Monday, 19 March 2018

“Dia Ditangkap Khalwat Ketika Anak-Anak Di Rumah” – Serina Harap Dapat Hak Jagaan Anak


Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram.

Memuat naik foto bersama dua orang anaknya, Serina memberitahu kesedihan yang ditanggung di ruangan kapsyen.

“Assalamualaikum. Hari ini Serina akan bagi tau apa yang berlaku sebenarnya yang selama ini I pendam dan tanggung kesedihan.

“Mungkin ramai yang dah baca statement yang my father keluarkan di IG dia. Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan anak-anak Serina.

“Memang sekarang I melalui dugaan yang perit bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi I sebagai ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak-anak. Dulu I boleh jumpa anak-anak hari-hari now dia hanya benarkan jumpa hujung minggu itupun skejap sahaja.

“Pelbagai alasan dia kasi. Dia busy kan anak-anak dengan aktiviti sampai I tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yg dia buat! I bersabar selama ni.

“Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap khalwat anak-anak di rumah ketika tu. Ini dah melampau. I risaukan akidah anak-anak terjejas, doakan Serina akan ambil semula hak jagaan anak anak.

“Dulu kami buat persetujuan bersama jaga anak-anak tinggal dengan bekas suami untuk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian. Setiap kali balik sekolah I boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah, kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah.

“But now dia tak benarkan I naik atas rumah dan ambil anak sekolah lagi. Semua perjanjian bersama syarat dan perjanjian di rekodkan di mahkamah tapi dia dah langgar perintah mahkamah dan ubah undang-undang sesuka hati halang I jumpa anak anak.

“Sekarang biarlah mahkamah yang tentukan segalanya. I hanya nak pembelaan sebagai seorang ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang ayah dan anak-anak. Serina mohon doakan Serina dan keluarga. Buat masa ni I perlukan sokongan dari semua,” tulis Serina panjang lebar.


Selepas dua tahun tinggal berasingan, Serina, 35, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh pada 1 Ogos 2017.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ppPVzO
via Merah Hati Cintaku