Monday, 10 October 2016

Kerana Tolak Lamaran, Gadis Dibelasah, Dibunuh Kejam

Kerana Tolak Lamaran, Gadis Dibelasah, Dibunuh Kejam

gadis

Seorang gadis yang merupakan pekerja pusat kecantikan yang ditemui mati Ahad lalu di bilik tempat kerjanya di Tanjung Aru, Sabah.

Mangsa maut disyaki telah dibunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian atas gusi selain tulang hidung patah dan satu gigi tercabut akibat dihentak benda tumpul.

Ini komennya:

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan dicekik oleh suspek.

“Berdasarkan daripada maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan dua suspek dalam tangkapan berasingan di Kota Kinabalu,”

Melalui siasatan awal, motif disebabkan seorang suspek yang juga suspek utama tidak puas hati apabila lamarannya ditolak oleh gadis berkenaan.

Kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa bernama Norfazlina Abantas yang berumur 20 tahun. Mangsa ditemui pengurus pusat spa berkenaan, pada 11.38 pagi, hari kejadian, selepas dihubungi seorang daripada pekerjanya.

The post Kerana Tolak Lamaran, Gadis Dibelasah, Dibunuh Kejam appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2elWPlW
via IFTTT