Monday 26 March 2018

‘Persepsi Berubah Bila Lihat Apa Di Jari Neelofa - Ini Respon Netizen Lihat Lofa Pakai Tasbih Digital


Tidak dinafikan sejak kontroversi pelancaran tudung di kelab malam dan video sindiran terhadap seorang selebriti baru-baru ini membuatkan ramai tawar hati dengan Neelofa. Bagaimanapun menerusi perkongsian netizen, peminat sejuk hati melihat Neelofa memakai tasbih digital di jarinya.


Gambar berkenaan diambil ketika Neelofa diberi kejutan oleh pihak Air Asia ketika beliau menaiki pesawat tersebut tempoh hari. Reaksi spontan Neelofa, terharu dengan kejutan itu memperlihatkan tasbih digital itu di jarinya.

Ramail terkejut dan mengubah persepsi negatif terhadap Neelofa sebelum ini. Malah ada juga yang memberitahu selebriti itu memang sentiasa memakai tasbih itu di jari, walau ke mana sahaja beliau pergi.


Bagaimanapun perkongsian netizen mengenai gambar Neelofa itu telah diedit sedikit di bahagian lengannya dan menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat. Mungkin niat wanita itu ingin menutup aurat di lengan Neelofa.

Apapun yang baik kita ambil, yang buruk kita jauhkan. Mungkin selepas ini peminat Neelofa boleh mengikut jejak langkah selebriti kesayangan mereka ini membawa tasbih di jari ke masa sahaja. 

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2I4AHqS
via Merah Hati Cintaku