Petua Nak Cantikkan Kulit Dari Neelofa
Selebriti popular Neelofa telah berkongsi satu petua penjagaan kulit yang diamalkan supaya sentiasa kelihatan cantik dan gebu.
Pengacara dan pelakon ini memberi senarai bahan-bahan yang diamalkannya khas buat orang ramai yang sering bertanyakan apa rahsia kulitnya sentiasa kelihatan cantik.
Neelofa telah mengamalkan minuman jus kesihatan buatan sendiri.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah separuh batang timun, setengah biji ubi bit atau beetroot dan sedikit buah beri serta sayuran mengikut kesukaan masing-masing
Semua bahan itu dijadikan jus kemudian diminum setiap pagi.
Ini k0men Neelofa:
To those yang tanya at #asklofa about my skincare routine, this is my fav juice to do! All you need is
-half beetroot
-half cucumber
-berries
-some greens (your choice)
Do it a night before and minum in the morning, you will feel the difference. Selamat mencuba !!
Pelakon drama berseri Suri Hati Mr.Pilot itu berkongsi tips tersebut selepas terdapat peminat dan pengikut Instagram miliknya bertanya mengenai penjagaan kulit hariannya.
Nak kulit cantik macam Neelofa, jom amalkan. -PENMERAHDOTCOM
The post Petua Nak Cantikkan Kulit Dari Neelofa appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2e1fouR
via IFTTT