Friday 30 June 2017

Dituduh Mempermainkan Loghat Utara Dalam Program 'Raya Sakan Mak Cun' Oleh Netizen, Erma Fatima Tampil Mohon Maaf


Pengarah dan pelakon drama bersiri popular Mak Cun, Erma Fatima telah membuat permohonan maaf selepas dia telah dikecam oleh sesetangah netizen gara-gara terlalu ''over'' apabila bercakap dialek Utara dalam program Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan 24 Jun lalu, lapor Harian Metro.

Ada netizen mendakwa tindakan beliau dan pelakon-pelakon lain yang menjerit-jerit apabila bercakap telah memberi tanggapan negatif tentang orang Utara selain sebutan dialeknya tidak betul.

Selain itu, netizen yang kebanyakannya berasal dari Kedah juga mendakwa loghat utara yang ditutur mereka nampak terlalu dibuat-buat dan ada juga yang mendakwa percakapan pelakon-pelakon dalam program itu seperti menghina loghat utara.

Erma dalam perbualan telefon dengan wartawan menyatakan dia telah memberikan yang terbaik untuk menjayakan program tersebut yantelah ditayangkan secara langsung.

Menurut Erma, dia sedar mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak di mana semua pelakon yang terbabit bukanlah berasal dari utara tanah air.

“Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu.

“Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa yang sangat lama,” katanya.


Program Raya Sakan Mak Cun itu telah menampilkan pelakon-pelakon drama Mak Cun yang lain seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisy Samundur Khan dan Haidar.

Sejak semalam tersebar keratan gambar yang menyatakan kalau nak belajar dialek Utara perlu dengar percakapan pelakon Farid Kamil yang berasal dari Alor Star.

Keretan berkenaan menjadi perbincangan hangat di media sosial, ada juga netizen yang menyatakan Mak Cun hanyalah lakonan semata-mata.

“Janganlah dibandingkan saya dengan Farid kerana dia memang berasal dari Kedah, saya sedikit terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang ingin menegur tetapi menggunakan bahasa kasar.” 

“Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukanlah dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster.

“Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul. Inilah yang membuatkan ramai generasi baru kita membesar menjadi pembuli,” katanya Erma lagi.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton program itu.

“Walaupun mengecam program itu, tetapi mereka tetap menontonnya dan itu lebih penting. Bukan senang nak buat orang menonton sesuatu program dari awal hingga akhir, tidak kiralah dalam keadaan benci atau suka,” katanya lagi yang kini berada di Milan, itali. 

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sbL3xL
via IFTTT

8 Dosa Paling Banyak Dilakukan Para Isteri Pada Suami. Jangan Abaikan Info Ini, WANITA WAJIB BACA


Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah hal biasa saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.

Semoga 10 daftar dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita hindari agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.

1. Menafikan kebaikan suami

“Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.”

Para sahabat bertanya: “Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?”

Rasul menjawab: “(Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia mengatakan, ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.’”

2. Tidak menghormati keluarga suami

Seorang suami harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian isteri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua orang tua suami. Jangan sampai isteri memonopoli suaminya sehingga ibu dan bapanya sendiri tak dapat mendapatkan hak mereka terhadap anak lelakinya.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?”

Rasulullah menjawab, “Suaminya” (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki?” Rasulullah menjawab, “Ibunya” (HR. Muslim)

Seorang sahabat, Jabir Ra menceritakan: Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah Saw, dia berkata, “Ya Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?

Rasulullah menjawab, “Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu”. (HR. Ibnu Majah dan At- Thabrani).

3. Keluar rumah tanpa izin suami

Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.

“Seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.”

Hadis di atas menyangkut semua bentuk safar. Wallahu a’lam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)

4. Menolak ajakan suami berhubungan

Rasulullah saw bersabda: “Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya kemudian dia menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga subuh.” (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).

5. Berhias bukan untuk suami

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …” (QS. Al-Ahzaab: 33)

6. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami

Tak kurang ramai isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka azab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual.” [HR. Muslim]

7. Membangkang terhadap suami (nusyuz)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4: 24).

“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (QS. An Nisa’: 34).

8. Menggugat cerai tanpa alasan syari

“Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa kondisi mendesak maka haram baginya bau syurga” (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).

