang muda yang sedang hangat bercinta, siang malam sweet. Kami dulu pun macam tu.

Masa tu, dalam otak takda fikir nak bayar bil letrik, bil internet, bil astro, bil telefon, nak beli barang dapur, nak bayar kereta, bayar rumah, nak bayar GST dan segala macam beban hidup lagi.
Ditambah dengan keadaan ekonomi macam sekarang, siang malam kami para suami kena fikir macam mana nak survive dalam keadaan sekarang ni.

BEST KALAU MACAM DRAMA SURI HATI MR PILOT

Alangkah indahnya kalau hidup ni semudah seperti drama Suri Hati Mr Pilot.
Dilahirkan dalam keluarga kaya raya, rumahnya saja dah besar seperti dewan serba guna taman kita wahai isteri.

Ada ketika kami para suami ni seperti tiada perasaan, wajahnya seperti tenang, tapi dalam fikiran, tiada siapa yang tahu.
Ada ketika nampak seperti kami begitu relaks scroll FB, tapi beban dan tekanan tu tak pernah hilang wahai isteri.

Tapi satu yang kami nak kongsikan, sebagai suami, sayang tu tak pernah kurang. Sama saja, malah lebih lagi dari sebelum berkahwin.
Cuma kalau kami kurang sweet, maafkan kami ya.

Nilailah sweet seorang suami tu bila mana dia berjaya jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik.

Semoga Allah swt sentiasa curahkan rahmatNya pada kita semua. Semoga kita semua sentiasa berkasih sayang, dalam apa jua keadaan.

Yang benar,

Muhammad Zukermi.
Presiden Kelab Suami Tak Sweet.
Pesanan dari kami para suami untuk isteri yang tercinta.
#maafkanabangtaksweet
#hiduptidakseindahdramatv
#ahlikelabdiperlukan

Itulah perkongsiannya. Maafkanlah jelah kalau suami tak sweet, apa nak buat, dah jadi suamipun kan. -PENMERAHDOTCOM

The post appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dlFNzt
via IFTTT