Tuesday 31 March 2020

Jangan Semakkan Lagi Hidup Polis Dengan Isu Artis – Bront Palarae Selar Tindakan Seniman


Isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni masih hangat diperkatakan. Semalam, timbul pula isu baru dimana Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.


Malah, pihak Seniman turut menyeru lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan.

Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.


Melihat segala kekecohan yang berlaku, pelakon Bront Palarae tampil  menyelar tindakan Seniman itu.

“Jangan semakkan lagi hidup polis dengan isu artis”


Bront berkata, masalah dalam industri perlu ditangani secara dalaman. Dia memohon pihak Seniman supaya tidak membebankan lagi pihak polis untuk mengendalikan perkara begini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting harus ditangani oleh mereka pada ketika ini.

Netizen sokong Bront



Rata-rata bersetuju dengan kenyataan Bront itu dan menyifatkan tindakan Seniman itu tidak wajar kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan. Isu artis ini tidak perlu melibatkan pihak lain.

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2w8eUOW
via Merah Hati Cintaku

Walaupun Teruk Dikritik, Anwar Sekali Lagi Tanya Dari Mana Sumber Biaya Pakej Rangsangan?


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut.

"Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana?

"Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun," soal Anwar.

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia.


"Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan

"Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda," katanya lagi.


Sumber: KiniTV


from Sehinggit Media https://ift.tt/33YglvQ
via Merah Hati Cintaku

PH Mahu Kerajaan Bayar Gaji Pekerja RM1,200 Sebulan


SHAH ALAM - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mencadangkan Program Subsidi Upah bagi membayar RM600 sebulan untuk tiga bulan bagi 3.3 juta pekerja dinaikkan kepada RM1,200 sebulan bersamaan kadar gaji minima negara.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, langkah itu bukan sahaja akan membantu pekerja, tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan meringankan beban bayaran gaji serta membantu mengelakkan pekerja dibuang kerja.

"Jumlah lebih besar ini selari dengan usaha yang dilaksana di beberapa negara lain termasuk Singapura, United Kingdom dan Australia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming.


Jelas kenyataan itu, pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan pada 27 Mac lalu tidak menjelaskan rancangan fiskal yang mampu mengelak kehilangan pekerjaan akibat kesan ekonomi meleset terhadap syarikat-syarikat terutama PKS.

"Di Malaysia, PKS menyediakan 7 dari 10 pekerjaan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan serta pendapatan bagi Kerajaan melalui pembayaran cukai korporat.

"Maka bantuan tambahan amat diperlukan bukan sahaja demi membela kebajikan rakyat, tetapi juga nasib PKS," ujarnya.

Dalam pada itu, Majlis Setiausaha PH juga berpandangan keadaan ekonomi terutama enam bulan ke depan memerlukan perancangan rapi dan sokongan dwipartisan.

"Ini kerana kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi bersifat jangka masa panjang dan berupaya mengubah ekonomi global," katanya.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar satu sidang Parlimen tergempar dipanggil bagi membincangkan masalah ekonomi Malaysia hari ini termasuk kerjasama dwipartisan bagi membendung wabak dan menyelamatkan negara.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WY7Uiw
via Merah Hati Cintaku

Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan 'Lockdown' Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India


Keputusan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ selama 21 hari pada 25 Mac lepas telah memberikan kesan yang sangat besar kepada golongan masyarakat miskin di sana. Ramai daripada mereka yang mencari upah harian kini hilang mata pencarian dan lebih teruk lagi hilang tempat berteduh.

Keadaan ini telah menyebabkan mereka berjalan kaki sejauh beratus kilometer untuk kembali ke kampung halaman. Beribu-ribu pekerja buruh terpaksa berjalan kaki untuk keluar daripada New Delhi selepas perintah ‘lockdown’ diumumkan oleh Perdana Menteri.

Jaya Kumari yang bekerja sebagai tukang masak dan tukang cuci di kawasan perumahan New Delhi kehilangan kerjanya selepas perintah tersebut diumumkan. Keluarga majikannya bertindak meninggalkan bandar tersebut dan kembali ke kampung halaman.