Astaghfirullah, semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t0POgt
via IFTTT

Sungguh Luar Biasa, Kisah Keajaiban Rezeki Setelah Melakukan Solat Dhuha


Seorang pemuda mendengar bahwa sholat dhuha membuka pintu rezeki. “Kalau kondisi belum bekerja seperti saya saat ini, rezekinya apa ya?” demikian pertanyaan dalam dirinya. Namun karena yakin dengan tausiyah ulama tersebut, ia pun menjalankan sholat sunnah yang bernilai 360 sedekah itu.

Setelah rutin mengerjakan sholat dhuha, ternyata ia benar-benar mendapat rezeki baru. Apa bentuknya? Mendapat pekerjaan. Ia bekerja.

Setelah sekian lama bekerja, karena kesibukannya, ia tidak sempat lagi sholat sunnah itu. Qadarullah, pekerjaannya juga berhenti.

Saat nganggur, ia ingat kembali untuk menjalanankan sholat dhuha. Ia pun kembali merutinkan sholatnya orang-orang awwabin itu dan ajaib, ia dapat kerja lagi. Namun, sempat terhenti lagi sholat dhuhanya dan kembali ia nganggur.

Dibiasakan lagi sholat dhuha dan ia dapat pekerjaan ini. “Kini, ia menjadi direksi di sebuah perusahaan ekspedisi nasional,” kata Ustadz Yusuf Mansur tanpa menyebut nama pemuda itu.

***

Suatu saat setelah khutbah Jum’at, seseorang mendatangi Ustadz Yusuf Mansur.

“Ustadz, ternyata shalat dhuha tidak hanya mendatangkan rezeki. Tapi juga anak”

“Bagaimana ceritanya?”

“Saya tidak punya anak, Ustadz. Dan saya kesulitan sholat tahajud. Saya pikir, kalau saya kehilangan shalat tahajud, masa saya juga kehilangan sholat dhuha? Maka saya mendawamkan shalat dhuha,” tuturnya.

Setelah shalat dhuha, pria tersebut berdoa memohon kepada Allah dikaruniai anak. Hal itu dilakukan terus menerus. Setelah dhuha, berdoa minta anak. Setelah dhuha, berdoa memohon diberi anak.

“Setelah satu tahun, Ustadz, alhamdulillah saya dikaruniai anak. Jadi anak saya ini hasil dhuha, Ustadz,” simpulnya.

“Alhamdulillah. Itu juga bagian dari rezeki. Karena anak itu juga disebut manusia sebagai rezeki,” sahut Ustadz Yusuf Mansur.

***

Sudahkah kita membiasakan shalat dhuha? Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah berwasiat kepadanya.

“Kekasihku –Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam- mewasiatkan tiga hal padaku: berpuasa tiga hari setiap bulannya, melaksanakan shalat dhuha dua raka’at dan sholat witir sebelum tidur.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam hadits qudsi, Allah menjadi kecukupan hamba yang menjalankan sholat dhuha.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad).

Sudahkah kita membiasakan sholat dhuha? 

Sumber: Kisahikmah


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2svXiVm
via IFTTT

Awak Pernah Tidur Dengan Mana-Mana Lelaki?


Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain.

Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.

Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.

Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.

Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September.

Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang betul ke saya nak kahwin?

Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan pada saya ialah,

“Saya ingatkan mak saya pilih orang yang bertudung,” katanya.

Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri.

“Kalau tak sesuai, kita boleh putus,” ringkas saya balas.

Dia hanya menggelengkan kepala.

Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu.

Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya.

Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur.

“Awak pernah tidur dnegan mana-mana lelaki?”

Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.”

Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri.

Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi.

Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akab berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.

19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon.

Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.

Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab.

Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.

Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri. Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia.

“Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,” katanya.

Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.

Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya.

Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes.

Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna, penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.

Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah.

Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka.

Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t0NZQv
via IFTTT

Pelajar Dapat Bantuan ALLAH S.W.T Ketika Sedang Mengambil Peperiksaan


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya…

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya…

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan…

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya…

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah…

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya…

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sw6HfG
via IFTTT

Nauzubillahminzalik!! Inilah Dosa Yang 1000 Kali Lebih Besar Dari Berzina


Perilaku zina merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang sangat dibenci Allah. Begitu banyak ayat dalam Alquran menjelaskan tentang hukuman yang akan diterima para pelakunya baik saat di dunia maupun ketika di akhirat.

