"SUDAH tiba masanya untuk memadam Facebook," kata salah seorang pengasas WhatsApp. Amaran itu dibuat oleh Brian Acton ketika skandal berhubung ancaman penggunaan data di Facebook untuk menjatuhkan syarikat itu semakin meningkat.
"Sudah tiba masanya #deletefacebook," tulisnya di Twitter.
Setakat ini posting itu telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan merupakan satu daripada hanya dua posting yang ditulis olehnya sejak 2016.
Acton bagaimanapun tidak memperjelaskan alasannya atau membuat sebarang tweet susulan, tetapi ia dibuat ketika Facebook berdepan isu perlanggaran data orang ramai sejak beberapa hari lalu, memaksa Mark Zuckerberg membuat kenyataan.
Selepas laporan mendedahkan bahawa firma data, Cambridge Analytica telah menggunakan Facebook untuk mengumpul data orang ramai dan cuba memanipulasikan data tersebut untuk tujuan pengundian, perhatian beralih kepada cara yang digunakan oleh rangkaian sosial itu sehingga membolehkan pengumpulan maklumat peribadi orang ramai dibuat.
Skandal Cambridge Analytica bagaimanapun hanyalah permulaan masalah yang rangkaian sosial itu ada berhubung penggunaan data, pakar-pakar mencadangkan.
Acton, 46, meninggalkan WhatsApp pada 2017, tiga tahun selepas Facebook membeli perniagaan itu dengan harga AS$11.4 bilion.
Tidak jelas sama ada Acton mencadangkan untuk orang ramai berhenti menggunakan aplikasinya sendiri, yang mana ia kini lebih terintegrasi dengan Facebook. Kedua-dua syarikat itu telah dikritik kerana berkongsi data antara WhatsApp dan Facebook.
Oleh kerana Acton telah meninggalkan WhatsApp, dia telah terlibat dengan Signal, satu aplikasi sembang yang bersaing dengan memastikan keselamatan data orang ramai.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media http://ift.tt/2pxEPZ4
via Merah Hati Cintaku