Tinggal lah dia dan suaminya, yang bekerja sebagai pemandu teksi terperangkap di New Delhi tanpa sebarang pendapatan. Dengan perintah ‘lockdown’ yang dikenakan, tiada sebarang kerja dan sumber untuk mendapatkan wang lagi buat pasangan ini dan beribu lagi mereka yang lain.

“Kami akan gunakan apa yang ada setakat yang kami simpan sedikit ini untuk terus hidup. Apa jadi selepas ini, kami serahkan kepada Tuhan.”


Keputusan Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ dilihat sebagai langkah terburu-buru oleh ratusan juta rakyat India yang hanya mempunyai empat jam untuk melakukan persediaan. Tambahan pula, beliau melarang semua rakyat untuk keluar rumah bagi tempoh 21 hari ini atau akan dijangkiti virus dan kenyataan ini terus menimbulkan panik pada rakyat.


Perintah ini juga membuatkan ribuan pekerja asing dan pekerja buruh dari bandar kembali ke kampung pedalaman mereka memandangkan mereka sudah tiada wang untuk menyewa dan makan. Pengangkutan awam penuh sesak dengan mereka yang berpusu-pusu ingin keluar dari bandar itu.

Mereka yang tidak mempunyai wang akan berjalan kaki sejauh beratus kilometer hingga mengambil masa beberapa hari untuk sampai.

Kesesakan di stesen pengangkutan awam telah menimbulkan isu penyebaran virus yang lebih pantas apabila orang ramai telah berkumpul di sana. Kesilapan Perdana Menteri mencetuskan panik di dalam ucapannya sebelum itu menambahkan kesukaran untuk membendung penularan wabak ini.

Oommen C. Kurian, Ketua Kesihatan di Observer Research Foundation berkata masalah komunikasi daripada pimpinan atasan dan mesej yang telah bercampur-campur membuatkan orang ramai terdorong membuat keputusan dengan terburu-buru.


Kepulangan mereka ke kawasan pedalaman akan menambahkan lagi masalah kerana tiada bantuan perubatan yang kukuh di sana tidak seperti di bandar.

Kebanyakan pakar bersetuju perintah ‘lockdown’ adalah sesuatu yang wajar pada situasi terkini di India. Namun, penyampaian mesej yang terburu-buru dan tidak jelas memburukkan keadaan kerana tidak berjaya menenangkan rakyat yang panik.

Di dalam satu kenyataan lain, Narendra Modi telah melakukan permohonan maaf kepada rakyat India di atas keputusan drastik yang terpaksa diambilnya. Dia juga sedar kelompok yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin yang kini terperangkap di bandar.

Perang dengan wabak ini sukar dan memerlukan keputusan yang drastik. Saya minta maaf kerana mengambil langkah-langkah drastik yang telah menyebabkan kesusahan dalam hidup anda, terutama golongan miskin. Tetapi tindakan drastik perlu di ambil bagi memenangi perang ini.


Bagi membantu rakyat yang terjejas, Modi turut mengumumkan bantuan pelan rangsangan ekonomi bernilai $ 22.6 bilion untuk membantu rakyat India yang terkesan terutamanya dari golongan miskin. Buat masa ini, keadaan ekonomi di India tidak berada dalam keadaan yang baik dan keadaan kini semakin tertekan untuk negara dengan jumlah penduduk yang ramai.

Sumber: aljazeera via https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dKaPBy
via Merah Hati Cintaku

Tahap Pematuhan PKP Penduduk Kampar Capai 99 Peratus


KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99 peratus.

Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim hasil pemantauan pasukan keselamatan sepanjang PKP dilaksanakan, bermula 18 Mac lalu.

Menurutnya, masyarakat setempat umumnya telah memberi kerjasama yang baik terhadap perintah kawalan termasuk mengurangkan pergerakan sama ada di jalan raya dan di tempat tumpuan awam.

"Pada peringkat permulaan PKP, kita terima banyak alasan tidak munasabah daripada individu yang meninggalkan rumah.

