Pelakon jelita, Tiz Zaqyah antara selebriti yang bertuah sebab dapat bertemu bintang bola sepak dunia, Roberto Carlos.
Tidak kira siapa artis atau peminat, masing-masing mempunyai idola yang diminati.
Begitu juga, alkisah pelakon drama bersiri popular, Nur Kasih, yang memuat naik sekeping foto di Instagramnya menunjukkan dia bergambar mesra dengan pemain bola sepak terkenal tersebut.
Pemain lagenda yang pernah beraksi bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid itu hadir ke Kuala Lumpur sebagai duta global syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Bagaimanapun, Tiz tidak mendedahkan lokasi pertemuan tersebut.
Bagi peminat pastinya merindui kemunculan semula Tiz sama ada di layar perak atau televisyen.
Tiz sebelum ini menarik perhatian khalayak dengan status mempersoalkan faedah sebagai ahli berdaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).
Tindakannya itu adalah sebagai memperjuangkan nasib penggiat seni termasuk kru produksi mengenai aspek kebajikan.
Pada awal bulan ini juga, Tiz berkongsi gambar ketika dia terbabit dalam satu penggambaran drama Mimpi Yang Sempurna yang diadakan di Cameron Highlands, Pahang.
Sumber: Gempak.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2GpFyps
via Merah Hati Cintaku