Monday 31 October 2016

Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Mulai Esok 1 November 2016

26

HARGA runcit petrol bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik sebanyak 0.15 sen seliter sepanjang November 2016.

Berkuatkuasa 1 November 2016 (esok), harga petrol RON95 naik kepada RM1.95 seliter berbanding RM1.80 pada Oktober. Bagi bahan api RON97, ia juga naik kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.15.

Manakala diesel turut naik daripada RM1.75 kepada RM1.90 seliter.

HARGA RUNCIT MINYAK NOVEMBER 2016

  • RON95 – RM1.95 seliter
  • RON97 – RM2.30 seliter
  • Diesel – RM1.90 seliter
  • Diesel Euro5 – RM2.00 seliter

The post Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Mulai Esok 1 November 2016 appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2f940dn
via IFTTT

“Kedah Gol Nasib” – Pengulas Sukan Dihentam Berat Sebelah

“Kedah Gol Nasib” – Pengulas Sukan Dihentam Berat Sebelah

berat

Pengulas sukan di TV3 telah dihentam teruk ekoran satu kenyataannya ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor.

Kata pengacara itu, gol dari Kedah adalah nasib semata-mata.

Dilihat, rata-rata penyokong Kedah berang dengan kenyataan terbabit yang dikatakan amat berat sebelah dan tak profesional.

Di laman media sosial, pelbagai komen diberikan yang mana rata-rata melahirkan rasa tidak puashati kepada pengacara terbabit.

Ini antara komen dari orang ramai:

 

ulas-1

ulas-2

ulas-3

ulas-4

ulas-5

ulas-6

ulas-7

Apapun, tahniah buat pasukan Kedah kerana menjuarai Piala Malaysia tahun ini. -PENMERAHDOTCOM

The post “Kedah Gol Nasib” – Pengulas Sukan Dihentam Berat Sebelah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fm4DWa
via IFTTT

Sunday 30 October 2016

Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil?

Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil?

adi

Kisah rumah tangga Adi Putra dengan isteri-isterinya cukup menggemparkan industri hiburan sebelum ini.

Adi Putra kini dah mengesahkan berkahwin dua, isterinya ialah Aida Yusof (isteri pertama) dan Nor Shahida (isteri kedua).

Berita terkini tentang Adi Putra ialah tentang kehamilan isteri keduanya.

Ini laporan dari Miss J (Utusan)

Miss J dapat tahu baru-baru ini yang Adi bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu.

Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang zuriat sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya.

Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum.

Apa pun, Miss J hormati pendirian Adi untuk mengasingkan antara soal peribadi dan kerjaya.

Itulah laporan dari wartawan Utusan. Tahniah buat Adi sekiranya berita ini benar. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Kedua Adi Putra Dikhabarkan Sedang Hamil? appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2f45nLG
via IFTTT

Penemuan 4 Mayat: Motif Kes Bunuh Akhirnya Diketahui

Penemuan 4 Mayat: Motif Kes Bunuh Akhirnya Diketahui

mayatt
Kes penemuan empat mayat di Kampung Tanjung Hilir, Bachok, Kelantan ternyata menggemparkan ramai pihak.

Kejadian ini dikatakan amat kejam setelah mangsa dibunuh dengan tikaman bertubi-tubi.

Siasatan awal mendedahkan kesemua mayat itu adalah warganegara Myanmar yang dibunuh kerana krisis agama.

Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha.

Menurut saksi, 4 buruh binaan itu dilarikan dari hostel mereka di Tunjung oleh sekumpulan 9 lelaki bertopeng dan bersenjata pisau pada jam 11 pagi, Selasa lalu.

Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.

Ini komen Polis:

“Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.

“Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan,”

Kini kes masih disiasat dan penjenayah masih diburu. -PENMERAHDOTCOM

The post Penemuan 4 Mayat: Motif Kes Bunuh Akhirnya Diketahui appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2edkJyM
via IFTTT

Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong

Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong

naz

Pelakon Nazrief Nazri mengakui dirinya terganggu apabila dihentam peminat tegar Emma Maembong.

Nazrief juga berasa pelik apabila ada yang masih menyalahkannya dan marah kerana rapat dengan aktres jelita itu.