"Terkesan dengan keadaan itu, kita gerakkan rondaan, pemeriksaan dan program advokasi dengan membuat pengumuman pematuhan PKP setiap hari di semua lokasi bagi tujuan mendidik masyarakat.

"Alhamdulillah, dalam tempoh 14 hari ini, majoriti masyarakat semakin berdisiplin, sudah kurang kenderaan berada di atas jalan raya, orang ramai juga tidak lagi bersesak di bank, pasar raya dan pasar awam," katanya ketika ditemui semalam.

Kampar menjadi satu-satunya daerah di Perak yang tiada kes jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Sehingga semalam, Perak merekodkan 189 kes positif Covid-19 dengan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kinta berada di zon merah.

Mengulas lanjut, Hasron Nazri berkata, sekatan jalan raya di dua lokasi bersempadanan iaitu di daerah Batang Padang dan Kinta diperketat dengan hanya membenarkan pihak berkepentingan sahaja melepasi kawalan.


"Banyak kenderaan yang melalui sekatan ini telah diarah berpatah balik, penegasan terpaksa dilakukan apabila ramai antara mereka gagal memberi alasan munasabah.

"Secara keseluruhan, sebanyak lima sekatan jalan raya telah dijalankan dalam daerah ini dan 10 laluan ke pekan Kampar ditutup bagi mengurangkan kenderaan keluar masuk," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan beberapa elemen pematuhan dalam tempoh PKP tahap dua yang bermula, hari ini bagi memastikan daerah Kampar kekal sifar kes Covid-19.

Katanya, ia termasuklah meningkatkan rondaan di kawasan perumahan dan kampung-kampung, lokasi yang sering berlakunya aktiviti sosial kalangan penduduk.

"Saya hargai kesedaran masyarakat, tetapi masih ada beberapa elemen perlu ditingkatkan berkaitan pergerakan orang ramai untuk memastikan mereka benar-benar berada di rumah pada waktu yang diperuntukkan," katanya.

Setakat ini, seramai 14 individu termasuk dua warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Setiap hari, seramai 240 anggota terlibat dalam pemantauan pematuhan PKP di daerah itu melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam perkembangan sama, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menjalankan aktiviti disinfeksi di semua fasiliti dan tempat tumpuan awam secara berperingkat.

Setiausahanya, Siti Azura Juki berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

"Kerja-kerja disinfeksi ini melibatkan medan selera, pasar awam, pusat penjaja, tandas awam dan Dataran Muhibbah di semua kawasan seliaan MDKpr.

"Kita turut menjalankan aktiviti sama di tiga rumah ibadat iaitu Masjid An Nur, Masjid Jamek Kampung Masjid dan Surau Kampung Tersusun Batu Putih serta kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar," katanya.

Menurutnya, aspek keselamatan diberi penekanan di pasar-pasar awam kerana menjadi tumpuan penduduk sekitar mendapatkan keperluan harian.

"Jumlah pengunjung yang masuk ke pasar ini dihadkan antara 30 ke 50 orang bagi satu-satu masa, semakan suhu juga diambil sebelum pengunjung dibenarkan masuk ke dalam pasar," katanya.

Setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pematuhan PKP kalangan pemilik premis perniagaan yang mana rata-rata mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wRIwAp
via Merah Hati Cintaku

Anwar Beri Jaminan Kepada PM, Sidang Parlimen Bukan Nak Tolak Kerajaan PN


Gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan pakej rangsangan ekonomi wabak Covid-19 tidak ada kaitan dengan percaturan politik untuk menolak majoriti PN di Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau yang bercakap pada siaran langsung di halaman Facebooknya memberi jaminan mengenai hal ini.

"Saya telah beri jaminan kepada PM kita tak akan gunakan sidang ini untuk menolak majoriti kerajaan kalau pun dia bimbang soal majoriti ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN.