Jika dilakukan oleh orang yang belum menikah, maka pelaku zina harus disebat di hadapan penduduk sebanyak seratus kali. Sementara bagi yang sudah menikah namun melakukan zina dengan yang bukan muhrimnya, maka hukumannya dirajam sampai mati.

Bahkan dalam sebuah riwayat dijelaskan bahwa Nabi Musa as tidak memaafkan pelaku zina karena dianggap sangat hina. Ia mengusir wanita pelaku zina yang ingin bertaubat dan meminta petunjuk darinya. Hal ini membuktikan bahwa zina merupakan dosa besar yang sulit diampuni.

Namun demikian besar ancaman dosa yang akan diterima oleh pelaku zina, namun ternyata ada dosa yang besarnya 1000 kali lebih besar dari dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa yang 1000 kali lebih besar dibanding zina? Berikut ulasannya.

Ternyata dosa yang sedemikian besar tersebut adalah dosa orang yang sengaja meninggalkan solat lima waktu. Solat merupakan kewajiban utama umat Islam yang menjadi tiang agama Allah ini. Meninggalkannya sama dengan meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah SWT menjadi murka. Tidak hanya saat di dunia, hukuman bagi orang yang meninggalkan solat, di akhirat juga sangat pedih.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahwa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang dihentakkan kepala mereka pada batu, Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Riwayat Tabrani).

Dalam riwayat yang lain juga dijelaskan bagaiamana kejamnya siksaan bagi mereka yang meninggalkan shalat. Ibnu Abbas r.a. berkata Jika langit sudah terbuka, maka malaikat akan datang dengan membawa rantai sepanjang 7 hasta. Rantai ini akan digantungkan kepada orang yang tidak melaksanakan shalat. Kemudian dimasukkan dalam mulutnya dan akan keluar dari duburnya. Kemudian malaikat mengumumkan, “ini adalah balasan orang yang melanggar perintah Allah.” (Ibnu Abbas r.a).

Nisbah dosa yang diterima oleh orang yang meninggalkan solat adalah antara lain adalah sebagai berikut:

Jika satu kali meninggalkan solat subuh, maka hukumannya adalah masuk neraka selama 30 tahun, sedangkan satu hari di neraka sama dengan 60.000 tahun di dunia. Artinya satu kali tidak melaksanakan solat subuh, maka kita akan tinggal 60 ribu tahun di neraka.

Meninggalkan satu kali solat zuhur, sama dosanya dengan dosa membunuh 1.000 umat Islam

Dosa satu kali meninggalkan solat asar sama dengan dosa meruntuhkan Ka’bah

Dosa satu kali meninggalkan olat maghrib sama dengan dosa berzina dengan ibunya (jika laki-laki) atau berzina dengan ayahnya (jika perempuan)

Satu kali meninggalkan solat isya, tidak akan di-ridhoi oleh Allah untuk tinggal di Bumi dan akan didesak mencari bumi atau tempat hidup yang lain.

Semoga kita menjadi orang-orang yang senantiasa mendirikan solat, melaksanakannya tepat waktu, serta mampu mengajak keluarga lainnya untuk salat tepat waktu. Semoga saja tulisan ini bermanfaat dan terima kasih sudah membaca.

Sumber: http://suaramedia.org/


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tzoaIW
via IFTTT

Jadi Seorang Pelupa Bukannya Tak Cerdik, Tapi Sebenarnya Lebih Bijak Bila Buat Keputusan - Kajian


Seringkali orang-orang yang pelupa atau tidak mempunyai memori yang kuat disifatkan sebagai kurang cerdik kerana memori yang 'rosak'. Bagaimanapun, satu kajian terbaru menyatakan sebaliknya.

Satu kajian terbaru di dalam jurnal Neuron, yang berdasarkan penelitian terhadap subjek, menyimpulkan bahawa 'asyik terlupa' merupakan satu bahagian penting dalam pembelajaran.

Hasil kajian ini sedikit sebanyak memberi pencerahan terhadap persoalan mengapa ramai orang yang cerdik mempunyai masalah memori ini. Sebagai contoh: Albert Einstein.

Salah seorang penulis kajian itu, Professor Blake Richards, dari Universiti Toronto berkata: "Ianya penting untuk otak melupakan butiran yang tidak penting dan memfokus terhadap perkara yang akan membantu dalam membuat keputusan di dunia nyata."