Keadaan itu dialaminya sejak dia dan Emma berlakon dalam siri Nasi Minyak Kuah Cinta yang kini ditayangkan di TV3.

Ini pendedahan Nazrief: (Sumber: mstar )

KUTUKAN BERTERUSAN

“Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

“Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu,”

TIADA MASALAH DENGAN KAMAL ADLI

“Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal.

“Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma,”

Selain itu, dalam perkembangan lain, Nazrief akan cuba terjun ke bidang nyanyian tak lama lagi. Semoga maju jaya. -PENMERAHDOTCOM

The post Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2edderK
via IFTTT

Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’

Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’

fafa

Fenomena drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ semakin menjadi-jadi. Nama Fattah Amin dan Neelofa menjadi sebutan ramai.

Drama tersebut amat popular sehingga ada yang berharap Fattah Amin dan Neelofa benar-benar bercinta.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh kedua-dua mereka.

Sementara itu, dalam rancangan MeleTop, Fafau telah menajdi artis jemputan.

Dalam program itu, komen Fafau telah menjadi viral dan membuat peminat ‘mengamuk’.

Fafau mengatakan Fattah Amin bukanlah taste Neelofa.

Komen seperti ini membuatkan peminat setia berang kerana seperti memperlekehkan Fattah Amin.

Ini komen netizen:

komen-1

komen-2

komen-3

komen-4

The post Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’ appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2edbpuR
via IFTTT

Piala Malaysia 2016 Milik Kedah, Yewaskan Selangor Melalui Penalti

Piala Malaysia 2016 Milik Kedah

pm

Trofi kejuaraan Piala Malaysia akhirnya jatuh ke pasukan kedah apabila pasukan ini menewaskan Selangor di peringkat akhir.

Selepas 120 minit perlawanan akhir termasuk masa tembahan berlangsung, masih belum termaktub siapakah juara Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sepakan penalti akhirnya menajdi penentuan siapakah yang bakal membawa pulang Piala Malaysia.

Penentuan sepakan penalti berlangsung mendebarkan apabila kedua-dua penjaga gawang Kedah dan Selangor beraksi hebat.

Akhirnya, pasukan Kedah berjaya memenangi penentuan sepakan penalti tersebut.

Kemenangan ini sekaligus mengecewakan pasukan Selangor yang memenangi Piala Malaysia tahun lepas.

Tahniah buat pasukan Kedah. -PENMERAHDOTCOM

The post Piala Malaysia 2016 Milik Kedah, Yewaskan Selangor Melalui Penalti appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ebzP84
via IFTTT

(3 Foto) Penduduk Gempar Pantai Jadi Merah Jambu, Bau Busuk

Penduduk Gempar Pantai Jadi Merah Jambu, Bau Busuk

pink-3

Satu kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ini telah terjadi di pantai Kuala Nerang, Terenganu.

Penduduk sekitar Mengabang Telipot, gempar dengan penemuan rumpai laut berwarna merah jambu (pink) yang ditemui  di sekitar pantai .

Rumpai laut itu mula dikesan sejak Jumaat lalu oleh penduduk di sana.

Dikatakan jumlahnya semakin banyak mulai semalam hingga mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Kawasan pantai di penuhi dengan rumpai laut yang berwarna merah itu dan disertai dengan bau busuk.

Kata seorang penduduk, dia mula menyedari kehadiran rumpai laut itu setelah terganggu dengan bau busuk yang dipercayai datang dari arah pantai berkenaan.

Ini kenyataan seorang penduduk di sana: (SinarOnline)

“Sejak malam Jumaat lagi saya telah terhidu bau busuk, namun tidak mengambil serius.

“Sehinggalah semalam dimaklumkan ada rumpai laut (warna pink) yang terdampar.

“Saya turun dan lihat sendiri ke kawasan pantai dan agak terkejut dengan jumlah rumpai laut yang begitu banyak terdampar di sini.

