Monday 31 July 2017

Mydin Alami Kerugian Besar Kendali Kedai Rakyat 1Malaysia


PETALING JAYA: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang merupakan projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun berkata, projek berkenaan diteruskan juga demi manfaat rakyat, walaupun banyak yang diperkatakan mengenai kegagalan operasi KR1M.

“Saya tidak akan mengulas sebarang tuduhan dibuat kerajaan kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana,” katanya menerusi kenyataan kepada FMT hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menamatkan kontrak pengendali KR1M yang didapati menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.

Zahid berkata, kerajaan tidak mahu syarikat berkenaan membekalkan barang dan mengendalikan operasi KR1M lagi kerana pembungkusan serta pengedaran barangnya berkualiti rendah, tetapi dijual pada harga lebih mahal.

Mengulas lanjut, Ameer berkata, hanya mereka yang mengenalinya tahu apa yang terpaksa dilalui Mydin untuk terus bertahan dalam projek CSR itu.

KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Selaku pengedar dan pengendali KR1M, Ameer pada 2011 berkata, produk 1Malaysia dijual di premis itu 30% hingga 40% lebih murah daripada harga pasaran.

Pada November 2011, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa susu tepung dijual di KR1M dicemari bakteria E-coli, selain beberapa produk lain berkualiti rendah dan tidak semurah dijanjikan kerajaan.

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia pula menggesa KR1M menghentikan jualan sos cili yang didakwa mengandungi tahap raksa dan plumbum melebihi paras dibenarkan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Susulan itu, KR1M menarik balik susu tepung dari pasaran, namun enggan menghentikan jualan sos cili kerana pengendalinya menafikan dakwaan itu.

Februari lalu, Malay Mail Online memetik Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang menolak penafian Ameer dan mendakwa produk 1Malaysia lebih mahal daripada jenama lain.

Wakil rakyat DAP itu turut mencabar Ameer membuktikan berapa banyak produk 1Malaysia lebih murah daripada produk dijual di rangkaian lain.

Sumber: FMT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uTbhan
via IFTTT

Malaikat Muncul Beri Pertolongan Pada Mujahidin Chechnya Dalam Pertempuran Menentang Tentera Kufar Rusia


Dalam berjihad di jalan Allah SWT, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau.

Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya suatu masa yang lalu.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain.

Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga.

Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas.

Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung. Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak.

Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah. Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam.


Komandan Khattab berkata, “Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”. Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas.

Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.


Laungan Takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir.

Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik.

Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.


Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan.

Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok. Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang.

Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami. Allahuakbar.

Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.

Sumber: Suara Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wfDWWK
via IFTTT

Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan Yang Korang Memang Tak Sangka. Lepas Ni Tanam Pokok Pandan Sendiri Boleh Guna Hari-Hari…


Daun pandan sebenarnya banyak khasiat yang korang tak tahu. Bukan sahaja digunakan untuk memasak, daun pandan juga ada 4 khasiat lain. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :

1) Kegunaan pertama, korang rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didih hingga air tinggal setengah gelas. Lepas rebus, korang biar ia jadi suam dan minum air tersebut. Petua ini untuk menurunkan tekanan darah tinggi korang. Boleh amalkan sentiasa ya!

2) Minum air pandan yang direbus secara konsisten membantu membunuh kuman dalam darah.

3)Ya, air pandan boleh melicinkan kulit anda. Cara-caranya? Dapatkan air pandan sebanyak 5 titik dan amalkan minum air perahan itu bersama pisang ya.

4) Khas untuk wanita yang baru melahirkan anak, korang rebus akar daun pandan dan minum selama 40 hari. Petua ini adalah untuk mengecutkan rahim.

Selamat mencuba ya!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vngWbV
via IFTTT

Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir


Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vZRmXF
via IFTTT

(Video) "Kali Kedua Kau Buat, Gua Cari Lu Sampai Dapat" - Zed Zaidi Bagi Amaran Pada Aliff Aziz


Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, juga melontarkan pandangan beliau mengenai isu antara Aliff Aziz dan isterinya yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia baru-baru ini.

Zed Zaidi yang ditemui oleh portal hiburan Rotikaya menyifatkan insiden itu sebagai mencemarkan imej artis di Malaysia.

