Saturday 29 October 2016

Inilah Pengaruh Instagram, Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram

Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram

nabil

Selepas kehilangan 1.2 juta pengikut di laman Instagram, Nabil Ahmad mendedahkan telah mengalami kerugian.

Dikatakan kontrak bernilai RM200,000 terpaksa dibatalkan selepas akaun Instagram digodam, baru-baru ini.

Nabil memberitahu, laman sosial itu turut menyumbang sebahagian daripada sumber pendapatannya membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan.

Ini komennya:

Kerugian

“Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu.

“Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya,”

Akaun Baru Dah Dapat 170,000 Follower

“Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk mempromosikan barangan mereka. “Bukan mahu membanggakan diri, tetapi kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan,”

Semoga Nabil berjaya mendapatkan semula jumlah follower seperti dulu. -PENMERAHDOTCOM

The post Inilah Pengaruh Instagram, Nabil Rugi RM200 Ribu Gara-Gara Instagram appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eZUIlG
via IFTTT