Malah, tujuan 'memori' kita bukan untuk mengingati fakta, tetapi untuk mentransmisi memori tertentu supaya boleh membantu membuat keputusan yang lebih bijak.

Jadi, otak bukannya tidak berfungsi dengan elok apabila ia menjadi pelupa, tapi ia mungkin sedang cuba untuk mengoptimumkan penggunaan supaya boleh fokus kepada perkara lebih penting atau membuat satu gambaran besar bagi memudahkan pemahaman terhadap satu-satu perkara.

Apa maklumat yang 'dibuang' terpulang kepada situasi.

Kajian itu memfokuskan kepada memori 'transience', yang secara asasnya menyimpulkan bahawa kebolehan untuk membuang memori tertentu penting untuk kebolehan membuat keputusan yang lebih sempurna.

Tetapi, jangan sesekali lupa hari jadi isteri & ulang tahun perkahwinan.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sqVnGb
via IFTTT

Kesian Biras Saya, Suami Paksa Ikut Keluar Beraya Walaupun Isteri Baru 16 Hari Berpantang


Wanita yang baru lepas bersalin memerlukan tempoh untuk berpantang, iaitu tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental.

Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala selepas mengembang mengikut saiz bayi yang dikandung selama 9 bulan sebelum itu.

Mengikut cara perbidanan Melayu, wanita beralin perlu berpatang selama 44 hari untuk memastikan semuanya kembali kepada sedia kala, jadi tempoh ini adalah penting bagi wanita berehat dan menjaga makan.

Namun, sebuah cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita ini buat hati rasa pilu di mana wanita ini menceritakan birasnya yang merupakan seorang ibu yang baru 16 hari bersalin dipaksa suaminya untuk keluar beraya, bahkan semasa baru bersalin dia dipaksa naik motosikal oleh suaminya untuk pulang.

Jom kita baca.


Giler punya laki..bod*h...

Saya sangat kasian kepada biras saya, hari ini masuk hari ke 16 hari dia berpantang, tapi suaminya paksa dia ikut beraya, yang sedihnya suami dia kata kalau tak ikut beraya lebih baik tak payah beraya sampai bila-bila.

The F**K punya perangai suami,(maaf tercarut sebab emo), waktu saya ambil gambar ini si ibu keletihan sangat-sangat.

Bukan dia boleh makan menu-menu raya dan kuih pun, yang sadisnya si ibu yang kena dukung anak ini dan hampir jam 10 malam, cuba bayangkan adik ipar jenis tak boleh tegur ini, baby dibawa beraya kehulu kehilir berganti rumah, tak faham betul lelaki jenis ini.

Sebelum ini dia paksa isteri dia balik rumah mentua naik motosikal, bayangkan jahitan belum kering, biras saya ini orangnya lembut, keluarga suami saya ini ramai yang bidan, jadi sedikit sebanyak saya boleh bagi nasihat tentang pantang larang dalam berpantang., tetapi suami dia jenis tak terima pandangan dan nasihat orang.

Saya mohon sangat-sangat ibu-ibu dalam group ini dan saya yakin ada bapa-bapa yang follow group ini juga, mohon sangat, berdoalah supaya suami dia (adik ipar saya) lembut hatinya dan faham keadaan tubuh seorang ibu yang sedang berpantang.

Mohon sangat-sangat kita sama-sama berdoa, mudah-mudahan doa dari ramai orang buat hari si suami terbuka untuk faham keadaan isterinya.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tzcm9y
via IFTTT

Cara Mudah Dan Berkesan Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bawang Putih. Terbukti Kesan Dalam Sehari Je


Bawang putih merupakan jenis rempah-rempah yang memiliki kandungan anti-bakteria dan anti virus, kedua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencegah dan mengatasi jerawat pada kulit anda.

Selain itu, bawang putih juga memiliki kandungan allicin yang juga merupakan suatu zat organisulfur yang mampu menghaluskan dan melembutkan kulit bejerawat.

Sedangkan kandungan minyak atsiri yang tersimpan di dalamnya mampu mengeluarkan kadar minyak berlebihan pada kulit wajah, kandungan minyak berlebih inilah punca utama penyebab timbulnya jerawat.

