Friday 21 October 2016

Bajet2017: BR1M “Bantuan Rakyat 1 Malaysia” Naik Lagi

Bajet2017: BR1M “Bantuan Rakyat 1 Malaysia” Naik Lagi

brim

Hari ini Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bajet untuk tahun 2017.

Melalui Bajet 2017, PM Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah di naikkan.

Ini antara pengumuman:

1)BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

2)BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

3)Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

4)Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukkan RM6.8 bilion.

5)Bagi membantu golongan B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan jika memandu separuh masa, 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu. Jika tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.

Ini merupakan berita baik kepada penerima BR1M. -PENMERAHDOTCOM

br

The post Bajet2017: BR1M “Bantuan Rakyat 1 Malaysia” Naik Lagi appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dt7US4
via IFTTT