Sunday, 9 October 2016

Ramai Tanya Mengapa Kahwini Awie, Ini Komen Ladyana

Mengapa Kahwini Awie, Ini Komen Ladyana

lady

Gadis bernama Ladyana telahpun selamat bernikah dengan Awie, penyanyi legenda dari kumpulan Wings.

Ramai bertanya, mengapakah wanita tersebut mahu berkahwin dengan Awie, seseorang yang mempunyai rekod buruk di alam perkahwinan dan mempunyai kes memukul isterinya sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Ladyana juga sanggup menggalas tanggungjawab untuk bergelar “ibu segera” kepada lima orang anak Awie.

Malah jarak umur mereka juga jauh iaitu 19 tahun.

Ini komen Ladyana:

Mungkin pada luaran Awie tampak ganas dan keras tetapi beliau sebenarnya pandai mengambil hati.

Mungkin luarannya nampak kasar dan keras, tetapi Awie sebenarnya kelakar serta mudah menitiskan air mata.

Saya banyak bermuhasabah diri, berfikir dengan tenang, selain menunaikan solat istikharah dan berdoa diberi petunjuk sebelum memilih Awie sebagai suami.

Diharapkan perkahwinan kami diberkati dan saya menjadi insan terakhir dalam hidupnya.

Saya lebih mengenali sisi peribadinya, malah antara kami tiada rahsia. Awie terlalu menyayangi dan melindungi anaknya dan dari situ, saya yakin dia mampu menjaga saya dengan baik.

Ladyana juga tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap keputusannya untuk berkahwin dengan Awie. Buat beliau, Awie adalah lelaki yang terbaik.

The post Ramai Tanya Mengapa Kahwini Awie, Ini Komen Ladyana appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dMQJIJ
via IFTTT