Thursday 13 October 2016

‘Islam Penting Buat Saya, Nak Masuk Syurga’ – Mustafi, Pemain Bola Sepak Arsenal

‘Islam Penting Buat Saya, Syurga Target Saya’ – Mustafi, Pemain Bola Sepak Arsenal

mus

Kepada peminat bola sepak terutama peminat pasukan negara German dan juga kelab bola sepak Arsenal, nama Shkodran Mustafi sudah semestinya dikenali.

Kehebatan pemain ini di bahagian pertahanan sehingga ada yang menyamakannya sebagai Tony Adams yang baru di Arsenal.

Mustafi merupakan pemenang Piala Dunia dan bernilai 35 juta pound (RM184 juta) dibeli oleh Arsenal yang kini kebal di bahagian pertahanan.

Untuk pengetahuan Mustafi merupakan seorang penganut beragama Islam, dan amat mementingkan pegangannya itu.

Satu masa dahulu pernah meraih perhatian dunia apabila enggan memulakan sidang akhbar selagi botol bir yang diletakkan didepannya tidak dialih ketika di Valencia.

Namun, Mustafi terpaksa akur kerana jenama bir itu merupakan penaja Valencia dan jenamanya perlu kelihatan dalam televisyen.

Ketika zaman remaja (youth), Mustafi turut ditawarkan minuman keras ketika mengha­diri sebuah parti namun ditolaknya dengan tegas.

Baru-baru ini, Mustafi muncul dalam satu temurahan dimana dia menegaskan pendiriannya tentang Islam dengan berkata Islam adalah penting untuknya.

Ini komennya:

“Anda tahu, pada pengakhirannya saya menang pertarungan itu. Saya tidak mahu orang berfikir saya membantu mempromosikan minuman beralkohol tersebut.

“Akhirnya, botol itu kekal di letakkan di depan saya, tetapi kelab dan pengeluar minuman berkenaan memohon maaf kerana mereka memahami orang Islam tidak boleh mengambil alkohol. Kini di Valencia mereka menghormati pengangan agama orang lain.”

“Sebagai seorang muslim, solat amat penting berbanding perkara lain, walaupun kadang kala perjalanan jauh menyebabkan kesukaran saya menunaikan kewajipan itu.

“Kejuaraan Eropah juga menyukarkan saya, kerana berlangsung ketika bulan Ramadan dan mustahil untuk saya mengehadkan pengambilan makanan dan minuman.”

“Agama amat penting buat saya dan karier. Ia banyak membantu saya. Pada akhirnya, sebagai insan seperti mana orang lain di bumi ini, saya juga mahu masuk syurga. Itu sasaran utama saya. Jika saya bermain buruk sekalipun, dunia tidak akan berakhir,”

Mustafi kini memasang impian untuk ke Mekah.

Kehebatan Mustafi sebagai pemain bola sepak dan ketegasan sebagai seorang Muslim boleh menjadikannya ikon yang baik kepada orang ramai.

Di kelab Arsenal, selain Mustafi, Mesut Ozil juga merupakan pemain bola berkelas dunia yang menganut agama Islam dan pernah mencuri tumpuan dunia apabila dia dilihat berada di Mekah bagi menunaikan Umrah. -PENMERAHDOTCOM

The post ‘Islam Penting Buat Saya, Nak Masuk Syurga’ – Mustafi, Pemain Bola Sepak Arsenal appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dXtSuA
via IFTTT