Baru-baru ini, gadis cantik yang merupakan seorang mekanik kereta menjadi perhatian. Nama gadis tersebut, Nor Sakira Awee menjadi tumpuan netizen selepas videonya membaiki brek kereta viral di media sosial.
Selalunya kita tengok lelaki je yang menceburi bidang automotif. Orang perempuan mana la nak kerja dekat bengkel dan kotorkan tangan dengan minyak hitam.
Berbeza dengan gadis manis ini yang berasal dari Kuala Terengganu, dia sangat meminati bidang tersebut yang didominasi oleh kaum lelaki.
Lebih mengejutkan, selepas popular di media sosial, gadis ini menerima lamaran dan mesej cinta daripada lebih 100 lelaki yang ingin berkenalan dengan lebih dekat.
Bukan itu sahaja, gadis ini juga pernah menerima pinangan seorang lelaki dengan RM20,000 sebagai wang hantaran.
Namun tidak kurang juga ada yang menghantar mesej dengan meluahkan rasa kagum dan memujinya kerana terlibat dalam industri yang tidak langsung dipandang oleh kaum wanita.
Tambah gadis itu lagi, dia banyak menimba ilmu dalam bidang automotif daripada abangnya yang turut memiliki bengkel kereta sendiri.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2pEMky5
via Merah Hati Cintaku