“RM32,800 Tu Sebut Harga Sahaja”- Jelas Pengusaha Pusat Perubatan Islam
Baru-baru ini telah kecoh apabila sekeping resit menunjukkan harga untuk berubat secara rawatan Islam di sebuah pusat rawatan ialah RM32 ribu.
Caj ini dikatakan amat mahal dan mendapat perhatian para netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati.
Kes ini menjadi viral sehingga KPDNKK menyerbu premis terbabit. Namun KPDNKK mendapati merek atidak melakukan sebarang kesalahan.
Pengusaha terbabit merupakan seorang lelaki berumur 40-an ditemui di premis perubatan yang juga kediamannya di Taman Serkam Ria.
Jelasnya isu itu tidak seharusnya timbul berikutan dia sedia berunding dengan keluarga pesakit terbabit.
Menurutnya, salah faham itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati anak pelanggannya sedangkan dia sudah menerangkan mengenai bayaran kos perubatan akan dikenakan.
Ini komen dari pengusaha terbabit:
“Jumlah RM32,800 tertera pada resit itu adalah sebut harga, mengapa orang ramai tidak melihat jumlah sebenar yang dibayar,”
“Jumlah RM32,800 itu adalah kos keseluruhan sebut harga bagi penyakit dihidap ibu lelaki yang memviralkan perkara ini. Ibunya menerima rawatan urat saraf dan membuang sihir patung berjasad untuk itu kami hanya kenakan caj RM5,100.
“Itupun saya sedia berunding dengannya hinggakan dia hanya membayar tunai RM300 selain memajak seutas rantai tangan didakwa bernilai RM4,800.
“Bagaimanapun, selepas saya bawa ke kedai emas untuk dinilai, rantai tangan itu hanya bernilai kira-kira RM1,700 tetapi kami tidak mahu menuruti perbuatannya menyebarkan hal sebegini di laman sosial,”
Dia mengusahakan pusat perubatan itu bersama dengan isterinyadan pusat perubatan mereka itu berlesen serta didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Jelasnya lagi, dia sebelum ini berguru dengan seorang kiai yang berasal dari Riau, Indonesia ketika menetap di Sarawak pada 1997. Malah tidak pernah menggunakan jampi serapah ketika merawat pesakit, sebaliknya membacakan ayat suci Al-Quran. -PENMERAHDOTCOM
The post “RM32,800 Tu Sebut Harga Sahaja”- Jelas Pengusaha Pusat Perubatan Islam appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2eudyEo
via IFTTT