Wednesday, 12 October 2016

Dato Seri Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai “GST” RM4 Juta

Dato Seri Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai “GST” RM4 Juta

vida-cukai

Jutawan kosmetik Dato Seri Vida menjadi tumpuan hari ini apabila didakwa di mahkamah kerana kegagalan membayar cukai GST.

Dato Seri Vida didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana tidak mengemukakan penyata serta gagal membayar cukai sebanyak RM4 Juta.

Vida atau nama penuhnya,  Hasmiza Othman akan didakwa di atas 3 kesalahan berkaitan bayaran cukai.

Dakwaan adalah di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Ini komen Dato Vida di IGnya:

“Ya Allah, mudahkan segala urusanku, hanya Engkau yang memahami, maha mendengar, setiap ujian adalah rahmat untuk mengecap nikmat,”

Sebelum ini Dato Vida pernah ditimpa kontroversi apabila 2 produk kesihatan jenama Qu Puteh ditarik balik dari pasaran kerana didapati mengandungi bahan berbahaya merkuri.

Para peminat dan follower Vida dilihat memberi kata-kata semangat buatnya di ruangan komen Instagram.

Semoga Dato Seri Vida tabah hadapi dugaan ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Dato Seri Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai “GST” RM4 Juta appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dYkZjK
via IFTTT