Ibu Kongsi Pengalaman “Meroyan Selepas Lahir Anak”
Selepas bersalin, si ibu boleh mengalamani tekanan perasaan yang sememangnya satu masalah kesihatan yang dikenali sebagai ‘postpartum depression’.
Kalau orang Melayu biasanya menggelarkannya “meroyan selepas bersalin”.
Kalau perkara ini terjadi, janganlah disalahkan ibu tersebut semata-mata kerana ini sememangnya satu kondisi medikal yang memerlukan perhatian rapi.
Jom baca luahan seorang ibu yang pernah mengalami masalah ini.
Postpartum Depression Is Real
Assalamualaikum Admin, terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya.
Nama saya Nabilla (bukan nama sebenar). Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki (baby) dan seorang perempuan 3 tahun.
Saya seorang ibu bekerjaya dan sekarang masih bercuti tanpa gaji sehingga 3 tahun demi untuk menjaga anak-anak sendiri terutamanya si baby. Tambah pula baby adalah fully breastfeeding. Suami saya menyokong penuh keputusan saya bercuti (ibarat berhenti kerja) kerana dia mampu dari segi kewangan dan mempunyai kerjaya yang baik dan stabil.Sejujurnya saya rindu dengan kerjaya saya sendiri, sebelum ini saya bekerja sebagai seorang Pegawai Sains di sebuah syarikat pharmaceutical di mana workload adalah sangan ringan, kerja sangat relax, staff tidak ramai dan tempat kerja yang dekat. Gaji pula boleh tahan. Tapi demi anak-anak dan suami, saya lepaskan kerjaya tersebut. Semoga Allah murahkan dan permudahkan rezeki dan urusan saya membesarkan anak-anak.
Masalah Bermula
Cerita depresi saya bermula sejak saya mula mengandungkan anak kedua. Waktu itu saya masih bekerja, dan mengalami alahan mengandung yang amat teruk. Suami yang kasihan dengan saya cepat-cepat mengambil seorang pembantu rumah Indonesia untuk membantu meringankan beban saya menjaga anak seorang diri (suami bekerja jauh di negeri lain) dan menguruskan anak-anak.
Pembantu tersebut saya gelar Kak Aisyah. Kak Aisyah bagus, kerja tip top dan menjaga anak saya dengan baik.
Segalanya berubah setelah Ibu Mertua saya datang tinggal sekali dengan kami (saya, anak sulung dan bibik), suami hanya pulang setiap sabtu dan ahad.
Dipendekkan cerita, bibik kami jadi suka melawan, selalu tidak puas hati dengan segalanya yang ada di rumah dan majikan, saya suspek kerana di “cucuk” oleh ibu mertua. Ibu mertua cakap bibik makan banyak, suka bersembang dengan bibik sebelah, malas bekerja etc etc etc.Bibik Berhenti
Akhirnya bibik bekerja hanya selama 5 bulan, kerana saya sudah tidak tahan dengan perangai dia. Waktu itu saya sudah mengandung 8 bulan dan keadaan saya boleh dikatakan sangat sarat mengandung. Saya menangis sedih saat menghantar bibik untuk pulang. Mengenangkan keadaan saya yang sendiri menguruskan semuanya kerana suami kerja jauh.
Saya fikir ibu mertua saya akan menemani saya sehingga saya bersalin tapi tidak. Ibu mertua terus mahu pulang dan tinggal di rumah anaknya yang lain kerana kami sudah tiada bibik! Ibu mertua pulang sehari selepas bibik pulang. Nampak tak permainan ibu mertua saya di sini?
Saya sedar saya sangat tertekan waktu tersebut tapi saya tidak menunjukkan simptom-simptom tertekan kepada sesiapa terutama kepada suami. Saya hadap semuanya sendiri dan suami ingat saya OK.Kemudian saya pun selamat melahirkan anak kedua pada minggu ke 36 (week 36), kata Doktor saya bekerja terlampau kuat, terlampau banyak berjalan dan stress sehingga saya terpaksa bersalin lebih awal dari due date.
Tapi tidak mengapa, saya sihat dan baby pun selamat Alhamdulillah.
Kesilapan Terbesar
Episode kedua bermula apabila kami mengupah seorang confinement lady melalui FB. Ya, saya temui confinement lady(CL) tersebut melalui FB. Kesilapan terbesar saya adalah kami mengupah CL tanpa melakukan “background check” terlebih dahulu.
Dan kesilapan paling paling paling teramat besar adalah membayar full kepada CL tersebut kerana mudah percaya kepada orang.
Kami upah CL untuk menjaga saya dalam pantang selama 14 hari dan dipendekkan cerita CL tersebut merupakan seorang penjenayah yang baru sahaja keluar masuk jail dan con person kerana konon melakukan bisnes menjaga orang berpantang tetapi selepas dapat duit, dia akan lari.
Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa tertekannya saya, dan saya tahu saya sudah mengalami depresi tertinggi dalam hidup saya sebab saya rasa benci untuk hidup, saya mula mempersoalkan kenapa saya tidak mati sahaja semasa melahirkan, kenapa mak saya melahirkan saya, kenapa saya berkahwin dan melahirkan anak, dan banyak lagi penyesalan yang bermain di dalam minda. Semuanya bersifat penyesalan.
Anak saya yang kedua sudah masuk 7 bulan dan saya masih stress dan selalu berimaginasi untuk menoreh tangan, saya berimaginasi yang saya memandu kenderaan dan kereta terjatuh ke dalam lombong dan mati lemas, saya pernah melintas jalan yang sibuk dan menutup mata dengan harapan ada kenderaan yang akan melanggar saya, malangnya tiada.
Postpartum depression terjadi dan boleh berlaku. Dan ianya berlaku terhadap saya. It is real.
Nasihat
Di sini ingin saya nasihatkan kepada semua para suami, para ibu bapa mertua, para ibu dan bapa.
Tolonglah kami, wanita yang mengandung dan baru melahirkan.
Tolong lah datang jenguk kami, sekiranya jauh, tanya lah khabar, berilah kami semangat dan dorongan, sesungguhnya kami baru melahirkan seorang anak dan bergadai nyawa semasa melahirkan anak anak kamu, cucu cucu kamu.
Duhai suami, Doakan la isteri kamu wahai suami, berilah sokongan moral, tidak susah pun untuk menggembirakan isteri, berilah bunga, coklat, masakkan untuk isteri, tolong uruskan anak dan rumah sekali sekala. Tidakkah itu isteri kamu yang kamu janji sehidup semati dan yang telah kamu nikahi.
Duhai ibu ayah dan ibu ayah mertua, jenguklah anak anak mu, menantu menantumu yang baru melahirkan, bukan kami yang bawa cucu cucu kamu menjenguk kamu setelah berbulan bulan lamanya.
Tidakkah cucu itu cucu kamu, darah daging kamu?
– Puan Nabilla –
The post Ibu Kongsi Pengalaman “Meroyan Selepas Lahir Anak” appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2dnqpmO
via IFTTT