Nampaknya populariti pelakon, hos dan usahawan terkenal Neelofa tidak goyah, malah makin meningkat walapun teruk dikecam kerana mencetuskan kontroversi yang menggemparkan seluruh negara termasuk pemimpin agama.
Usahawan tudung itu baru-baru ini dengan tidak sengaja telah menyebabkan peminat serta netizen menyanjungnya semula kerana sebentuk cincin. Cincin tersebut bukanlah daripada kerabat diraja mahupun bekas kekasih Neelofa. Ia adalah cincin tasbih digital yang memudahkan pengiraan bilangan zikir walau di mana sahaja berada.
Neelofa bukanlah pertama kali dilihat memakai cincin tasbih tersebut. Dia telah beberapa kali memuat naik video sedang mengenakan tasbih digital itu di laman instagram miliknya. Berbanding video terdahulu yang terlepas pandang oleh peminatnya, foto Neelofa yang memakainya ketika dalam penerbangan itu menjadi tular dan peminat mulai berfikiran positif terhadap Neelofa.
Foto tersebut dirakamkan ketika Air Asia membuat kejutan dengan pemberian sejambak bunga di atas pencapaian Neelofa sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara)
Ada yang menganggap rezeki Neelofa sentiasa murah kerana amalan bertasbih yang ditunjukkan. Tambahan pula apabila bermusafir, doa-doa yang dipohon sentiasa dimakbulkan. Semoga kebaikan yang ditunjukkan oleh Neelofa berterusan dan menjadi ikutan penyokongnya dan umat Islam lain.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media https://ift.tt/2H3o7Jv
via Merah Hati Cintaku