"Kita hanya akan bahaskan dan minta penjelasan dalam beberapa isu dari PM dan menteri kewangan serta menteri-menteri lain yang sebahagiannya tidur atau asyik pamer pakaian aneh-aneh, itu soal lain

"Tapi bila kita soal di parlimen dia wajib jawab dan kerana ia melibatkan kewangan negara ia mesti dibahaskan di parlimen dan diluluskan di parlimen," katanya.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau setuju 'Kak Kiah, diberikan bantuan, malah "minta disegerakan."

"Bukan setakat itu. Kita minta anggota parlimen kita tambah dana," katanya.

Anwar merujuk nama timangan 'Mak Cik Kiah' yang digunakan perdana menteri bagi menggambarkan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah B40 ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini.


Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menerima RM1,600, di mana RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki pada bulan Mei.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan parlimen akan bersidang seperti dijadual pada 18 Mei depan.

Menjelaskan mengapa sidang tergempar parlimen perlu diadakan, Anwar berkata Malaysia tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu.

"Negara ini tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu," tegasnya.

Dari mana sumber biaya pakej rangsangan?

Anwar yang juga MP Port Dickson berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut.

"Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana?

"Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun," soal Anwar.

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia.

"Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan

"Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda," katanya lagi.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan kebimbangan sama bahawa keuntungan kerajaan akan merosot sehingga 50 peratus kerana penurunan harga minyak dunia, memandangkan belanjawan 2020 dibuat bersandarkan jangkaan hasil Petronas pada harga AS$63 setong.

Jelasnya, ini bermakna hasil kerajaan mungkin akan berkurangan sebanyak RM30 bilion.

Dr Mahathir pada 23 Mac lalu menyifatkan kemelesetan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19 sebagai "malapetaka."

Bank Dunia pula meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan merudum ke paras negatif (-) 0.1 peratus.

Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 dan "yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40)."

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/342889V
via Merah Hati Cintaku

Berita Baik Untuk Peminjam Aeon Credit, Bayaran Balik Pinjaman Ditangguhkan Selama Sebulan


Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita semua sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada dalam tempoh enam bulan secara automatik.

Tidak lepaskan peluang, Aeon Kredit (M) Bhd juga menawarkan penangguhan pinjaman selama satu bulan bermula 1 April ini. Penangguhan ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat semasa menangani wabak pandemik Covid-19 ini.

Pengumuman ini disahkan oleh Facebook Rasmi Aeon Credit Service (M) Bhd.

Sebagai insitusi Kewangan Bukan Bank, Aeon Credit Service (M) Bhd telah meningkatkan untuk membantu para pelanggan dengan menyediakan penangguhan pinjaman selama satu bulan kepada semua pinjaman kecuali kad kredit.


Penangguhan ini akan diaktifkan secara automatik kepada semua pelanggan Aeon Credit tanpa menjejaskan apa-apa bermula pada 1 April 2020. Penangguhan ini tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Bagi pelanggan yang mempunyai masalah dan kesulitan pembayaran balik akibat Covid-19, diharapkan untuk menghubungi Pusat Servis untuk pilihan pembayaran balik seperti pembiayaan semula atau penyusunan semula kemudahan pinjaman sedia ada.



Sumber: AEON via Siakapkeli

from Sehinggit Media https://ift.tt/2UB0pwx
via Merah Hati Cintaku

“Kita Masih Belum Kalah Dalam Perang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam


”Kita masih belum kalah dalam perang menentang Covid-19, belum juga kita memenanginya,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, kerjasama setiap orang sangat diperlukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Oleh itu, beliau meminta setiap orang untuk terus berada di rumah, sentiasa mengamalkan langkah membasuh tangan dengan kerap dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain.


Setakat Selasa (31 Mac 2020), negara telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan sebanyak 2,766 kes dan 43 kes kematian.

Manakala, jumlah keseluruhan mereka yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537 orang.

Sumber: Noor Hisham Abdullah via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2w7A9QW
via Merah Hati Cintaku

Carrot Cake Pancakes (gluten free + dairy free!)

stack of healthy carrot cake pancakes

Fluffy, healthy carrot cake pancakes made right in your blender with delicious spices and oats. These dairy free and gluten free carrot cake pancakes are naturally sweetened and packed with yummy mix-ins like walnuts and raisins. Top with almond butter, cream cheese or yogurt and a drizzle of maple syrup for a wonderful, cozy breakfast!