“Sejak dari kecil lagi saya menetap di kawasan ini, namun kejadian sebegini merupakan kali pertama yang pernah saya lihat dan tidak pernah terjadi sebelum ini,”

Kejadian ini masih menjadi misteri di kalangan penduduk sekitar pantai.

pink-1

KUALA NERUS 30 OCTOBER 2016. Rumpai laut merah yang dibawa oleh ombak dan terdampar di Pantai Tanjung Gelam. NSTP/ROZAINAH ZAKARIA

The post (3 Foto) Penduduk Gempar Pantai Jadi Merah Jambu, Bau Busuk appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eRi63S
via IFTTT

PPIM Dedah Cara Kenalpasti Minyak Kitar Semula

PPIM Dedah Cara Kenalpasti Minyak Kitar Semula

ppim-minyak

Minyak masak sememangnya bahan yang penting untuk memasak. Kini sedang hangat diperkataakn tentang penjualan minyak kitar semual yang tidak baik untuk kesihatan.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula.

Caranya ialah dengan cara perap minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam. Selepas dua jam, jika minyak itu berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula.

Ini komennya:

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,”

“Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,”

Cara lain untuk ketahui minyak masak kitar semula ialah dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur.

Kika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

PPIM menyeru pihak berkuasa bertindak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula. -PENMERAHDOTCOM

The post PPIM Dedah Cara Kenalpasti Minyak Kitar Semula appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2e114i9
via IFTTT

Saturday 29 October 2016

Tiada Layanan Istimewa Dari Suami Walaupun Mengandung – Adira

Tiada Layanan Istimewa Dari Suami Walaupun Mengandung

adiraa

Penyanyi popular Adira kini sedang mengandung lima bulan.

Adira memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menjadikan alasan hamil sebagai satu kelebihan untuk dirinya mendapat layanan istimewa sebagai isteri kedua daripada suami berbanding madunya.

Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red juga bersikap adil serta memberikan layanan sama rata, tanpa ada lebih atau kurang diantara mereka berdua.

Ini komen Adira:

“Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain. Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu.

“Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil. Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising

“Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.

“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala

Berkongsi pengalamannya, Adira memberitahu pada awal kehamilannya, beliau lebih gemar untuk bersendirian.

Dia juga tidak suka memikirkan tentang kerja dan berada di tempat yang bising.

Ketika ini alahan yang dialaminya juga agak teruk serta mengalami selera makan yang bertambah. -PENMERAHDOTCOM

The post Tiada Layanan Istimewa Dari Suami Walaupun Mengandung – Adira appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ea4mTt
via IFTTT

Inilah Pengaruh Instagram, Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram

Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram

nabil

Selepas kehilangan 1.2 juta pengikut di laman Instagram, Nabil Ahmad mendedahkan telah mengalami kerugian.

Dikatakan kontrak bernilai RM200,000 terpaksa dibatalkan selepas akaun Instagram digodam, baru-baru ini.

Nabil memberitahu, laman sosial itu turut menyumbang sebahagian daripada sumber pendapatannya membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan.

Ini komennya:

Kerugian

“Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu.

“Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya,”

Akaun Baru Dah Dapat 170,000 Follower

“Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk mempromosikan barangan mereka. “Bukan mahu membanggakan diri, tetapi kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan,”

Semoga Nabil berjaya mendapatkan semula jumlah follower seperti dulu. -PENMERAHDOTCOM

The post Inilah Pengaruh Instagram, Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eZUIlG
via IFTTT

MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air

MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air

terperangkapp

Dua remaja lelaki memalui pengalaman yang tidak akan dilupakan mereka apabila terperangkap di atas batu besar lebih sejam di tengah-tengah air terjun.

Ini terjadi apabila tiba-tiba berlakunya kejadian kepala air ketika berkelah di Air Terjun Pertak, Kuala Kubu Bharu.

Remaja itu ialah Muhammad Ashyraf dan Nur Muhammad Azman yang kedua-duanya berumur 21 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang, yang mana ketika itu mereka sedang mandi bersama enam lagi rakan sebelum hujan lebat.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat naik ke tebing namun enam lagi rakan mereka dapat menyelamatkan diri.

Bomba menghantar sepasukan penyelamat apabila menerima laporan dari rakan-rakan mereka.

Jurucakap bomba Selangor, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat.