“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita”

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihati agar Aliff Aziz tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya Zed Zaidi.

Kalau nak dengar sepenuhnya pendapat dari Zed Zaidi, tonton video penuh dari Rotikaya ini:


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uec8Rd
via IFTTT

'Saya Bukan Kedekut' - Dato' Aliff Beri Penjelasan Makan Tepi Jalan



Sebelum ini, Chef Wan menegur Dato' Aliff Syukri agar berhenti makan di tepi jalan yang mana tindakannya itu dianggap tidak menjaga imej Malaysia, ketika berkunjung ke Switzerland. Teguran Chef Wan itu juga disokong oleh ramai netizen yang sependapat dengannya. 

Semalam, isterinya, Shahida, tampil memberi penjelasan dan meminta netizen berhenti menuduh mereka yang bukan-bukan, sedangkan netizen tidak berada di situasi mereka pada masa itu. 

"Isu makan tepi jalan pun nak kecoh. Bukan buat dosa atau makan makanan tak halal. Memang ada restoran halal, tetapi tahu tak masa itu kita orang dari mana nak kemana? 

"Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa 3 hingga 4 jam. Kami berpindah hotel selalu sebab kita menyusuri tempat-tempat cantik di seluruh negara itu," jelasnya. 

"Memang saya masak sendiri sebab anak saya suka makan nasi. Jadi apa masalah korang yang tak berhenti nak mengeji? 

"Untuk pengetahuan korang, di situ tak ada orang lalu pun sewaktu kita orang makan. Jadi nak malu sebab apa? Saya lagi malu kalau mengutuk orang tanpa tahu hal sebenar.

"Malas nak fikir nak puaskan hati korang semua. Esok-esok yang ada anak tu tahulah nanti. Jangan pandai mengeji saja. Akhir kata, semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata," katanya. 

Hari ini, Dato Aliff Syukri pula tampil memberi penjelasannya mengenai teguran Chef Wan dan menerimanya secara terbuka. 

"Di sana, kami berpindah rumah tumpangan sebanyak empat kali termasuk travel ke Itali dan kembali semula ke Switzerland. Jadi disebabkan itu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak dua kereta makan bersama. 

"Tiada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tetapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama.

"Buat idola saya dalam bidang masakan, Dato Chef Wan (I love cook and I always watching you at tv), terima kasih di atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya upload khas untuk Dato Chef Wan. 

"Ini kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif, sekiranya tindakan saya ini memalukan rakyat dan negara Malaysia," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vcYgLr
via IFTTT

Tunjuk Bakat Memasak, Ahmad Maslan Sekali Lagi Jadi Perhatian


Kalau sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan menunjukkan bakat terpendam dengan memasak nasi goreng, kali ini beliau sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Melalui satu posting di laman Twitternya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkongsi tentang resipi ringkas ayam goreng terung pipit.


Foto: Twitter Ahmad Maslan

Beberapa gambar dimuat naik beserta kapsyen, "Resepi asli: ayam goreng terung pipit...Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing."

Namun apa yang menarik perhatian bukan masakan tersebut, tetapi alat penyembur serangga yang diletakkan berhampiran tempat memasak mencetuskan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa.



Terdahulu, posting ahli parlimen Pontian ini tentang kebolehannya menyediakan 'nasi goreng campur resipi tiada GST' telah tular pada Jun 2015.

Entri itu juga menunjukkan alat penyembur serangga diletakkan di atar meja yang hampir dengan dapur gas memasak. 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hiEGYx
via IFTTT

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul…Amalkan Dan Sebarkanlah Agar Kaum Hawa Diluar Sana Tahu


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

Sumber: SuaraMedia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wfDR5t
via IFTTT

Dah Semua Nak Jadi Perempuan, Perempuan Nak Jadi Apa? - Netizen Terkejut Wajah Baru Saiful Malaysian Idol


Sehari dua ini pelbagai isu melibatkan artis yang sangat panas dipaparkan di semua media arus perdana mahupun laman sosial.

Suami isteri bergaduh, adik artis bertelingkah, kena tegur makan tepi jalan dan banyak lagi.

Namun, apa kurangnya dengan kisah yang satu ini. Penyanyi yang pernah menempa nama menerusi pertandingan Malaysian Idol, Saiful tiba-tiba sahaja menjadi sebutan. 