The post Carrot Cake Pancakes (gluten free + dairy free!) appeared first on Ambitious Kitchen.



* This article was originally published here

Man Raja Lawak Guna RM50,000 Yang Dimenangi Dalam MLM Bantu Rakyat Malaysia Susah


KETIKA segelintir selebriti tanah air berkongsi kisah sedih kehilangan pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19,  pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak pula tampil menghulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat membantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia.

Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari  bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.


“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya,” tulis Man dalam entri di Instagram peribadinya.

Tawaran kemanusiaan yang dihulurkan oleh Man mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat yang memuji usaha murni yang dilakukannya.

Keperibadian menawan Man setidak-tidaknya memberikan makna yang cukup besar kepada sebilangan besar daripada rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19.

Dalam hantaran seterusnya, Man turut memaklumkan, pengumuman tawaran bantuan kemanusiaan yang dibuatnya mendapat maklum balas luar biasa daripada masyarakat.

Justeru, kata Man, dia akan meneliti dengan mendalam setiap permohonan yang diajukan kepadanya oleh mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Andainya tiada respon daripada saya, anggap sahaja bajet 50K telah habis digunakan (membantu mereka yang memerlukan),” kata Man lagi.


View this post on Instagram

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bF3ykn
via Merah Hati Cintaku

COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia


JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menetapkan Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu.

Menerusi penetapan status itu, Presiden Jokowi memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut.

"Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani COVID-19) tetapi tidak meniru sebegitu saja (bulat-bulat sahaja).

"Setiap negara ada ciri-ciri khas masing-masing, keluasan wilayah, jumlah penduduk, kedisiplinan, kondisi geografi, budaya, perekonomi budaya, keekonomian masyarakat, kemampuan fiskal dan lain-lain yang perlu diambil kira," katanya di Istana Presiden Bogor yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan.

Sejak kebelakangan ini, ramai pihak terdiri daripada kalangan pemimpin politik, pemerintah provinsi, akademik, aktivis masyarakat dan netizen mendesak pemerintah pusat menguatkuasakan sekatan keluar masuk atau perintah kawalan pergerakan antara wilayah bagi mengekang penularan virus itu.


Pemerintah Indonesia kini meningkatkan lagi penyampaian maklumat dan kempen jarakan sosial, penjagaan kebersihan dan kesihatan, dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama membendung penularan virus itu.

Sejak 16 Mac lepas, pemerintah juga menetapkan peraturan berperingkat-peringkat seperti menutup sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan, larangan pelawat asing memasuki negara itu dan melarang warga negaranya keluar negeri, serta peraturan bekerja dari rumah bagi sektor-sektor tidak kritikal.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata 14 lagi kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 14 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 136 kes, manakala kes positif kini berjumlah 1,528 kes," katanya. -- BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UU8zig
via Merah Hati Cintaku

Lelaki Ditahan Sorok Isteri Dalam But Kereta Ketika PKP


PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.

Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.

Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.


Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.

“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.

Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).

United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.

Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JyFunb
via Merah Hati Cintaku

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM


Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Vivy Yusof dilihat membalas komen tersebut dan seolah bersetuju dengan kenyataan wanita itu. Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.


Seperti sudah dijangka, kenyataan kedua-dua usahawan itu sekaligus mengundang pelbagai komen negatif, malah ada yang mengecam sehingga mahu memboikot produk mereka kerana mentaliti seperti itu.


Bagaimanapun, Vivy telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara itu serta menjelaskan bahawa dia tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.


View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Meskipun Vivy sudah memohon maaf, namun isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila satu petisyen telah diwujudkan oleh Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) menuntut pengasas tudung itu untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.


Untuk pengetahuan anda, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan pada Mei tahun lalu.


