Thursday, 6 October 2016

Lelaki Menyamar Jadi Posmen Untuk Hantar Resume Menerusi Sekotak Donut, Kini Jadi Rebutan Syarikat

Lelaki Menyamar Jadi Posmen Untuk Hantar Resume Menerusi Sekotak Donut, Kini Jadi Rebutan Syarikat

donut

Seorang lelaki menjadi viral apabila kisahnya menghantar resume secara unik diperkatakan orang ramai.

Lukas Yla yang berumur 25 tahun telah melakukan sesuatu yang lain dari yang lain apabila meminta kerja.

Dia yang baru berpindah ke San Franciso ingin meneruskan kerjayanya dalam bidang teknologi.

Lelaki ini akan menyamar sebagai posmen dan menghantar sekotak donut yang mengandungi resume ringkas kepada syarikat.

Ini komen Lukas tentang hal ini:

“Saya rasa ini masa yang paling sesuai untuk mencabar diri saya”

“Sejauh mana saya boleh pergi di dalam sebuah bandar yang ada persaingan yang sangat kuat, tempat yang saya tak kenal sesiapa. Saya tak ada pengalaman kerja di USA, dan mungkin terpaksa bermula dari bawah semula”

Jadi, Lukas membuat satu kempen pemasaran yang istimewa – untuk dirinya sendiri bermula bulan lepas.

Lukas mencetak baju T-Shirt yang dipakai oleh posmen, membeli beberapa donut dari kedai roti dan di kotak donut itu, dia meletakkan mesej yang berbunyi seperti ini :

re

“Saya terpaksa mencari jalan untuk berhubung secara terus dengan pembuat keputusan syarikat. Saya fikir saya mungkin akan gagal jika bersaing hanya dengan level resume dengan pesaing-pesaing lain memandangkan mereka mempunyai pengalaman kerja di San Francisco.

“Jadi, sebagai pakar pemasaran, saya lakukan analisis SWOT untuk diri saya sendiri, pesaing, sasaran dan membuat kempen mencari kerja ini.

Menurut Lukas, dia telah menghantar lebih 40 kotak donut setakat ini.

Terpikat dengan cara Lukas,dia telah dipanggil ditemuduga oleh 10 syarikat.

The post Lelaki Menyamar Jadi Posmen Untuk Hantar Resume Menerusi Sekotak Donut, Kini Jadi Rebutan Syarikat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d7vaDq
via IFTTT