Sekeping foto wanita dikatakan adalah individu yang sama dengan penyanyi lagu Ku Juga Mencintaimu itu. 


"Saiful Malaysian Idol dah bertukar jadi Saifulina.

"Habislah Malaysia, penuh dengan kunyit.."

Begitulah yang dimuatnaik menerusi sebuah laman blog Doraelog. Tidak pasti dari mana gambar tersebut didapati namun ramai yang seolah-olah mengiyakan wanita tersebut sememangnya Saiful.

Sebelum ini menerusi program Malaysian Idol, Saiful dikatakan memang mempunyai wajah yang 'cantik' meskipun dia tidak mengenakan sebarang pakaian wanita. 

"Dari dulu dia memang comel..Jadi awek geram pula tengok."

"Aduh makin kurang lelaki di muka bumi..habis semua nak jadi perempuan, perempuan nak jadi apa?"


Begitulah antara komen yang didapati di laman sosial. Tak kurang juga yang mendoakan agar Saiful kembali menjadi dirinya yang asal.

Apa pun, jika benar itu Saiful tidak salah kita doakan yang baik-baik. Daripada mencemuh kita pun dapat dosa kering tak tentu pasal kan. 

Sumber: CARI 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uS3861
via IFTTT

(Video) Penumpang Ramai Tapi Pesawat Tak Ada - Video Seram Misteri 'Penumpang-Penumpang' Turun Dari Aerobridge di Lapangan Terbang Viral


Satu video seram yang memaparkan 'penumpang-penumpang' menuruni jambatan aero (aero bridge) tanpa kelibat pesawat menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik kira-kira 3 jam lepas.

Pemuat naik video, Richard Ker memuat naik video berkenaan di Facebook dengan berkata video itu dirakam di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Thailand beberapa hari lepas.

Video berkenaan menunjukkan 'penumpang-penumpang' berkenaan berjalan laju menuruni 'pesawat' dengan menaiki jambatan tersebut.

Seorang jurutera bidang penerbangan yang dihubungi oleh Siakap Keli berkata laluan yang dilalui oleh 'penumpang-penumpang' itu dikenali sebagai Aerobrige.

Menurut beliau, Aerobridge adalah jambatan yang menghubungkan penumpang antara pesawat dengan platform sebelum memasuki lapangan terbang.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan video itu namun berkata, sepatutnya ada kelibat pesawat berhampiran dengan Aerobridge itu.

Video yang dimunat naik oleh Richard Ker itu hampir menerima 10,000 perkongsian di Facebook setakat artikel ini ditulis.

Tonton video itu dibawah.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2udQ5Kb
via IFTTT

Inilah Kehebatan Gabungan Lada Hitam Dan Kunyit


Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang, mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin, dan sebagainya.

Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan.

Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau lain-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000 – 2000 kali ganda.

Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit. Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.

Antara perubatan tradisional masyarakat kita yang semakin mendapat tempat di kalangan orang barat ialah penggunaan kunyit dan lada hitam untuk merawat penyakit tertentu. Lada hitam misalnya mampu menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, malah melawan kanser.

Manakala, kunyit diketahui bersifat anti-radang yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Menariknya, apabila kedua digabungkan ia mampu berfungsi lebih optimum. Seperti yang dipaparkan menerusi The Health Site, berikut merupakan sebab mengapa kunyit harus dicampurkan bersama lada hitam:

1. Melindungi saraf dari racun

Kandungan cucurmin polifenol dalam kunyit dikatakan mampu melindungi saraf sehingga mengurangkan stres. Malah, fungsi kunyit dipertingkatkan dengan ada lada hitam untuk melindungi saraf daripada racun.

2. Mencegah pembentukan batu hempedu

Campuran kunyit dan lada hitam dapat mencegah penghasilan batu hempedu. Ia lazimnya terjadi akibat pembentukan lemak.

3. Mengelakkan osteoporosis

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Endodontics menunjukkan campuran kunyit dan lada hitam dapat menghalang pembentukan osteoklas yang menjadi punca osteoporosis.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2udExXm
via IFTTT

Gunakan 3 Bahan Ini Untuk Rawat Kaki & Tangan Kebas


Percaya atau tidak bila usia kita dah masuk 40an, macam-macam penyakit dah mula menapak dalam badan. Kadang-kadang kita tak sedar ada masanya kaki kita kebas dan menyucuk-nyucuk bila bangun daripada duduk.

