Saturday, 22 October 2016

Nora Luah Rasa Terkilan Suami Tak Sokongnya Sertai Gegar Vaganza

Nora Luah Rasa Terkilan Suami Tak Sokongnya Sertai Gegar Vaganza

nora

Penyanyi Nora berasa terkilan apabila suaminya, Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan terhadap penyertaannya di Gegar Vaganza musim ketiga

Nora berkata, Johan yakin dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah malah menganggap, segala persediaan yang dilakukannya seolah-olah akan beraksi di pentas persembahan biasa.

Ini komennya:

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.

“Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar. Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

“Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,”

Nora bagaimanapun bukannya mahu memburukkan suaminya namun itu hanyalah luahannya yang kini berdepan tekanan dalam pertandingan tersebut.

Semoga Nora berjaya dan sukses di Gegar Vaganza. -PENMERAHDOTCOM

na

The post Nora Luah Rasa Terkilan Suami Tak Sokongnya Sertai Gegar Vaganza appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dIAaij
via IFTTT