Ini kenyataan Bomba: (Berita Harian)

“Kedua-duanya berjaya melintasi kawasan air terjun yang deras menggunakan tali menyelamat yang kita rentang ke tebing tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

“Mangsa bersama enam rakan sampai ke kawasan air terjun itu pada jam 2 petang dari Selayang untuk berkelah sebelum fenomena kepala air berlaku akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang,”

Difahamkan, pasukan bomba terbabit turut menyelamatkan sekumpulan lagi pengunjung air terjun berkenaan yang terperangkap di seberang kawasan air terjun di satu lagi lokasi lain air terjun berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

kepala-air-4

The post MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dS3Rz4
via IFTTT

Hidup Merempat, Ini Penjelasan Nazrey, Vokalis Raihan

Hidup Merempat, Ini Penjelasan Nazrey, Vokalis Raihan

naz

Satu ketika dulu, lagu nasyid mendapat tempat di corong radio dan nama kumpulan Raihan amat gah di industri hiburan tanah air.

Lagu nasyid Raihan amat dekat di hati pendengar dan menjadi antara kumpulan nasyid terawal di Malaysia yang amat popular dan berjaya.

Walaubagaimanapun, kini ada ura-ura mengatakan Nazrey Johani, vokalis utama kumpulan raihan hidup merempat? Betul kah?

Perkara in timbul setelah gambar Nazrey mengadakan persembahan di pasar tani membuatkan ramai yang beranggapan bahawa kehidupannya kini sudah melarat.

Ini jawapan dari Nazrey:

“Jangan menilai seseorang itu melalui luarannya sahaja. Tetapi jujurnya saya memang tidak kisah apa juga persepsi orang mengenai diri saya. Melihat gambar saya membuat persembahan di pasar tani, saya juga sebenarnya tidak percaya Allah beri kekuatan buat saya untuk melakukan perkara tersebut”

“Sebenarnya tujuan utama saya turun ke pasar tani itu untuk bertemu dengan orang. Dalam masa yang sama memberitahu mereka mengenai kewujudan Al-Tahfiz Bayu Syahadah yang dibangunkan saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya dalam masa yang sama turun ke pasar itu, untuk meneruskan niat saya ini”

“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu,”

Menjelaskan bahawa kini dia masih lagi menerima royalti daripada lagu lagu Raihan (walaupun tidak seberapa), apa yang lebih penting adalah keikhlasan adalah untuk membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah.

Sekadar perkongsian, sehingga kini album Puji Pujian kumpulan Raihan telah pun terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia.

Malah Nazrey juga mengakui kini dia banyak mendapat tawaran menyanyi di dalam dan juga luar negara. -PENMERAHDOTCOM

The post Hidup Merempat, Ini Penjelasan Nazrey, Vokalis Raihan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2f2vnWG
via IFTTT

Gadis Ini Marahi Saya Setelah Ditegur..Saya TERKENCING Dalam Seluar.. – Ras Adiba

Gadis Ini Marahi Saya Setelah Ditegur..Saya TERKENCING Dalam Seluar.. – Ras Adiba

ras2

Penyalahgunaan tandas OKU sememangnya selalu berlaku. Apatah lagi selalunya tandas OKu luas dan tiada orang guna.

Memang akan ada mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan tandas tersebut.

Ini perkongsian dari selebriti Ras Adiba apabila dia bertembung dengan gadis yang menggunakan tandas OKu ini.

Jom baca:

KEJADIAN 22 OKTOBER

OKU toilet near the Food Court, New Block A, Pantai Medical Centre, Bangsar.

*Gadis ini memarahi saya kerana mengambil gambarnya tatkala menggunakan tandas OKU. Meninggikan suara & mengatakan bahawa bukannya OKU ada guna 24 jam jadi kenapa dia tidak boleh!* This young lady was irked because my husband took pics of her coming out from the disabled toilet. (This we do as evidence of able bodied misusing our toilets)

I asked if she was disabled. She instead turned around and shouted at him & said why do we have to take her pics. I told her this was to make sure that an able body doesn’t abuse our facilities.

She shouted back saying that this toilet is not 24 hours used by the disabled, so why can’t she use it! I told her that she cannot abuse what’s us & that she should use the normal toilets next door.