Kadang-kala kalau perlu makan bersila kita terpaksa mengelak sebab bila duduk lama kaki cepat kebas nak makan pun tak selesa kena beralih kaki banyak kali. Itu tak termasuk saat kecemasan dalam bilik air. Kalau tiada tandas duduk alamatnya merintih lah masa nak bangun sebab kaki cepat kebas.

Begitu juga ketika tertidur tak sengaja anda mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi setelah bangun tangan itu akan terasa kebas. Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita. Namun selalu berlaku di bahagian tangan, jari dan kaki. Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh irritasi saraf atau periperi terhimpit. Seperti penyakit lainnya, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.

Penyebab Kebas

Rasa kebas ini terjadi kerana terdapat gangguan atau kerusakan pada saraf yang terlibat. Diantaranya penyebabnya iaitu:

Masalah urat saraf, Kecedaraan pada saraf akibat kemalangan ataupun terjatuh

Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap 

Carpel tunnel syndrome (saraf median tertekan dikawasan pergelangan tangan), ini terjadi ketika saraf median (men-sarafi ibu jari, telunjuk, dan jari tengah) terjepit pada terowong dipergelangan tangan sehingga menjadi kebas

Kerosakan saraf akibat bahan bertoksik seperti budaya merokok dan meminum minuman beralkohol dengan masa yang telah lama

Kencing manis dengan gula darah tinggi yang tak terkontrol lama kelamaan akan menyebabkan kerusakan pada saraf perifer dan akan merasakan rasa kebas dan tangan terasa dingin.

Adanya gangguan penyakit hati, ginjal, adanya kerusakan pembuluh darah, keradangan, tumor, ketidakseimbamgan hormon, dan kanser.

Gaya hidup yang tak sihat dengan mengambil makanan yang tak seimbang dan jarang bersenam

Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin e, b1, b6 dan b 12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat. Kekurangan b12 contohnya akan menyebabkan anemia pernisiosa. Merupakan penyebab penting dari neuropati perifer. Namun, terlalu banyak b6 juga akan menyebabkan kebas ditangan dan kaki.

Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menopouse, dan sesiapa sahaja yang kekurangan kasium.

Selain masalah kebas kaki dan tangan, masalah angin dalam badan usah cakaplah, selalu sangat badan rasa lenguh dan berat bila nak berjalan. Sesekali lutut pun ada rasa lenguh dan sakit-sakit. 

Puteri Aura Balqis yang berkongsi petua ini di facebooknya sangat berguna untuk kita cuba.

Kalau bukan untuk diri sendiri, buatkanlah untuk ibu anda di rumah. Bukan hanya atasi masalah angin dan kebas pada kaki dan tangan, malah cara ini juga memudahkan untuk buang air besar. Jom kita cuba petuanya.

BAHAN-BAHAN:

Halba
Halia
Serai

Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus kesemua bahan ini hingga mendidih. Apabila mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau. Amalkan minum air ini setiap malam, sebelum waktu untuk tidur.

Paling disarankan minum air rebusan ini ketika waktu panas atau sedikit suam. Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun pagi. Selamat mencuba


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tYaVSN
via IFTTT

Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat. Tak Berjaya! Ini Kisah Benar Seorang Lelaki Bergelar Suami


Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..

Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..
Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..

Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.

Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.

Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.

Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah -ebit lew

Sumber: Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2f35w6e
via IFTTT

Air Kurus Viral, Tak Sampai 5 Minit Minum Angin ‘Berzumba’ Keluar!


Perempuan yang nak sangat buang lemak, eloklah cuba minum air kurus viral ini, sebab bahan yang diguna cukup mudah nak dapat dan lagi best kesannya mujarab! Petua kurus ini dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai, yang mana dia sendiri mengamalkan minuman tradisional ini untuk jaga badan…

Dalam bebanyak resepi air kurus, Aisyah paling ketagih minum resepi ni. Camano la tak ketagih, makan banyak pun berat tak naik. Maintain jer.

