Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad sangat lantang bersuara apabila ada isu yang dirasakan tidak kena di matanya. Luahan dan kritikan berkenaan dimuatnaik di akaun media sosialnya sebagai satu cara menunjukkan pendirian tegas pelakon Juvana ini.
Baru-baru ini Sharnaaz bersuara mengenai tindakan jurulatih kecergasan Kevin Zahri yang muncul sebagai ahli panel dalam satu forum.
Tak payah masuk campur politik, tak berbaloi
Forum yang membincangkan kelayakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk menggalas jawatan sama di usia 93 tahun menampilkan Kevin Zahri sebagai panel untuk memberi komen dari segi kecergasan. Namun, Sharnaaz berpendapat sebagai jurulatih kecergasan, penglibatan Kevin dalam acara sebegitu boleh dipertikai.
Menurutnya lagi, Sharnaaz menyarankan kepada Kevin untuk kekal membuat apa yang menjadi kepakarannya sahaja dan tidak masuk campur dalam urusan politik kerana ianya tidak berbaloi.
Ini komen netizen
Netizen berpendapat sebaliknya dengan Sharnaaz dan menganggap Kevin berhak bercakap kerana semua orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini.
Cakap dari kapasiti cikgu fitness
Tengok gambar terus kondem tak adil la
Salah seorang pengikut Sharnaaz juga mencadangkan kepada abang ipar Neelofa itu untuk menonton dahulu sesi perbincangan yang boleh didapati di Youtube dan tidak hanya mengkritik hanya dengan sekeping foto.
Takkan nak tunggu ‘selebriti’ macam kamu?
Seorang lagi pengguna Twitter, Ardnie membalas semula tweet Sharnaaz itu dan mengatakan Kevin layak menjadi panelis kerana Kevin tahu memberi pandangan dengan cara yang betul, malahan lebih baik berbanding ahli akademik bertauliah.
Tambah individu ini lagi, masyarakat tidak bolehlah menunggu untuk ‘selebriti’ seperti Sharnaaz bercakap berkenaan topik sebegitu kerana Sharnaaz sebelum ini dikenali sebagai seorang yang bertindak semberono.
Sumber: Ohbulan.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2pDczFg
via Merah Hati Cintaku