Tuesday 18 October 2016

Dato Vida Memang Betul-Betul Berang Tak Dapat Mikrofon Di Gegar Vaganza

Dato Vida Memang Betul-Betul Berang Tak Dapat Mikrofon Di Gegar Vaganza

vida-marah

Rancangan realiti yang semakin popular, Gegar Vaganza musim ketiga kini mula disiarkan secara langsung di Astro.

Seperti biasa, penaja utama rancangan ini tak lain tak bukan ialah Dato Seri Vida, pengusaha produk Qu Puteh Pamoga.

Di minggu pertama, ada satu insiden berlaku apabila Dato Seri Vida dilihat berebut mikrofon dengan seorang petugas.

Perkara berkenaan disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan ramai mengatakan ianya mungkin lakonan semata.

Namun, sebenarnya Dato Vida memang betul-betul tak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk bercakap.

Jelas Dato Vida kejadian itu bukan satu gimik tetapi benar-benar berlaku.

Sebagai peniaga, dia enggan melepaskan peluang untuk menghebahkan dan mempromosikan produk keluarannya secara langsung yang ditonton jutaan penonton.

Sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan Dato Vida mula merasa bosan.

Ini komen Vida:

“Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.

“Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen (TV) terbabit,”

“Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.

“Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama,”

Selain itu, di akhir rancangan ketika mengumumkan Siti Sarah sebagai penyanyi terbaik pada minggu itu, Dato Vida juga dilihat berebut mikrofon dengan Jihan Muse. -PENMERAHDOTCOM

The post Dato Vida Memang Betul-Betul Berang Tak Dapat Mikrofon Di Gegar Vaganza appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2e3x5w6
via IFTTT