Saturday 22 October 2016

Cara Dapat Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

Cara Dapat Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

simpanan

Seorang wanita berkongsi caranya menyimpan duit, dan sehingga kini dah ada rm35 ribu di akaunnya pada usia 27 tahun.

Okeyla tu kan, at least dah ada duit simpanan.

Sumber: IIUM Confession

Jom baca perkongsiannya:

Hari tu aku ada baca pasal cara nak buat savings. Meh aku nak share cara aku buat savings tanpa bantuan parents aku.
Aku umur 27 tahun. Masih bujang dan kerja betul2 kat tengah kl.

Aku grad degree umur 22 tahun. Start kerja tetap hujung umur 23 tahun. Savings aku sekarang aku dah ada rm35 ribu. Aku baru beli rumah dan ada kereta. Aku tak de kredit kad.

Aku ada beberapa akaun.
1. Akaun duit gaji masuk.
2. Akaun tabung haji (obviously duit nak g haji)
3. Akaun bank islam (savings aku dari gaji)
4. Asb

Caranya:

1. Aku memang potong tabung haji. Masa aku mula2 kerja aku dah daftar untuk potong rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotong jugak. So aku xde la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.

2. Asb
Sama mcm kat atas. Aku potong rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings. Haha.
So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.

3. Kwsp
Aku xpernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.

4. Overtime
Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam aku. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.

5. Duit gaji
Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Xde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu.

Aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.

Makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.

6. Ptptn?
Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. Hehehe. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad xyah fikir nak bayar ptptn tu.

7. Kredit kad
Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb xblh kawal diri bila shopping. Haha.

8. Sedekah
Tetiap bulan gaji mestilah akan bg kat mak ayah kat kampung. Beli hadiah kt anak buah aku ke. Belanja parents aku makan. Tapi tetiap bulan aku mmg ada allocation yg aku akan transfer ke akaun yg memerlukan cm aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang2 yg perlukan sumbangan (selalu tgk kt newspaper atau page facebook yg aku rasa legit). Aku juga selalu belanja colleague aku makan.
Serious korang rasa duit korang byk keluar tp at the end of the month korang akan terkejut tgk balance ada lagi siap boleh bt Savings. Itu aku percaya the power of sedekah.

Ni aku share cara aku je. Of course orang lain ada komitmen masing2 dan cara sendiri. Sorry kalau rasa cm xmembantu.
– Miss ati

Ini yang dikongsi oleh cik Ati. Semoga bermanfaat dan jadikan motivasi untuk kumpul duit. Selamat mencuba ! -PENMERAHDOTCOM

The post Cara Dapat Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dXEbg8
via IFTTT