Berikut ini merupakan beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk menghilangkan jerawat dengan menggunakan bawang putih :

Menggosokkan Pada Wajah

Cara pertama, anda siapkan terlebih dahulu 1 ulas bawang putih, lalu kupas iris tipis. Setelah itu, bersihkan terlebih dahulu kulit wajah yang berjerawat dengan air hangat dan gosok-gosokan hirisan bawang putih pada jerawat. Kemudian biarkan selama semalam, lalu bersihkan pada keesokan harinya dengan air dingin dan sabun pembersih muka. Lakukan cara ini secara rutin setiap malam sebelum tidur, jika jerawatnya tidak terlalu parah biasanya pada keesokan harinya jerawat akan surut dengan sendirinya.

Menampalkannya

Cara selanjutnya iaitu dengan menumbuk halus bawang putih, lalu tempelkan pada jerawat dan biarkan selama 20-30 minit agar kandungan di dalamnya dapat meresap kedalam kulit. Lakukan perawatan ini secara rutin setiap malam sampai jerawat mengempis dan hilang.

Menjadikan bahan untuk masker wajah

Caranya iaitu : siapkan 3 ulas bawang putih, lalu haluskan dengan cara ditumbuk atau diblender sampai benar-benar halus. Setelah itu, tambahkan sedikit minyak zaitun dan aduk hingga kedua bahan tersebut sekata. Selanjutnya, bersihkan terlebih dahulu kulit wajah sebelum disapu masker bawang dengan menggunakan air hangat. Kemudian maskerkan campuran bahan tersebut keseluruh permukaan kulit yang terdapat jerawat, lalu biarkan selama 30 minit dan bersihkan kembali dengan air hangat tanpa menggunakan sabun. Lakukan perawatan ini secara rutin setiap hari setiap malam sebelum tidur.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sqD1oI
via IFTTT

Langkah-Langkah Menyediakan Jamu Untuk Cairkan Lemak Di Perut, Lepas Ini Tak Payah Risau Bab Buncit!


Puas diet dan bersenam, lemak degil tetap bergerak? Apa kata kalau anda cuba petua tradisional ini, yang mana impaknya lebih berkesan dan bagus untuk kesihatan. Petua hebat ini dikongsi oleh Puan Nor Zuraida SirnaHerb, siapa usaha dia dapat!

Bismillah… Lepas baca jangan lupa share ya

Jamu ini cepat turunkan berat badan taww. Ini memang saya amalkan sebab sebelum ini saya pakai seluar mesti tersekat di perut.

Lepas saya minum jamu ni setiap hari sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah. Macam miracle je tak sampai seminggu boleh pakai seluar size yang sama. Zip tu tak kena isi ‘perut montel’ lagi.

Okay, jom saya share resipi ni. Jamu ni bagus untuk mereka yang dalam berpantang/ibu yang masih menyusukan bayi. Jom kita buat. Masih belum terlambat buat sebab malam ini dah boleh minum. Mana tahu esok pagi bangun terusss… slimm! Lagi best, resipi ini boleh buat steam badan tau!

Bahan-bahan:

7 sudu besar halba campur
1 sudu besar bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kunyit
Seuncang Teh Sanaa (Raja Herba) – Herba wajib, tak kena cara tak menjadi
5 biji bunga lawang







Cara Buat:

1. Semua bahan direbus dalam periuk yang airnya 2 LITER. Rebus selama 9 -11 minit. Biarkan suam.

2. Kemudian masukkan sedikit ke dalam cawan dan tambah 1 sudu madu dan nak sedap lagi perah 1 slice lemon atau limau nipis.

3. Kacau lawan jam beserta niat untuk kesembuhan setiap pagi dan malam sebelum makan. In Sha Allah. Semakin slim. Boleh simpan dalam peti dan rebus kembali esoknya. Bahan boleh tahan 3 hari ja. Pastu buat lain, ya.

Okay semua. Jom kita cairkan lemak!Masukkan bahan rebusan dalam baldi pastu pakai kain batik buat macam berkemban dan berdiri. Gaya begini boleh bertangas sekali. Wahh… lagi cepatlah lemak lemak degil itu cair. Bila steam, pori pori terbuka jadi khasiat rempah ini akan buat kerja-kerja dia. Badan pun rasa ringan je.

