Thursday, 13 October 2016

Isteri Pertama Dan Isteri Kedua Masih Belum Berjumpa – Adi Putra

Isteri Pertama Dan Isteri Kedua Masih Belum Berjumpa – Adi Putra

adi

Umum mengetahui, Adi Putra kini telahpun berkahwin dua. Namun ramai yang perasan, Adi tidak pernah memuatnaik gambar isteri keduanya di laman sosial Instagram.

Bertanya tentang hal ini, Adi berkata lebih baik untuk beliau membimbing isterinya daripada terlalu sibuk dengan media sosial.

Ini komennya:

Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial. Dalam hal ini, kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga.

Ditanya sama ada kedua-dua isterinya sudah bertemu, Adi menjelaskan, isteri pertama Aida Yusof dan kedua Nor Shahida Zolkifly masing-masing belum lagi berjumpa, malah biarlah masa menentukannya.

Adi tidak mahu terlalu memaksa isteri-isterinya.

Ini kata Adi:

Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir.

Semoga Adi berbahagia disamping keluarga tercinta. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Pertama Dan Isteri Kedua Masih Belum Berjumpa – Adi Putra appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dORLHW
via IFTTT