Petisyen itu turut mengatakan bahawa  Vivy tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ahli lembaga pengarah UiTM serta tidak menjaga nama baik UiTM. Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 19,600 orang.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bJFWvb
via Merah Hati Cintaku

SENIMAN Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Artis Yang Didakwa Jadi Punca Perbalahan Artis & Netizen


Tular sebuah video yang mendakwa ada berbaur hasutan menyebabkan kecaman daripada ramai pihak terhadap Industri Seni Malaysia. Berikutan hal itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah bertindak membuat laporan polis melalui wakil terhadap seorang artis yang membuat video tersebut.

Melalui satu kiriman daripada Facebook Seniman, pihak mereka mengatakan bahawa artis berkenaan menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya. Hal ini menyebabkan ramai di antara penggiat seni terasa hati dengan video yang tular terbabit.

Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kecaman terhadap industri seni malaysia.


Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjadi teruk dan dipandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

Mohon jasa baik artis-artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner untuk menghapuskan Covid-19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Terima kasih.

Sumber: Persatuan Seniman Malaysia via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/39Ad6f8
via Merah Hati Cintaku

"Wang RM250,000 Dicuri Milik Peribadi & Ibu Bapa Saya" - Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Wang yang dicuri dari rumah Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelmarin adalah milik peribadi beliau dan ibu bapanya.

Syed Saddiq berkata, mereka membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang itu yang mana RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).

“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang kami miliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi.

“Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya Abuyah (bapa) dan Mama mengambil keputusan membeli rumah bersama.

“Dan saya berhasrat berpindah selepas rumah itu siap diubahsuai. Pengubahsuaiannya masih belum siap, perkakasan elektrik dan perabot juga belum dibeli,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Syed Saddiq mengesahkan kecurian berlaku di kediamannya dan polis sudah membuat siasatan di rumah sejak malam kelmarin.


Bagaimanapun, beliau mendakwa, laporan media sebelum ini bahawa kehilangan RM250,000 milik wang BERSATU, adalah tidak benar.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada apa yang ingin disembunyikan, malah mereka sekeluarga membuat laporan polis berhubung kecurian itu.

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

“Sekiranya benar duit itu duit haram, kenapa kami membuat laporan polis?

“Saya ambil maklum akan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan,”

Tegasnya, beliau akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM.

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluarga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan duit haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

“Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi perkara berkenaan integriti dan kami sekeluarga akan memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

“Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan,” katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Js6PHR
via Merah Hati Cintaku

Lelaki Didakwa Cuba Bunuh Anggota Tentera Di Sekatan Jalan Raya


AYER KEROH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, minggu lalu.

Mohd Haiqal Hamdan, 25, yang pekerja kedai makan, didakwa cuba membunuh Alexson Anak Franky, 21, dengan melanggar menggunakan kereta jenis PROTON Gen 2 berwarna merah ketika operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan pintu pengawal Kem Terendak, Sungai Udang di sini, pada jam 4.30 petang, 23 Mac lalu.

Perlanggaran itu menyebabkan mangsa cedera di paha kiri dan kanan yang mungkin menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diperiksa pegawai polis di Jalan Klebang Kecil di sini pada jam 3 petang, 24 Mac lalu mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan Mohd Haiqal diikat jamin RM8,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu ibunya perlu menjadi penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh diwakili peguam, S S Amritpal Singh.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh bersama teman wanitanya, Norsyazlina Mohd Asri, 21 dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee ke atas mereka selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 24 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didapati melanggar PKP ketika operasi SJR di hadapan pondok pengawal Kem Terendak, Sungai Udang, di sini tanpa alasan munasabah.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit yang boleh dihukum di bawah peraturan 7(1) peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/33YBwh5
via Merah Hati Cintaku

Seramai 58 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini


Seramai 58 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih  dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jrj6fx
via Merah Hati Cintaku

Cari Penyakit Ejek Polis, Remaja Lambai2 Tangan Supaya Polis Kejar


DUA pemuda yang mengejek polis supaya mengejar mereka menerima padah selepas berjaya ditahan di Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 21 tahun yang tinggal di Kampung Seberang Pintasan dan Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat itu ditahan kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu, sepasukan anggota polis sedang melakukan tugas rondaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Padang Jambu dan terserempak dengan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal tanpa topi keledar dalam keadaan laju.