She kept screaming back rudely to me insisting that there’s nothing wrong with her using the disabled toilet. I said that I will make a complain and she said that she doesn’t care & dared me to!

I then went in the toilet & whilst in it I could hear voices outside asking rudely to my kids and my carer as why we must take pics of their colleague.

I came out from the loo and said to them that an able bodied MUST RESPECT the facilities meant for the disabled. They kept arguing defending their friend.

I said if you’re not disabled then please don’t ask to be disabled. There are reasons why the toilets are built for us but they kept on arguing with me and raising their voices!

All this could have been avoided if the girl just apologized for her mistake, not be so rude & egoistic. If I don’t stand up fighting for the rights of the disabled forever this will go on.

I don’t normally do this but when you have misused facilities which are meant for me and my people, and on top of that you verbally attacked me when i questioned you of my rights, you’ve just crossed the line. I strongly believe i should make you famous. I will also tell my community to be careful of you and people like you. You mess with me – you mess with my people!

KENYATAAN PADA 28 OKTOBER

Beberapa hari lalu saya paparkan kisah gadis yang tidak sopan terhadap saya & kemudahan OKU. Ceritanya diviralkan. Rakyat dalam & luar negara beri komen.

Ada yang sokong & ada yang kata tidak baik saya mengaibkan orang di khalayak. Untuk pengetahuan semua, saya tidak suka memburukkan orang. Tetapi kali ini saya hilang sabar.

Sampai bila kami harus di maki-hamun & diperlekehkan. Hak kami tidak dihormati! Berbalik pada insiden itu, saya lakukannya kerna sikapnya yang angkuh, ego & tidak menghormati kemudahan kami.

Beliau & kemudian dua rakannya, berteriak di depan anak-anak saya yang saya ajar menghormati kami & kemudahan kami. Sekiranya beliau mengaku silapnya, perkara ini takkan berlanjutan.

Saya pesakit Saraf Tunjang atau Spinal Cord Injury yang lumpuh separuh badan atau Paraplegic paras T10. Kalau kerap kali kami terpaksa tunggu untuk ke tandas akan membawa kepada infeksi pundi kencing/urinary tract infection.

Hari itu saya tidak menggunakan beg air kencing atau lampin. Segan saya nak bercerita di sini, tapi kerna dia gunakan tandas OKU (walaupun tandas sebelah kosong jam itu) saya TERKENCING di dalam seluar & kerusi roda saya basah.

Cuba anda bayangkan. Mana saya nak letak muka? Apalah tinggal pada maruah saya?! Saya 48 tahun & tidak mampu pertahankan diri saya dari dibuli daripada hendak ke tandas?!

Ada dia & rakan-rakannya ambil peduli akan masaalah saya sebagai OKU? Terserah pada anda untuk menilai apa yang telah berlaku. Saya pohon anda memahami.

Saya segan bercerita begini namun inilah realiti hidup saya & rakan-rakan OKU tempohi tiap hari. Justeru di Jumaat yang mulia ini, saya dengan rendah dirinya, memohon maaf pada gadis yang saya pampangkan wajahnya pada hari itu.

Gadis yang tidak bijak & yang entah ke mana diletak otaknya pada hari itu, kerna memarahi saya & kerna tidak prihatin dengan keperluan saya. Maaf saya juga pada anda semua kerna tidak beri pencerahan masaalah yang saya alami saat itu.

Saya malu, malu kerna terpaksa berkongsi keadaan sebenar saya waktu itu.

Biarlah saya mengalah. Doa saya pada si gadis – moga anda tidak akan menjadi OKU seperti saya! Assalamualaikum. (Kongsilah pengalaman saya agar menjadi iktibar)

Itulah kisahnya. Diharap hirmatilah kemudahan yang disediakan untuk OKU. -PENMERAHDOTCOM

The post Gadis Ini Marahi Saya Setelah Ditegur..Saya TERKENCING Dalam Seluar.. – Ras Adiba appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eSK1Dl
via IFTTT

Tips Penjagaan Penghawa Dingin, Mudah Dan Jimat Kos

Tips Penjagaan Penghawa Dingin, Mudah Dan Jimat Kos

aircondd

Di Malaysia, cuaca memang panas dan penggunaan penghawa diingin amatlah diperlukan.