Ini kira jamu 4 in 1. Boleh minum, steam, tangas dan boleh buat mandian rempah.Mudahnya nak sihat hanya di rumah. Mudahnya nak berpantang di rumah. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Umur dah baligh boleh minum untuk kesegaran badan. Semoga bermanfaat!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t07FnK
via IFTTT

Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed Berharga RM200,000 Ketika Mencuba


Seorang pelancong wanita pengsan secara tiba-tiba selepas secara tidak sengaja terpecahkan sebentuk gelang jed yang berharga 300,000 yuan (RM200,000).

Menurut Shanghaiist, kejadian itu berlaku ketika pelancong itu sedang melawat sebuah kedai jed di Yunnan, Ruili pada Selasa.

Laporan berkata, wanita itu sedang mencuba gelang jed itu di tangannya untuk melihat bagaimana ia kelihatan. Bagaimanapun, selepas mencuba, penjaga kedai memberitahunya bahawa gelang jed itu berharga 300,000 yuan.

Mendengar harga melampau itu, wanita tersebut cepat-cepat membuang gelang tersebut dari tangan namun malangnya gelang itu terjatuh ke atas lantai dan pecah dua.


Sejurus selepas itu, wanita terbabit mengalami serangan panik. Dia kemudian tiba-tiba pengsan dan jatuh di atas lengan salah seorang pelanggan lain.


Pegawai hospital tiba di tempat kejadian dan membawa wanita itu ke hospital namun mendapati mereka tidak menemui apa-apa masalah fizikal pada wanita itu.

Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum bersetuju dengan jumlah pampasan. Sebuah syarikat penilai pihak ketiga telah menilai gelang pada 180,000 yuan. Sementara itu, keluarga wanita itu menawarkan untuk membayar 70,000 yuan. Bagaimanapun, Netizens berfikir gelang itu nampak seperti bernilai 30 yuan.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tyWALO
via IFTTT

Hati-Hati Dengan Dua Makhluk Ini Di Highway Seremban.


Bagi pengguna jalan raya di Seremban dan Senawang, anda semua di minta agar berhati-hati dengan individu yang cuba menawarkan diri bagi membaiki kenderaan anda yang mengalami kerosakkan.

Ini kerana terdapat dua individu yang merupakan pengendali towing serta mekanik yang pada mulanya kelihatan seperti hendak membantu dengan menawarkan diri membaiki kenderaan yang rosak.

Namun disebalik kebaikan mereka itu terdapat agenda yang tersembunyi iaitu kelicikkan mereka mengenakan cas yang berganda terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Salah seorang pengguna jalan raya yang telah menjadi mangsa mereka mendedahkan bahawa mereka ini telah mengenakan cas membaiki kereta sebanyak RM3000 kepadanya sedangkan kerosakkan terbabit jika di baiki di tempat lain hanyalah RM350.

Individu terbabit dikatakan bergerak aktif di highway belah Seremban dan Senawang mencari mangsa, namun yang menjadi tanda tanya adalah tiadakah sebarang laporan mengenai mereka di adukan kepada pihak berkuasa seperti polis, JPJ mahupun SPAD.

Nanti

kalau ada individu yang berani ambil tindakan sendiri lain pula jadinya, tak pasal-pasal mangsa yang kena tipu ini pula yang masuk lokap sebab bertindak kasar.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang di penjara dua tahun hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Ada juga segelintir nitezen yang memberikan komen menyeru kepada ahli parlimen yang ada sekarang ini supaya memperbaiki undang-undang di negara kita ini yang di anggap sudah ketinggalan zaman serta tidak masuk akal ini daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Mangsa-mangsa yang di tipu oleh dua individu ini merasakan diri mereka ditindas kerana walaupun mereka di tipu ribuan ringgit namun tidak dapat berbuat apa-apa, nak bergaduh pun nanti dia orang juga yang kena balik.

Diharap pihak berkuasa dapat mengekang perbuatan individu terbabit supaya tiada lagi mangsa yang tertipu dengan mereka berdua ini.- grup info IFT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ttKbIw
via IFTTT

‘Jika Cucu-cucu Saya, Dah Lama Kena Tangan’ – Chef Wan


Bila datang beraya di rumah orang, ibu bapa perlulah mengawal dan menjaga kelakuan anak mereka agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga mengundang rasa tidak senang tuan rumah.

Baru-baru ini Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Pernah dia terpaksa menegur anak-anak tetamunya dengan cara baik. Bagaimanapun katanya, ada ibu bapa yang tidak senang dengan tindakannya itu.

