Sunday, 25 March 2018

Kahwin Di Hospital, Sejam Kemudian Beltrame Meninggal Dunia..


PEGAWAI polis Perancis sempat mengahwini pasangannya sebelum meninggal dunia.

Arnaud Beltrame ditembak oleh pengganas ISIS ketika insiden tebusan di sebuah pasar raya Super U di Trebes Jumaat lalu.

Beltrame berkorban demi menyelamatkan seorang wanita yang menjadi tebusan suspek dan bersetuju menukar posisi dengan mangsa.

Dia dianggap hero pada kejadian tersebut.

Bagaiman pun, sejam sebelum meninggal dunia, Beltrame sempat mengahwini pasangannya Marielle.

Mereka yang telah dua tahun menjalinkan hubungan cinta dan dijadualkan berkahwin pada Jun ini.

Ketika kejadian, Beltrame mengangkat tangannya kepada suspek dan berkata dia lebih baik daripada orang awam untuk menjadi tebusan.

Dia ditembak lebih kurang tujuh das dan ditikam beberapa di bahagian badannya termasuk kepala.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2DWjeyI
via Merah Hati Cintaku