Monday, 3 October 2016

Kisah Sebenar, Aku Budak Flat

Kisah Sebenar, Aku Budak Flat

flat

Hidup di kota raya, memang pelbagai pengalaman akan ditimba. Apatah lagi jika keluarga kita hidup serba sederhana dan hanya mampu tinggal di rumah flat.

Pebagai kenangan dan memori pahit dan manis sepanjang hidup di rumah flat.

Jom baca perkongsian dari seorang ‘budak flat’:

Rumah Dua Bilik

Entah kenapa pagi-pagi ini aku tiba-tiba teringat pada memori rumah flat. Keluarga aku bukanlah kaya, susah pun tidak, sederhana sahaja. Tetapi nak beli rumah dua tingkat di tengah Kuala Lumpur memang tak mampulah. Jadi, sebahagian besar hidup aku membesar di flat sajalah. Lebih tepat, Flat Pandan Jaya.

Duduk di flat ini memanglah tidak selesa. Rumah kecil, dua bilik sahaja. Lebih kurang 650 square feet saja. Satu bilik dah tentu untuk mak dan abah. Satu bilik lagi bagi pada kakak, perempuan. Jadi bertahun lamanya ruang tamu itu adalah ‘istana’ aku. Bila menjelang larut malam, aku akan bentang toto dan serius rasa macam tidur di hotel 5 star!

Alarm Clock

Nak tahu alarm clock aku apa? Budak jual karipap. Pagi-pagi budak itu akan jerit,

“Kuihhh! Nasi lemakkk! Karipapppp!”

Itulah alarm clock yang paling efektif bagi aku selain daripada azan di surau seberang jalan sana.

Saudara Tumpang Tidur

Paling gelabah bila ada saudara mara datang dari kampung nak berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Bila mereka kata nak tumpang tidur di rumah, huru haralah kami sekejap. Habis sofa, meja makan dengan segala meja di ruang tamu itu terpaksa bawa keluar ‘parking’ di koridor. Hahaha!

Kecurian

Kes ini sudah biasa. Kalau anak dara, selalu kena rembat adalah bra dengan seluar dalam. Budak- budak pula, basikal selalu hilang. Kalau yang bujang, selalu hilang motosikal. Aku sampai dua kali motosikal kena rembat. Selipar dengan kasut, jangan ceritalah.

Asap colok orang Hindu dan Cina sembahyang ini sudah jadi biasa sangat. Macam-macam bau dan aroma masuk dalam rumah. Yang best, kami semua boleh terima dan tolerate. Mereka pun okay saja walaupun bunyi azan punyalah kuat di tingkap mereka.

Jiran Gaduh

Paling thrill duduk rumah flat ini, bila suami isteri bergaduh. Kadang-kadang orang tingkat satu bergaduh sampai tingkat lima bunyi decibel dia. Paling best bila periuk belanga melayang. Bunyi macam okestra beb!

Parking

Yang paling mencabar akal dan fikiran adalah parking. Kereta banyak, parking sikit. Ada yang tak reti bahasa, parking belakang kereta orang tapi tarik hand brake. Yang ada motosikal pula hidupkan enjin dalam flat. Pendek kata pagi-pagi ini dah macam duduk di zon perang.

Lawaknya bila tengok akak-akak yang bukan main make up dan berkebaya bagai nak pergi office tetapi terpaksa tolak kereta keluar dari parking. Tertonggek-tonggek. Hehehe!

Ish, kalau nak cerita, satu novel pun tak cukup tetapi hidup kami cukup harmoni. Jarang gaduh besar-besar. Paling kuat pun rasa jealous bila jiran sebelah beli perabot baru walaupun kita tahu mereka beli di Courts Mammoth saja pun.

Itulah kisah, Aku Budak Flat. Memori sungguh.

The post Kisah Sebenar, Aku Budak Flat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dDCVDS
via IFTTT