Kalau ada pengahwa dingin ini, selain bil eletrik yang mahal, kos selenggara juga boleh tahan mahal.

laman FB: Daya Arus Engineering ada berkongsikan sedikit tips untuk jaga penghawa dingin.

Jom baca:

TIPS PENJAGAAN AIRCOND RUMAH / PEJABAT

Tahukah anda, ada beberapa tips yg perlu anda tahu supaya aircond tahan lebih lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.

Anda akan jimat kos penyelenggaraan aircond sekaligus menyelamatkan poket anda.

1) Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannya oleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah. Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.

2) Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP.

* contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU

3) Setelah suis utama dihidupkan, tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C, biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

4) Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.

5) Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.

6) Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor sama ada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter sama ada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.

7) Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi, rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.

8) Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.

9) Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.

Semoga tips yang diberikan dapat memberi manfaat. Jangan lupa cuba. -PENMERAHDOTCOM

The post Tips Penjagaan Penghawa Dingin, Mudah Dan Jimat Kos appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fgxj2C
via IFTTT

Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah

Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah

balistik1

Tentera Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh puak pemberontak Houthi ke arah kota suci Mekah.

Kejadian mengejutkan ini dikatakan berlaku malam tadi.

Memetik laporan Saudi Press Agency, peluru berpandu tersebut berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah.

Ianya telah dilancarkan dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi.

Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

Ini kenyataan pihak tentera:

“Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan.”

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu,”

Pemberontak Houthi juga mengaku melancarkan sebuah peluru berpandu dengan menyasarkan lapangan antarabangsa Jeddah. -PENMERAHDOTCOM

The post Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2el5vp0
via IFTTT

Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra

Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra

kln

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata.

Ini bersempena program Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’ Go With Me.

Baginda dan juga rakyat jelata telah berjalan sejauh 7 kilometer di program tersebut bermula jam 10 malam.

Walkaton bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.

Program tersebut turut disertai adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Datuk Ahmad Yakob iaitu Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain turut menyertai walkaton kali ini.

Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga ‘bermandi cahaya’ dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap ‘check point’.

Hujan lebat melanda di awal program namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.

Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri.

Untuk pengetahuan program ini turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records. -PENMERAHDOTCOM

image-3 image

The post Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eXt9cP
via IFTTT

Pegawai SPRM Belasah, Layan Isteri Macam Pelacur Kini Ditahan

144

BERIKUTAN kes viral seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa keganasan, polis Johor telah menahan suaminya yang juga petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.Menurut beliau, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di Batu Berendam, Melaka. Susulan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu untuk permohonan reman.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Wan Ahmad memaklumkan suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat turut tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar tahun lalu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Kes ini mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas isterinya, Shahilda Fadhil memuat naik status mendedahkan segala perilaku kejam suaminya termasuk beberapa gambar kesan lebam di badannya. Dalam status itu, Shahilda turut mendakwa diperlakukan seperti pelacur dan dipaksa untuk menghisap kemaluan anaknya di hadapan lelaki itu.

The post Pegawai SPRM Belasah, Layan Isteri Macam Pelacur Kini Ditahan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eFEAas
via IFTTT

Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Di Simbah Asid

142

Seorang gadis cantik, Intan Novita,  yang menjadi mangsa simbah asid kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22,  berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu. Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.

“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News. Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.

“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lari,” Menurut rakan Intan yang dikenali sebagai Ryan, dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.

 143

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin.

The post Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Di Simbah Asid appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eFBsez
via IFTTT

Friday 28 October 2016

Kenapa Bapa Tak Berlakon, Ini Jawapan Anak Zul Yahya..!!

Tips Rawat Rekahan Kaki Yang Berkesan Dan Murah

Tips Rawat Rekahan Kaki Yang Berkesan Dan Murah

tips

Kaki merekah memang senang terjadi. Perkara ini bukan terjadi kepada orang yang sudah berumur je, tetapi juga boleh terkena kepada orang muda.