Menurutnya, anggota mengarahkan mereka berhenti namun suspek memecut motosikal ke arah Jalan Nibong Stesen dalam keadaan melulu dan merbahaya untuk melepaskan diri.

“Ketika kenderaan polis cuba menghampiri motosikal suspek dan mengarahkan mereka berhenti, suspek dengan berani menghimpit kereta polis sehingga tercalar.


“Suspek yang membonceng motosikal mempersendakan anggota dengan melambai-lambai tangan supaya anggota polis terus mengejar mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Jalan Sungai Buaya, anggota polis berjaya memintas kenderaan suspek dan menyekat motosikal itu.

“Ketika cuba ditahan, kedua-dua suspek melawan untuk melepaskan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditangkap.

“Kedua-dua suspek bersama motosikal Honda EX5 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baharudin berkata, kedua-dua memberi alasan dari Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun dan baru pulang dari menangkap ikan.

“Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta melanggar Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UNShrk
via Merah Hati Cintaku

In Search of Zambia’s Stunning Wildlife: A Virtual Safari


By BY MARCUS WESTBERG from NYT Travel https://ift.tt/3bERZK5

How to Store Your Travel Gear


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/2WY3bgO

Agong, Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Selama Enam Bulan


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung Covid-19.

“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik itu.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.

Sumber: Bernama


from Sehinggit Media https://ift.tt/33VoUaK
via Merah Hati Cintaku

COVID-19: Bantulah Kami Supaya Kami Boleh Bantu Anda, Rayu Dr Noor Hisham Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 banyak bergantung kepada kepatuhan rakyat Malaysia untuk mengikut arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, peranan rakyat sangat penting untuk dalam meratakan lengkung, serta membolehkan petugas kesihatan lebih banyak masa dan kapasiti untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan masyarakat.

Dalam catatan di Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, setiap rakyat Malaysia mesti memainkan peranan mereka dalam memerangi pandemik ini.

“Kepada orang ramai. Anda adalah penentu utama dalam menghentikan penularan pandemik ini. Harapan kami pada masa ini adalah anda terus duduk di rumah dan kekal mematuhi PKP,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, Malaysia kini sedang melalui suatu tempoh yang sangat getir dan setiap seorang daripada rakyatnya telah pun terkesan akibatnya.

“Dalam menangani peristiwa yang julung kalinya berlaku dalam sejarah negara kita, langkah-langkah baharu telah dilaksanakan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan.


“Walaupun situasi semasa ini adalah suatu pengalaman yang baharu bagi kita semua, sektor kesihatan telah merancang dan bersiapsiaga untuk sebarang kemungkinan. Dengan penglibatan petugas daripada semua peringkat, kami melakukan yang terbaik demi memastikan keselamatan semua pihak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada sikap dedikasi dan keikhlasan  petugas kesihatan baik di sektor awam mahupun swasta, dan menganggap ia sangat luar biasa dan menakjubkan.

“Ramai yang telah meninggalkan orang yang tersayang di rumah dan mengorbankan masa dan keselesaan untuk berada di barisan hadapan demi merawat pesakit kita.

“Kementerian menghargai setiap satu daripada anda serta segala kudrat yang telah dan sedang anda curahkan setiap hari,” katanya lagi.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dan petugas barisan hadapan yang lain.

“Kepada para penyumbang kami, sememangnya kami amat terharu tatkala menyaksikan kemurahan hati sebegitu banyak individu dan organisasi, kecil dan besar, tempatan dan antarabangsa.

“Bagi pihak petugas di barisan hadapan, saya ucapkan terima kasih,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JtsrDy
via Merah Hati Cintaku

Monday 30 March 2020

"Hoi Stupid Idiots!" - Wanita Ditahan Kerana Maki Polis Di Sekatan Jalan Raya


PETALING JAYA – “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Itu jeritan seorang wanita ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekaran jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara pagi tadi, lapor MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette yang berada di lokasi dari awal pagi turut melihat gelagat wanita berkenaan sejak terperangkap dalam kesesakan sehinggalah beliau tiba di perkarangan apartmennya.

Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi sebaik sahaja wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besasr-besar pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Wanita yang tinggal apartmen betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya dijalankan menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih juga membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik berjaya tiba di perkarangan kediamannya beliau memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk apartmen sebelum menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit ” Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis dilihat memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkan beliau untuk membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan beliau dan terus bertindak menahannya serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Setengah jam kemudian beliau dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.  



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bEFyhy
via Merah Hati Cintaku

Pesakit Tahfiz Covid-19, Tetap Solat Berjemaah Dalam Wad, Jarak 1 Meter


Dalam kesibukan mengendalikan, mengurus, menjaga para pesakit tahfiz Covid-19 ini, ada satu hikmah yang dipelajari oleh frontliners di wad hospital.

Bila mana, para pesakit tahfiz ini tidak pernah putus menghabiskan masa membaca Al Quran, berzikir, bersolat malah solat berjemaah.

Sungguh, perkongsian jururawat Rabiatul Adawiyah ini benar-benar menyentuh hati. Ketika setiap hari, dihidangkan dengan berita-berita mendebarkan, kisah ini menginsafi diri.

We Are Fighter Covid-19 – Hikmah Merawat Adik-adik Tahfiz Yang Awesome


Alhamdulillah pengalaman bekerja and merawat adik adik tahfiz yang sangat awesome.

Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa main dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca Al Quran, berzikir dan solat. Solat berjemaah walaupun jarak kena 1 meter antara 1 sama lain.

Katanya lagi, “gambar ni diaorang yang request nak ambil gambar. Kakak misi memang suka amik gambar dik. Sebagai kenangan suka dan duka dalam mengharungi wabak ini.”


“Alhamdulillah urusan kami dalam menjaga dan merawat sangat dipermudahkan di sini. Allah permudahkan semua. Syukur ya Allah, kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan-Mu. Menyedarkan kami yang alpa ini.”

Di sebalik Covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni.”



Ada Hati Ibu-ibu Yang Risau

Ujarnya lagi, hantaran perkongsiannya di facebook itu adalah semata mahu memberitahu khalayah ramai bagaimana keadaan di kuarantin.

“Bagaimana mereka di dalam wad kami, supaya ada yang ambil iktibar pengajaran termasuk diri b sendiri. Di sebalik dari sharing b juga ada ibu-ibu yang tengah risau tentang perihal kesihatan anak-anaknya.

Di mana mereka diuji dengan terpaksa berpisah dengan anak-anak mereka.”

Dalam wabak ini mereka tidak dapat bersua muka hanya mendengar khabar dari jauh.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh, tidak tenteram bila anak nya sakit dan terpaksa mengharungi seorang diri. Berjuang seorang diri.

“In sha Allah kami di sini sebagai frontliner nurse, doktor merawat pesakit Covid-19 dengan begitu profesional.

Jangan risau soal makan minum, tempat tinggal, makanan tidak pernah putus malah lebih lagi apabila ada sumbangan yang diberikan.”

Doa Frontliners Agar Pesakit Covid-19 Kuat Lawan Virus

Sokongan emosi kami berikan kepada pesakit kami. Kami tahu mereka stress dengan apa yang terjadi. Tempat yang baru. Di kuarantin jauh dari keluarga.

Kami harap mereka pesakit Covid-19 akan terus kuat dalam melawan virus ni.

In sha Allah semua akan kembali seperti biasa. Ada yang telah sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

DOA DARI KAMI DAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK PESAKIT COVID TIDAK PERNAH PUTUS. SEMBUHKAN LAH MEREKA SEMUA YA ALLAH.

Amin amin ya rabbal alamin.

PS: Tq puan sebab wassap b . alhamdulillah penat lelah kami berjuang dihargai. sharing b dalam merawat patient covid bermakna untuk semua



from Sehinggit Media https://ift.tt/2X78bzZ
via Merah Hati Cintaku