“Setiap hari raya, saya pasti ada masalah dengan kuah rendang atau kuah kacang yang meninggalkan kesan kotoran di kerusi meja makan. My bro kata, ada anak tetamu yang jatuhkan kuah makanan di atas kerusi.

“Setiap tahun, macam-macam tetamu yang menziarahi rumah kami yang anak-anak kecil mereka bermain meramas kuih-kuih dan taburkan di atas lantai. Tetapi Ibu bapa mereka kisah pun tidak.

“Sudah tentu saya akan menegur mereka seperti mana saya menegur sesetengah tetamu yang mengambil kek dan biskut, kemudian tinggalkan di pinggan tanpa memakannya. Saya tegur mereka dan kata, jika tak nak makan, jangan membazir makanan seperti itu. Teguran ini bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak juga. Sebab ramai lagi yang nak menjamunya.

“Ibu pernah tegur tindakan saya menegur anak-anak tetamu kerana bimbang tetamu kecil hati. Saya beritahu ibu bahawa tetamu yang berperangai seperti itu perlu ditegur. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang kemudian akan dibawa dan dilakukan pula di rumah orang lain.

“Bukan jenis saya untuk melihat saja perbuatan seperti itu dan bercakap di belakang mereka mengenai perbuatan mereka yang saya tidak suka. Saya lebih suka tegur depan-depan secara baik. Saya rela tidak ada tetamu seperti itu yang tidak belajar bagaimana menghormati rumah orang. Segala adab nak masuk ke rumah orang, mereka mesti pelihara dengan baik.

“Saya juga pantang bila ada tetamu yang datang ke rumah suka meraba itu dan ini. Ada yang selalu bertanya berapa harga itu dan ini. Bila ada yang tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antik itu dan ini, pasti saya bahasakan, ‘nak tolong bayarkan hutang ke, sibuk menanya itu dan ini harga berapa?’,” tulisnya di Instagram,

Bukan itu sahaja, ada juga tetamu yang menggunakan tandas di rumahnya tidak mengepam tandas selepas digunakan dan kencing berterabur.

Bagaimanapun, Chef Wan bukanlah melabelkan semua tetamunya begitu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti itu.

“Macam-macam manusia yang tak ambil kisah. Yang anak lari sana sini seperti dirasuk pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Bila dah kena jerit dengan saya beberapa tahun lalu, langsung tak datang lagi. Mana tidaknya, ibu bapa boleh pandang macam tunggul saja.

“Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan seperti arwah ayah saya lakukan sewaktu kami kecil dahulu. Ibu cubit adik-adik sampai lebam.

“Pelik bila kita jadi ibu bapa tak boleh lentur anak-anak sejak kecil lagi,” tulisnya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sugWRq
via IFTTT

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'


Seperti biasa, orang berlumba-lumba memuat naik gambar berhari raya. Masing-masing dengan pakaian dan gaya tersendiri. 

Namun, terdapat sebuah gambar 'unik' telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular.

Gambar 'luar biasa' itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang memberikan respon positif, tak kurang juga segelintir pihak yang 'menghentam' tindakan keluarga berkenaan.







"Anjing sentiasa jilat badan dia, takda istilah kering.

"Wow dunia dah berubah...bagus!" komen netizen.

Sementara itu, keluarga berkenaan mendapat sokongan daripada peminat haiwan tersebut.



Pun begitu, gambar itu sebenarnya adalah gambar lama dan dikongsikan semula menerusi FB A Fortress Of Fur. Gambar itu juga pernah menjadi isu suatu masa dahulu. 



Foto: FBA Fortress Of Fur

Adakah anda rasa gambar ini menghina agama? 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tr2VbN
via IFTTT

Kerana Status Datang Bulan Nur Sajat Di Kecam Teruk!


Nur Sajat kini lebih popular sebagai usahawan produk kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi dan berpengaruh di Malaysia. Bila sebut sahaja namanya, dari budak kecil sehinggalah warga emas pun ramai yang mengenalinya. 

Bukan sahaja disebabkan kontroversi dirinya yang dikatakan khunsa, jutawan kosmetik ini juga memang terkenal lantang bersuara dan cakap lepas di media sosial.


