Thursday, 27 October 2016

SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia

SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia

coret

Coretan terakhir yang amat sayu dari seorang isteri sebelum meninggal dunia, seolah-olah tahu beliau akan pergi buat selamanya.

Pasangan ini baru sahaja bernikah pada 16 September yang lalu.

Ini tulisnya:

“Semoga Allah melindungimu , merahmati hidupmu , mengurniakan segala kebaikanNya kepada mu , mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepadamu..wahai suami

Tabahlah,kuatlah,terus berdiri … In shaa Allah , semuanya akan jadi sebaiknya dgn izinNya

Psss : mrhusband , i love you so much!!

Sang isteri bernama Nafisah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumah sewa mereka di Gurun Kedah.

Arwah yang baru bernikah pada 16 September lalu ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah oleh ibunya.

Ibunya pada ketika itu datang untuk menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.

Suami arwah, Syafirulmemberitahu dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.

Ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah.

Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula selang dua hari kemudian.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. -PENMERAHDOTCOM

Sumber: IG Picahsalleh

The post SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eezwXG
via IFTTT