Antara faktor kaki merekah ialah:

– Berdiri terlalu lama

-Kurang air dalam badan

-Berat badan bertambah

-Pijak lantai tanpa alas/pakai selipar

Jika anda tak mampu atau tak mahu membazir, anda boleh rawat sendiri di rumah.

Hanya gunakan 2 badan di rumah ni untuk merawat rekahan tapak kaki anda.

Bahan-bahannya

-1 liter susu
-3 sudu serbuk penaik

Caranya

Panaskan 1 liter susu di atas dapur. Apabila ia telah panas, tuangkan ke dalam mangkuk besar, untuk anda celupkan kaki.

Kemudian tuangkan serbuk penaik tadi dalam mangkuk yang mengandungi susu.

Kacau hingga sebati dan rendam kaki anda selama 10 minit.

Lakukan kerap kali untuk rawatan kaki anda yang merekah itu.

Amacam, Cara ini jimat kan? Bolehlah cuba. -PENMERAHDOTCOM

The post Tips Rawat Rekahan Kaki Yang Berkesan Dan Murah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dOMChS
via IFTTT

8 Foto Terkini Sarimah Ibrahim Setelah Setahun Jadi Isteri Tunku Jamie..SWEET SANGAT

8 Foto Terkini Sarimah Ibrahim Setelah Setahun Jadi Isteri Tunku Jamie

sarimah-pen

Masih ingat Sarimah Ibrahim?

Sarimah merupakan pengacara popular dan boleh berlakon, serta menyanyi.

Pengacara ini telah bernikah dengan Tunku Jamie atau nama sebenarnya Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada tahun 2015.

Sarimah menamatkan zaman solonya dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Kini setelah setahun lebih Sarimah bergelar isteri kepada Tunku Jamie.

Beliau dilihat sering berkongsi gambar bersama suaminya di laman sosial Instagram.

Semakin cantik,jelita dan berseri-seri Sarimah Ibrahim.

Jom lihat gambar terkininya. -PENMERAHDOTCOM

si-1

si-2

si-3

si-4

si-5

si-6

si-7

si-8

The post 8 Foto Terkini Sarimah Ibrahim Setelah Setahun Jadi Isteri Tunku Jamie..SWEET SANGAT appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fdGrW3
via IFTTT

Thursday 27 October 2016

Ini Komen Pelakon Kazar Tentang Kes Aidil Aziz

Ini Komen Pelakon Kazar Tentang Kes Aidil Aziz

kaza1

Umum mengetahui kes pelakon Aidil Aziz yang ditahan pihak polis kerana kes dadah.

Habis teruk Aidil dihentam di laman sosial termasuk di Instagramnya.

Hanya beberapa sahaja yang mendoakan agar Aidil sentiasa selamat.

Melihat keadaan ini, pelakon Kazar telah memberi komennya:

Ini komen Kazar:

Beratus dan mungkin akan jadi beribu komen utk kes yg belum pun masuk mahkamah utk dibicara…

hanya puluh dan ratusan kecil sahaja komen yg hamba Allah ini dpt pada setiap post kebajikan selama dia berkhidmat sebagai penghibur…

rata2 yg komen pedas adalah mereka2 yg tidak pernah mengenali dia sebelum ini…

adakah kamu hidup didunia ini hanya utk menunggu org lain melakukan kesilapan…

kenapa tidak kamu cungkil kebaikan2 mereka itu…kpd kamu2 ini…tolong update kpd dunia laluan kehidupan kamu selepas ini…sy sendiri amat teringin nk tau apa kesudahan episod dlm hidup kamu…kerana dlm drama atau movie setiap watak jahat akan kecundang akhirnya…

apa mungkin dlm reality kamu akan menjadi manusia paling mulia…yg saya tahu Allah tidak mempunyai sifat2 pembenci seperti kamu…adakah kita rasa kita lebih hebat dariNya sehingga kita sanggup memperaktikkan sifat2 keji itu..

mudah mudahan kita semua terselamat dari kemurkaan

Memang sungguh baik tulisan dari Kazar ini. Semoga baik-baik sahaja. -PENMERAHDOTCOM

The post Ini Komen Pelakon Kazar Tentang Kes Aidil Aziz appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eMPxaP
via IFTTT