Baru-baru ini Nur Sajat telah mengeluarkan satu posting di Facebook yang dikatakan tidak sesuai dan kurang sopan untuk diberitahu secara umum. Dalam postingnya, Nur Sajat menulis status bahawa dia period atau datang bulan dan pada masa yang sama dia mengeluh kerana tidak mempunyai tuala wanita pada ketika itu. Salah seorang netizen menegur atas tindakannya itu agak memalukan kaum wanita;

"Jika anda ini perempuan atau lelaki sekali pun untuk katakan period di laman sosial, rasanya malu sajalah. Kami kaum hawa nie tak ada pula nak update period ke apa. Sebab kami tahu benda tu tak perlu pun nak diberitahu dilaman sosial . maaf . terima kasih"


Sumber : Instagram Nur Sajat


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ssQZ4W
via IFTTT

Thursday 29 June 2017

Mulanya Ingatkan Iklan Menipu Saja, Dah Cuba Baru Tahu Power Jugak Fumakilla Vape Ni! – Perkongsian Akak Ni Dapat Hampir 10k Share!


Siapa tak bengang dah beli macam-macam produk makhluk-makhluk jenis merayap dan yang suka hisap darah tu tetap bermaharajalela. Kalau ada anak kecil lebih lah kesian pada anak, bangun tidur tengok sana-sini kesan kena gigit nyamuk.

Bila bangun tidur awal pagi nak bancuh susu anak ada pulak makhluk yang suka terbang-terbang ni. Kalau tersilap hinggap ke kita memang botol susu entah ke mana susu entah kemana tak cukup tanah nak lari! Itulah si lipas yang siang-siang duduk menyorok entah di mana bila malam dialah abang kawasan di dapur rumah.

Disini kami nak kongsikan pengalaman akak ni sebagai pengguna Fumakilla Vape. Ok orang lelaki jangan tersilap pulak ya ni bukan perasa baru Vape ke liang lahad korang nanti! Jom baca perkongsian akak ni:

FUMAKILLA VAPE (One Push V).
Cikda rasa, elok korang beli benda ni.
Nak tau sebab apa? Ok, ceritanya gini.. baca ya.

Ada 1 malam ni, suami masuk toilet.
Masa dia keluar, dia cakap “ada lipan dlm toilet.”
Cikda tanya, “besar ke kecik lipannya?”
Dia kata, “kecik. ”

Tapi bukanlah kecik sgt.

Lepas tu, dia ambik fumakilla vape ni, dia spray 1 semburan je kt bilik air lepas tu dia tutup pintu toilet tu.
(Bukan spray kt lipan sebab lipan dah lari)

Esok pagi nya, cikda tengok lipan tu mati.
Bukan lipan je mati, cicak yg ada dalam bilik air tu pun mati.
Terkojut den.

Kalau ada lipas yg menyorok pun, lipas tu mati.
Fuhhhh !
Power jugak fumakilla vape ni.
Ingat iklan tu tipu.
Rupanya betul. 1x spray ja boleh mati lipas, cicak, semut,nyamuk.

Botol kecik ja.
Tapi tahan lamaaa.

Cara guna:
Dapur (spray sekali je). Semut xde utk tempoh 1-2mggu.
Bilik (1x spray). Utk halau nyamuk.
Bilik air (1x spray). Kalau ada lipas cicak atau apa serangga yg menyorok n kita tak nampak, akan mati juga.
Bukan spray tiap hari tau. Spray je 3hari sekali atau 1 mggu sekali atau bila perlu.

So, korang pergi beli ya.
Utk korang jugak. 

Kat mana nak beli?
Boleh pergi ke TESCO, AEON, SPEEDMART 99, 7E, GIANT, NSK, kedai Pak Abu setaman dgn awk serta mana² kedai runcit berhampiran.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t6IBK7
via IFTTT

Isteri Pergi Ke Australia Untuk Surprisekan Suami Yang Bekerja Disana, Tapi Malangnya Suami Ada Kekasih Lain Yang Sarat Mengandung..


Hati isteri mana yang tidak sedih dan kecewa apabila dapat tahu suami sanggup menduakan dan berlaku curang. Tambah-tambah lagi apabila ‘kantoi’ kekasih suami sedang sarat mengandung. Memang hancur dan kacau bilau emosi isteri.

Seperti kisah yang dikongsi Sarah Haron ini, suami kepada sahabatnya curang sehingga si kekasih hamil. Ingatkan sanggup berpisah dan berjauhan kerana kerja, rupanya-rupanya..














Sumber : Sarah Haron,Oh!Bulan


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t6R3cw
via IFTTT