Tapi yang paling best, tak sampai 5 minit minum, angin berzumba keluar. Tak tahu la dah berapa lama angin ni duk betapa dalam badan. Senggugut pun hilang.

AIR KURUS VIRAL

1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara:

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

KMC

– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Serai

– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia

– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon

– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Cengkih

– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan

Madu

– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat!

Sumber: Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2udUZHh
via IFTTT

(8 GAMBAR) Lelaki Rogol Dan Bunuh Kanak-kanak 3 Tahun Ditembak Mati Dengan AK-47


YAMAN - Seorang lelaki berusia 41 tahun ditembak mati selepas dia didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, lapor Daily Mail.

Muhammad al-Maghrabi ditembak mati dengan senapang AK-47 di ibu kota Sanaa, Isnin. 

Hukuman tembak sampai mati itu disaksi oleh beribu orang awam yang berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan Maghrabi terpaksa dibawa ke tempat itu dengan menggunakan sebuah van perisai. 



Gambar menunjukkan, Maghrabi ditiarapkan di atas karpet yang diletakkan di atas lantai dengan kedua-dua tangannya yang terikat di belakang badan sebelum seorang askar berdiri di belakangnya melepaskan tembakan. 

Hukuman yang dijalankan terhadap Maghrabi itu juga turut disiarkan secara langsung dan orang ramai juga mengambil kesempatan untuk merakam hukuman itu dengan telefon bimbit mereka. 




Hukum Syariah adalah sumber dari semua undang-undang di Yaman, menurut laporan Jabatan Luar Negeri, Amerika Syarikat.

Di bawah undang-undang tersebut, individu yang didapati bersalah kerana membunuh akan dihukum dengan hukuman mati dan hanya keluarga mangsa yang boleh meminta hukuman terhadap pesalah dikurang atau diringankan. 




Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tSQbYD
via IFTTT

Seram! Wanita Duduk Selepas Penat Menari. Tiba-tiba Pantulan Dirinya Pada Cermin Bangun Dan Bergerak!!


Mana-mana gym atau studio tarian pasti akan ada cermin besar diletakkan bagi memudahkan pengguna melihat diri mereka di hadapan cermin. Dalam satu video yang kami jumpa di Facebook, viral seorang wanita sedang menari seorang diri. 

Bagaimanapun, selepas penat dia berhenti duduk dan berehat. Namun, salah satu pantulan bayang-bayangnya di cermin bangun dan bergerak walaupun dirinya yang sebenar sedang duduk !


Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tQGGcd
via IFTTT

Ini Dia Gambar Remaja Lelaki Yang Dikatakan Menjadi Rebutan 10 Pelajar Yang Membelasah Rakan Mereka


Susulan kes tular di media sosial seorang pelajar perempuan yang dipukul secara beramai-ramai oleh sepuluh rakannya yang lain kini menjadi perbualan hangat netizen.

Kes berkenaan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, Sabah itu kini dalam siasatan polis dan 10 pelajar tersebut dilaporkan telah dipanggil untuk diambil keterangan malah ibu bapa dan para guru turut sama.

Kejadian itu kini menjadi topik hangat di laman sosial selepas tersebarnya satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan memukul seorang pelajar lain kerana dikatakan berebut seorang lelaki.


Remaja lelaki yang dikatakan menjadi rebutan 10 pelajar perempuan.


10 pelajar perempuan yang dikatakan membelasah rakannya.

Terbaru, satu gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook Afra Nayla memaparkan wajah seorang remaja lelaki turut tersebar dan dikatakan remaja lelaki tersebut menjadi punca pergaduhan diantara pelajar-pelajar berkenaan, namun tiada kesahihan dan kepastian yang dinyatakan.

Rata-rata netizen turut berpendapat kes sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya betul pergaduhan mereka membabitkan perebutan seorang lelaki kerana masih lagi bersekolah dan harus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. 

Sumber: www.koleksiviral.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vfpCjw
via IFTTT

Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lapan lelaki Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dua anggota polis di sebuah kedai karpet di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan semalam sudah pun ditahan polis.

BH Online melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca dari salah faham ketika tawar menawar harga pembelian karpet antara keluarga anggota polis dan warga Pakistan yang juga pemilik kedai tersebut.

