Sunday, 23 October 2016

Ketika Isteri Marah, Jangan Lari Bro!

Ketika Isteri Marah, Jangan Lari Bro!

isteri

Pasangan suami isteri kalau gaduh memang pelbagai ragam ada.

Ada juga yang ambil pendekatan keluar dari rumah kononnya untuk tenangkan diri dan perasaan.

Di sini ada satu perkongsian dari seorang sahabat yang mengatakan jangan lari kalau isteri tengah marah.

Jom baca:

Ketika Isteri Marah, Jangan Lari Bro!

Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk! kepala tu kena pinggan alcopal, takpe. Bro jauh sikit. Mungkin dia tak selesa tapi tolong! Janganlah lari. Jangan start enjin nak ke mamak atau futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!

Sebab masa ni isteri kita bukan lagi Habibah, hamidah atau qasidah. Dia marah dah!

Bro kena tengok je apa dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap je. Walapun pahit! Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Dah diam, tiba-tiba dia cakap ‘ kenapa abg diam? cakaplah!, masa tu bro cakaplah balik. Dan benda ni akan berulang-ulang sampailah ke sudah. Sabar je, takde lain dah.

Masa isteri marah, dia akan hilang 2 perkara utama. Akal dan tindakan. Dia akan melulu dan tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawak anak-anak masuk bilik dan kuncikan mereka.

Berapa lama?

InsyaAllah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua masa Manchester Leading, dia dah mula ok. Masa tu, bro pulak layan!

Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak, sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!

Datang dekat, pegang tangan dia, dan sapu airmata yang sudah kering menangis dari tadi tu. Dan tolong ya bro, pegang tangan je. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.

Cakap dengan hati, atau kalau takde ayat, cuba tengok-tengok kat dinding atau tv, kot bait-bait lagu Aiman tino ada. Cuma jangan merapu, tu je. Silap-silap kena penampau ubi sekali lagi.

InsyaAllah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya dibahu bro. Dia akan menangis lagi, kali ni kuat skit. Mungkin meraung, masa ni bro nak nangis sekali pun takpe.

Selesai tu, ajak isteri jumpa anak-anak. Minta maaf dengan mereka. Mereka tak salah. Cium mereka dan peluklah mereka.

Hati tu jangan keras sangat bro. Buatlah taman sikit. Haish!

Sumber: Abu Hurairah

The post Ketika Isteri Marah, Jangan Lari Bro! appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2exi5Uo
via IFTTT