Saturday 29 October 2016

Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah

Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah

balistik1

Tentera Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh puak pemberontak Houthi ke arah kota suci Mekah.

Kejadian mengejutkan ini dikatakan berlaku malam tadi.

Memetik laporan Saudi Press Agency, peluru berpandu tersebut berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah.

Ianya telah dilancarkan dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi.

Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

Ini kenyataan pihak tentera:

“Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan.”

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu,”

Pemberontak Houthi juga mengaku melancarkan sebuah peluru berpandu dengan menyasarkan lapangan antarabangsa Jeddah. -PENMERAHDOTCOM

The post Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Kota Mekah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2el5vp0
via IFTTT