BH Online juga berkata mereka difahamkan warga Pakistan itu dipercayai memanggil beberapa rakan untuk mengepung kereta yang dinaiki anggota polis itu sebelum memukul mereka.

Polis berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi mendapatkan situasi sebenar sebelum mengenalpasti mereka yang bersalah.

"Siasatan kes ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa mengambil kira mereka yang terbabit adalah anggota polis atau orang awam, kita tidak akan berkompromi." kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada mana-mana warga asing yang berada di negara ini supaya menghormati undang-undang ditetapkan dan tidak mengambil tindakan sesuka hati," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Semalam, mangsa yang juga anggota polis Bukit Aman dilaporkan pergi ke sebuah kedai karpet bersama keluarga untuk membeli karpet dan berlaku salah faham semasa mereka menjalankan urusan pembelian.

Sebaik mangsa meninggalkan kedai berkenaan, seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja kedai terbabit secara tiba-tiba menahan kereta dinaiki anggota polis terbabit sebelum kira-kira 10 lagi warga Pakistan datang dan berlaku pergelutan.

Pada masa ini siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tWBYO6
via IFTTT

Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 104kg ke 52kg Dengan Mengamalkan Tips Ini..


Assalamualaikum. Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti harini.

2015 - Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg.Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak.Hahaha.

2016 - Berat naik ke 104kg.10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 - Harini 09 July 2017, 9PM - 52.4kg

Saya x amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus.Saya taknak sebab saya x selesa.Time berbadan besar dulu,saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam x berbaloi sebab rasa membazir.Kalau kau x control makan kau,sama je.Naik balik nanti.😅😅😅..Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya, lepas apa yang saya lalui dan alami, nak kurus tu, tekad kita pada diri kita sendiri.Tanggungjawab pada tubuh badan kita.Saya nak kurus sebab saya nak sihat.Saya nak rasa lebih yakin.Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl.Tekanan beb!..X tipu!..Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

Nak kurus,tips dari saya :

❌ Air Manis
❌ Fast Food
❌ Jajan / Snack

✔ Exercise
✔ Kawal pemakanan

Be positive with urself.If u berbadan besar and always complaint itu ini,but then u sendiri x ada effort nak reduce ur weight, sembang ke apa?..😆😆😆..

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat.Jangan mudah terikut dengan cara org.Lain org lain caranya.Slowly buat.Selesakan diri dengan bersenam.In shaa Allah,lama kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah :

2x seminggu buat masker putih telur.

Nak tips apa lagi?

Itu je saya boleh bagi.Tak ada rahsia apa2.Benda baik kita kongsi bersama. Doakan saya achieve untuk ke 45kg.💪💪 



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uQt5CY
via IFTTT

Ibu Tiri Tekup Anak Berusia 3 Tahun Hingga Mati


LIMBANG: Polis menahan seorang wanita selepas disyaki menyebabkan kematian anak tirinya, Khamis lalu.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan di kediamannya di Kampung Terimah Lubai di sini, jam 7.10 malam tadi.

Suspek ditahan selepas selepas bedah siasat di Hospital Miri menemui unsur penderaan pada tubuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan mengenal pasti punca kesan kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa hingga menyebabkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Limbang pada jam 9 malam Khamis lalu dengan mendakwa anak tirinya tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi di rumah mereka di Kampung Terimah Lubai di sini, kira-kira jam 4 petang.

Suspek mendakwa anak tirinya bermain bersendirian di bilik mandi ketika dia berada di dapur dan hanya menyedari kejadian selepas kembali ke bilik mandi.

Dia membawa anak tirinya ke Hospital Limbang untuk rawatan, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat oleh Hospital Miri.


UPDATE..

KEMATIAN kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Terimah Lubai, Limbang, Khamis lalu, berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana ditekup sesuatu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat di Hospital Miri semalam.

Menurutnya, ibu tiri kepada kanak-kanak itu kemudiannya ditahan polis di rumahnya di Kampung Terimah Lubai pada 7.10 malam semalam.

“Wanita berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Khamis lalu, wanita terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Limbang mendakwa anak tirinya ditemui tidak sedarkan diri di bilik air rumah pada 4.20 petang.

Mangsa dibawa ke Hospital Limbang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan menemui kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa.

Sumber: BH Online, Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2veQKiE
via IFTTT